Sempena ulang tahun ke-50 Hello Kitty, Razer bekerjasama dengan Sanrio untuk mewujudkan koleksi kepada para gamer yang memperingati salah satu watak yang paling dihargai di seluruh dunia, sambil meraikan persahabatan dan keseronokan daripada francais tersebut.

Razer | Hello Kitty And Friends Collection bertujuan untuk menyerlahkan betapa pentingnya menjadikan setiap kenangan lebih manis dan setiap detik lebih berharga dengan setup yang tidak kurang comelnya.
Digabungkan dengan peranti gaming berprestasi tinggi ciptaan Razer dengan pesona abadi Hello Kitty, Razer | Hello Kitty And Friends Collection pasti akan menjadi kegemaran di kalangan gamer dan peminat Sanrio dari semua peringkat umur.
Kebetulan, kami pun menerima pakej penuh daripada Razer, jadi berikut adalah unboxing kami untuk Razer | Hello Kitty And Friends Collection!
Razer Kraken Kitty V2 BT – Hello Kitty and Friends Edition
Lepaskan kocomelan anda dengan headset Bluetooth paling comel oleh Razer. Menampilkan telinga Hello Kitty yang ikonik dan pencahayaan Razer Chroma RGB yang boleh diubahsuai, headset ini membolehkan anda meluahkan gaya sambil menyampaikan bunyi yang mengasyikkan untuk game dan muzik kegemaran anda.
Bagi mereka yang berminat, Razer Kraken Kitty V2 BT – Hello Kitty and Friends Edition bernilai RM829.00, dan boleh dibeli sekarang melalui Razer.com, RazerStores, dan pengedar terpilih.
Razer Ornata V3 Tenkeyless – Hello Kitty and Friends Edition
Tingkatkan prestasi bersama skuad anda dengan keyboard yang serba boleh! Keyboard RGB ergonomik ini datang dengan magnetic wrist rest yang memastikan keselesaan terbaik dan APM (actions per minute) sentiasa tinggi bagi sesi gaming yang tidak berkesudahan.
Bagi mereka yang berminat, Razer Ornata V3 Tenkeyless – Hello Kitty and Friends Edition bernilai RM699.00, dan boleh dibeli sekarang melalui Razer.com, RazerStores, dan pengedar terpilih.
Razer Gigantus V2 Medium – Hello Kitty and Friends Edition
Sentiasa senyum dengan setiap swipe! Mouse mat Razer Gigantus V2 Medium – Hello Kitty and Friends Edition menggabungkan ketepatan dengan daya tarikan yang comel. Permukaannya yang lembut membolehkan anda meluncur ke arah kemenangan dengan bergaya.
Bagi mereka yang berminat, Razer Gigantus V2 Medium – Hello Kitty and Friends Edition hanya dibeli sekarang melalui Razer.com, RazerStores, dan pengedar terpilih. Malangnya, kami tidak tahu harga tepatnya di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Razer | Hello Kitty And Friends Collection, sila layari laman web rasmi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post