Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Dragon Age: The Veilguard – Rook’s Coffer! Harta Karun Untuk Peminat Sejati!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2024
in Artikel, Berita, Produk, Unboxing
0 0
0
Unboxing Dragon Age: The Veilguard – Rook’s Coffer! Harta Karun Untuk Peminat Sejati!
Share on FacebookShare on Twitter

Akan dilancarkan di seluruh dunia, tidak lama lagi semua orang boleh bermain Dragon Age: The Veilguard. Sama ada baru mencuba atau seorang veteran yang sudah lama menanti, bagi peminat tegar Dragon Age, satu edisi yang wajib dimiliki adalah Dragon Age: The Veilguard – Rook’s Coffer!

Sebagai edisi Collector, The Veilguard – Rook’s Coffer membawa pengalaman koleksi istimewa dengan pelbagai memorabilia yang direka teliti dari dunia Dragon Age: The Veilguard. Set ini mengabadikan mistik dan seni francais ini, mengajak peminat dalam perjalanan Rook – si protagonis kami.

Kredit: Digital Braves

Namun ada sesuatu yang pelik, anda tidak akan menerima game sekali dalam pakej ini. Ya, game perlu dibeli secara berasingan. Tetapi bagi peminat tegar yang tidak kisah melaburkan jumlah yang besar, set ini dijual pada harga RM 665.84 untuk pra-tempahan dan terhad kepada satu unit setiap pelanggan.

Apa yang terkandung dalam set ini? Mari kita lihat.

Light-Up Lyrium Dagger

Item paling menonjol dalam set ini ialah Light-Up Lyrium Dagger, replika hiasan bagi belati ritual milik Solas. Dikatakan mampu “merobek fabrik alam,” item ini memancarkan cahaya biru ikonik lyrium, memberikan sentuhan magis Dragon Age kepada koleksi anda. Dengan panjang 22 inci, belati ini dilengkapi butang on/off dan dicas melalui micro-USB, menambah nilai estetik dan fungsi. Namun, ia hanya untuk hiasan, bukan mainan atau senjata.

Rook’s Card Deck

Bagi pengumpul kad dan peminat siri, Dek Kad Rook adalah tambahan yang menarik. Dek 52 kad ini menampilkan ilustrasi watak dan lokasi dari pengembaraan Rook, setiap satu direka dengan teliti untuk menggambarkan alam semesta Dragon Age. Para peminat pasti akan menghargai butiran dan naratif visual yang dihidupkan melalui kad-kad ini.

Dadu Berajaib

Sebagai item kecil namun bermakna, dadu berajaib ini sesuai untuk peminat yang ingin menyuntik elemen Dragon Age ke dalam permainan tabletop mereka. Dadu 12 sisi ini dihiasi dengan simbol roda dialog ikonik dari Dragon Age, serta disertakan dengan kantung penyimpanan, menjadikannya sentiasa sedia untuk sebarang aksi—dalam permainan atau di luar.

Botol Potion Berkaca

Terinspirasi oleh botol Potion dalam francais, botol kaca ini adalah replika hiasan yang mudah disalah anggap sebagai Potion sebenar. Dengan ketinggian sekitar 4 inci, ia dilengkapi dengan penutup skru tetapi hanya untuk hiasan dan tidak sesuai untuk kegunaan makanan. Item ini adalah artifak koleksi – sekadar untuk tayang, dan bukan untuk digunakan dalam eksperimen anda sendiri!

Peta Thedas dan Sarung Panah

Set ini juga mengandungi peta Thedas yang diilustrasikan untuk paparan atau rujukan. Membawa dunia Thedas ke alam nyata, ia membolehkan peminat melihat laluan di dalam game dan membolehkan pemain merancang pengembaraan mereka sendiri. Peta ini disimpan dalam sarung panah, menambah keaslian kepada keseluruhan set, menjadikannya mudah disimpan dan dipamerkan.

Litograf Untuk Companion

Kredit: Digital Braves

Litograf Companion menampilkan wajah-wajah rakan sekutu Rook dalam cetakan seni eksklusif berukuran 18×24 inci, dengan ilustrasi berkualiti tinggi sebagai penghormatan kepada watak-watak yang tidak dilupakan. Litograf ini adalah eksklusif kepada BioWare Gear Store dan memberikan tribut kepada setiap watak, mengingatkan peminat tentang kesetiaan dan kekuatan yang mereka bawa kepada Rook dalam perjalanan.


Kredit: Digital Braves

Set Collector ini menawarkan pengalaman ‘lain daripada lain’ untuk peminat Dragon Age, dipenuhi dengan item buatan tangan yang cantik untuk dihias dengan fungsi tersendiri. Setiap item menjadi simbol kepada kisah dan seni kaya yang dihidupkan oleh BioWare dalam dunia Dragon Age.

Sama ada untuk dipamerkan atau sebagai kenangan berharga, The Veilguard – Rook’s Coffer adalah koleksi yang wajib dimiliki oleh peminat yang ingin menandakan pengembaraan mereka di Thedas.

Jika berminat untuk beli, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI untuk membuat pembelian!

Dragon Age: The Veilguard akan dilancarkan pada 31 Oktober 2024 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, EA App dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Age: The VeilguardUnboxing
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Tales of Graces f Remastered – Kebangkitan Ke Arah Moden, Walaupun 15 Tahun Sudah Berlalu!

Next Post

Previu Little Nightmares III – Masih Ngeri Seram, Tapi Mujurlah Dibantu Kawan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Previu Little Nightmares III – Masih Ngeri Seram, Tapi Mujurlah Dibantu Kawan

Previu Little Nightmares III - Masih Ngeri Seram, Tapi Mujurlah Dibantu Kawan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd