Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Unboxing] Diablo IV Limited Collector’s Box Edition — Ada Peta Sanctuary, Art Book & Banyak Lagi!

Maira by Maira
June 16, 2023
in Artikel, Berita, Game, Produk, Unboxing
0 0
0
[Unboxing] Diablo IV Limited Collector’s Box Edition — Ada Peta Sanctuary, Art Book & Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Game Diablo IV telah pun dilepaskan pada awal Jun yang lalu dan menjadi salah satu game yang paling ramai dimainkan buat masa ini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bermain game tersebut. Tetapi ada sesuatu yang istimewa yang kami ingin tunjukkan kepada anda semua. Sesuatu tersebut merupakan Diablo IV Limited Collector’s Box! Banyak betul item menarik untuk edisi terhad ini. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat segala item yang tersedia dalam Diablo IV Limited Collector’s Box.

Diablo IV

Buka sahaja kotak bungkusan, kita terus melihat kotak dengan ilustrasi seperti gerbang Neraka, yang nampaknya ingin membawa pemain ke Sanctuary. Buka sahaja pintu tersebut, kami terus disapa dengan potret demon, Lilith dan Inarius. Memang cantik betul potret ini. Bukan setakat itu sahaja, ia juga mempunyai sentuhan matte padanya.

Selepas itu kita ada Diablo IV Collector’s Edition Art Book, yang mengandungi lebih daripada 300 muka surat, penuh dengan reka bentuk watak serta ilustrasi dalam game. Di sini jugalah anda boleh melihat dunia Sanctuary dan hero-hero dengan lebih terperinci. Boleh tahan juga tebal art book ini.

Seterusnya kita ada kain yang menunjukkan peta untuk Sanctuary yang terasa seperti kain kanvas. Kami ingatkan kain tersebut kecil sahaja, sekali besar. Bolehlah lihat betapa besarnya Sanctuary melalui peta ini. Bersama peta ini, terdapat juga pin Horadrim. Bolehlah pakaikannya di beg atau baju nanti.

Terdapat juga mouse pad ultra licin untuk edisi terhad ini. Ia mempunyai corak seperti bulatan magis, sesuai untuk dibawa semasa ke Santuary. Mungkin boleh mendapatkan buff semasa menggunakannya.

Item terakhir yang kami jumpa dalam Diablo IV Limited Collector’s Box adalah Candle of Creation. Tapak lilin tersebut mempunyai ukiran kepala Lilith dengan Inarius. Untuk hidupkan lilin ini, tidak perlu gunakan api tetapi menggunakan bateri. Jadi memang cahaya lilin tersebut tidak akan padam, melainkan rosak ataupun habis bateri.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Terima kasih banyak-banyak kepada Blizzard Entertainment atas pemberian koleksi hebat ini. Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai Diablo daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IVDiablo IV Limited Collector's Box Edition
ShareTweetSend
Previous Post

Bina taman tema sendiri dalam Park Beyond — tersedia sekarang di PS5, Xbox Series & PC!

Next Post

Live Action One Piece Dedahkan Teaser Pertama! Bakal Tayang di Netflix pada 31 Ogos!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop
Berita

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop

June 24, 2025
Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Next Post
Live Action One Piece Dedahkan Teaser Pertama! Bakal Tayang di Netflix pada 31 Ogos!

Live Action One Piece Dedahkan Teaser Pertama! Bakal Tayang di Netflix pada 31 Ogos!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd