Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Ultraman Chronicle D” diumumkan, mungkin menampilkan Ultraman Dyna versi moden!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 24, 2021
in Artikel, Berita, Movie/siri, Tokusatsu
0 0
0
“Ultraman Chronicle D” diumumkan, mungkin menampilkan Ultraman Dyna versi moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-25 Ultraman Dyna, Tsuburaya hari ini mengumumkan siri rancangan baru untuk peminat iaitu Ultraman Chronicle D yang memberi andaian bahawa wira ultra tersebut akan membuat kemunculan di era moden. Bakal ditayangkan pada 29 Januari 2022 di saluran TV Tokyo Network, siri rancangan itu kemudian akan tersedia di saluran YouTube rasmi Ultraman.

Supaya tiada yang salah faham, Ultraman Chronicle D bukanlah rancangan khusus tentang Ultra baru dan sebaliknya adalah rancangan biografi tentang latar belakang Ultraman Trigger dan Ultraman Dyna serta beberapa Ultra lain. Memaparkan rakaman lama (dan kemungkinan rakaman baru), Chronicle D akan menjelaskan tentang sejarah Ultraman ini dalam cara yang mudah faham.

Cuma, khabar angin semasa sedang viral tentang “siapakah Ultra terbaru untuk tahun 2022?”. Menurut info bocor, Tsuburaya Productions telah mendaftarkan cap dagangan rasmi untuk entri seterusnya dalam francais. Akan dikenali sebagai “Ultraman Decker”, cap dagangan ini telah didaftarkan pada 29 November lalu dan diluluskan pada 14 Disember. Jika benar, Ultraman Decker akan berfungsi sebagai “Dyna Generasi Baru sama seperti Ultraman Trigger kepada Tiga.

Kita flashback sedikit untuk mereka yang kurang tahu: Ultraman Dyna ialah sebuah rancangan TV tokusatsu Jepun yang telah disiarkan antara 6 September 1997 hingga 29 Ogos 1998. Siri ini adalah susulan langsung kepada Ultraman Tiga.

Bermula pada zaman “Neo Frontier” di mana manusia telah sampai ke Marikh, Shin Asuka yang baharu sahaja menyertai Super GUTS bertembung dengan suatu cahaya yang pelik dan ekoran daripada itu, mampu bertukar menjadi Ultraman Dyna yang hebat untuk menentang raksasa jahat.

Bersama dengan Ultraman Tiga dan Ultraman Gaia (yang dikeluarkan pada tahun berikutnya), ketiga-tiga siri itu meraih sambutan yang sangat-sangat positif oleh peminat dan diberi gelaran “TDG”. Memandangkan siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga pun hampir tamat, nampaknya tiba masa untuk kita melihat Ultraman Dyna versi baru pula! Manalah tahu, Gaia pun datang kemudian untuk membentuk generasi “TDG” baru..

Ultraman Ginga S Movie - Tiga & Dyna & Gaia BGM - Extended - YouTube

Untuk maklumat lanjut tentang Ultraman Chronicle D, sila tekan pautan SINI. Kami juga membuat artikel rumusan tentang setiap Ultraman utama dari era Showa dan Heisei yang anda boleh baca di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: UltramanUltraman Chronicle DUltraman Dyna
Previous Post

Trailer rasmi Tiger & Bunny 2 dilepaskan! Akan datang ke Netflix April 2022!

Next Post

Jepun akan membuka sekolah Esport pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Jepun akan membuka sekolah Esport pertama!

Jepun akan membuka sekolah Esport pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd