Beberapa minggu yang lalu, kami telah menerima bungkusan besar penuh dengan figura. Dalam banyak-banyak figura itu, mari kami perkenalkan kepada anda, Unit 01 Evangelion! Jika anda peminat EVA, jangan lepaskan peluang untuk memilikinya. Nak tahu kenapa? Mari kami ceritakan serba sedikit mengenai figura ini.

Robot Spirits merupakan salah satu produksi oleh Bandai Tamashii Nations yang memaparkan koleksi figma mecha dan francais Evangelion merupakan salah satu siri yang terlibat. Ia dihasilkan dengan perincian yang hampir sama dalam filem dan mampu memberikan pergerakan yang lancar serta posing yang lebih natural.

Evangelion Unit 01 ini telah direka oleh Ryo Sakano, yang juga menghasilkan Metal Build untuk siri Evangelion. Ianya secara rasmi telah dilepaskan pada Jun 2020 bersama-sama aksesori untuk melakukan pelbagai gimik khas. Reka bentuknya juga direka khas untuk menyerupai gerakan seperti badan manusia.

Robot ini mempunyai ketinggian sebanyak 170 mm dan dihasilkan menggunakan bahan PVC dan ABS. Jadi, jangan risau sangat kerana ianya bahan yang memang tahan lasak. Antara aksesori yang datang dengan unit robot ini ialah:

- Set senjata
- Standard Pallet Rifle
- Progressive knife
- Detachable umbilical cable yang boleh ditanggalkan
- 6 set tangan yang boleh ditukar ganti untuk melakukan pose gimik.

Kalau anda berminat untuk memiliki Robot Spirits Evangelion Unit 01 ini, harganya dalam RM 260 – RM 300. Memandangkan ianya salah satu barang yang rare, mungkin anda perlu membayar lebih untuk mendapatkannya. Anda boleh melihat unboxing produk lain daripada kami melalui pautan ini.
Sumber: Tamashii Nations
@gamersantaimy
Discussion about this post