Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing media kit Tiny Tina’s Wonderlands – Mesej misteri dari Dragonbox

Maira by Maira
September 15, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Produk
0 0
0
Unboxing media kit Tiny Tina’s Wonderlands – Mesej misteri dari Dragonbox
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pengumuman dari Gearbox Software, Tiny Tina’s Wonderlands, spin-off daripada permainan Borderlands akan dilancarkan kepada peminat pada 25 Mac 2022. Kita juga telah didedahkan dengan gameplay Tiny Tina’s Wonderlands semasa PlayStation Showcase minggu lepas. Minggu ini kami dikejutkan dengan media kit Tiny Tina’s Wonderlands dari Gearbox dan 2K. Kami sungguh berterima kasih kepada Gearbox dan 2K atas pemberian item berharga ini. Sebelum kami unboxing media kit ini, mari saya perkenalkan dahulu permainan terbaru dari Gearbox Software!

Tentang Tiny Tina’s Wonderlands

Mulakan pengembaraan epik yang penuh dengan keajaiban dan senjata berkuasa tinggi! Peluru, sihir, dan pedang bertembung di dunia fantasi ini yang dihidupkan oleh Tina Tiny yang tidak dapat diramalkan. Cipta wira dari pelbagai kelas dan rampas, tembak, potong, dan lancarkan sihir ke atas raksasa dan penjara bawah tanah yang penuh dengan harta karun bagi menghentikan Dragon Lord yang zalim. Semua orang dijemput, jadi sertai parti ini, pakai kasut anda, dan jadilah Chaotic Great!

Kotak bungkusan

Media kit ini datang dengan sebuah kotak yang nampak seperti peti yang mempunyai item-item penting dalam permainan. Kita boleh lihat kesan cakaran dan kerosakan lain pada kotak tersebut. Jom kita tengok apa pula yang ada dalam kotak ini.

Tiny Tina’s Dragonbox

Dalam kotak tersebut, terdapat Dragonbox Tiny Tina yang disertakan dengan kepala emas Dragon Lord. Dragonbox ini nampak sangat ekslusif dengan reka bentuknya yang berbeza daripada Lovebox yang lain. Kepada sesiapa yang tidak tahu, Lovebox ini merupakan sebuah kotak yang digunakan untuk menghantar mesej kepada orang yang jauh dari kita. Ianya dicipta untuk memberikan mesej istimewa kepada pemilik kotak.

Kepala Dragon Lord yang diberikan perlu diletakkan pada slotnya, dan ia akan berpusing apabila menerima mesej daripada penghantar mesej. Kepala itu akan terus berpusing sehingga kita membuka Dragonbox itu untuk membaca mesej yang diterima.

Mesej yang ingin dihantar perlulah menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun. Dari Aplikasi itulah anda boleh mengarang mesej yang ingin disampaikan kepada pemilik Dragonbox.

Set Dragonbox ini juga disertakan dengan kabel USB yang diperlukan untuk menghidupkan kotak tersebut.

Poster Tiny Tina’s Wonderlands

Akhir sekali, poster panjang Tiny Tina’s wonderlands yang mempunyai mesej daripada pembangun. Dalam poster itu juga ada mesej seperti memberi petunjuk untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai permainan baru itu.

Jadi, itu sahaja kandungan yang ada dalam media kit Tiny Tina ini. Nampak seperti kami kena tunggu maklumat lanjut dari Dragonbox itu. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Tiny Tina’s Wonderland, anda boleh klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2k gamesGearbox SoftwareTiny Tina's WonderlandsUnboxing
Previous Post

Manga popular terkini untuk baca – Kaiju No. 8!

Next Post

Tales of Arise telah terjual 1 juta unit, menjadikannya siri Tales terlaris!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Next Post
Tales of Arise telah terjual 1 juta unit, menjadikannya siri Tales terlaris!

Tales of Arise telah terjual 1 juta unit, menjadikannya siri Tales terlaris!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd