Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Predator Triton 300 (PT315-51) dengan RTX 2070! Semakin lama semakin hebat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2020 - Updated on June 27, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Laptop, PC, Produk, Review, Teknologi
0 0
0
Ulasan Predator Triton 300 (PT315-51) dengan RTX 2070! Semakin lama semakin hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Predator Triton 300 (PT315-51) masih dilihat sebagai sebuah peranti yang bagus dengan binaan aluminium yang premium dan paparan yang hebat namun ia kekurangan kuasa di bahagian GPU. Walaupun mempunyai rupa bentuk yang garang tetapi pilihan GPU yang paling kuat adalah GTX 1650. Ia tidaklah teruk mana tetapi itu adalah GPU yang tidak sesuai dengan penampilannya yang agresif.

Sukacita, saya memperkenalkan Acer Predator Triton 300 (PT315-52) yang baru sahaja diumumkan malam ini. Versi baru ini mempunyai varian GPU yang lebih hebat dan boleh dikonfigurasi dengan pemprosesan Intel Core i7-10750H. Terdapat sedikit perubahan daripada segi reka bentuk, prestasi, dan paparan tetapi yang lain kekal sama. Diberi peluang oleh Acer untuk mencuba, tidak mungkin saya tolak tawaran ini. Mari kita lihat apa yang baru.

Penampilan yang semakin nipis

Tampilan Acer Predator Triton 300 versi PT315-52 hampir sama dengan versi sebelumnya cuma dengan reka bentuk Facelift. Tulisan Predator pada logo di bahagian belakang telah dibuang seperti Helios 300 dan ventilasi belakang mempunyai reka bentuk baru. Mengapa mereka buang tulisa Predator? Jawapan Acer adalah kerana ramai kenal jenama ini dan mereka ingin rekaan yang lebih kemas. Sebagai tambahan, saiznya diturunkan kepada 19.9 mm. Memang nipis dan padat! Daripada segi papan kekunci pula, reka bentuk tidak diubah. Papan kekuncinya amat menarik dengan empat zon lampu RGB dan daya ketahannya agak bagus untuk bermain permainan video.

Paparan 1080p dan 240 Hz yang mantap

Kita ada satu peningkatan yang besar di bahagian paparan. Daripada 144 Hz, ia telah melonjak ke 240 Hz! Ini adalah penambahan yang bagus untuk warga gamers sekalian. Dengan liputan warna sRGB yang baik dan sudut tontonan yang selesa, paparan 1920 x 1080p milik Triton 300 mampu mendapat kecerahan maksimum (300+ nits), nisbah kontras yang baik dan paling penting – 91% liputan sRGB, untuk warna yang lebih jelas.

Perkakasan hingga Intel Core i7-10750H & NVIDIA RTX 2070

Predator Helios 300 (PH315-53)
CPU 10th Gen Intel Core H
GPU Sehingga Nvidia Geforce RTX 2070 Max-Q
Paparan 240 Hz 15.6 inch 1920 x 1080 IPS
HDD/SSD sehingga 3x M.2 SSD
OS Windows 10

Acer Predator Triton 300 (PT315-52) dilengkapi dengan pilihan CPU dan GPU yang lebih hebat. Dengan CPU Intel Core i7-10750H @2.60GHz, NVIDIA GeForce RTX 2070 (Max-Q design), 16GB RAM, dan storan sebanyak (), ia terlebih sesuai untuk sesi gaming yang berat dan “multitasking”. Jika gaming adalah sebahagian daripada jadual harian anda, Triton 300 ialah pilihan yang baik terutama dengan refresh rate-nya yang tinggi. Berikut adalah tetapan dan prestasinya semasa bermain Shadow of the Tomb Raider:

Utiliti benchmark dalaman Shadow of the Tomb Raider melaporkan frame rate dalam kira-kira 55 bingkai sesaat pada tetapan tinggi. Bermain Shadow of the Tomb Raider di Triton 300 adalah pengalaman yang menggembirakan dan memberi frame rate yang baik dan konsisten. Walaupun V-Sync diaktifkan, permainan tidak menunjukkan sebarang “screen tearing”. Jika ini tidak cukup, Triton 300 mempunyai aplikasi PredatorSense, yang membolehkan anda untuk mengubah kelajuan kipas dan “overclock” GPU  sehingga batas tertentu. Harus diperhatikan bahawa kipasnya agak bising dan boleh mengganggu orang sekeliling. Amat disarankan agar anda bermain di tempat yang selesa dan memakai headset.

Walaupun spesifikasinya tinggi, jangan terlalu membebankan peranti dengan aktiviti CPU dan GPU yang berat. Ketahu had peranti ini. Secara keseluruhan, gaming di Triton 300 adalah pengalaman yang sangat menggembirakan dan bersama kuasa RTX 2070, ia pasti menjadi saingan yang hebat pada peranti gaming lain.

Spesifikasi lain: bateri, Wi-Fi 6, dan port I/O

Walaupun kapasitinya agak rendah, ia memberikan jangka hayat bateri yang cukup lama untuk Acer Predator Triton 300 versi 2019. Diteruskan pada versi 2020, ia bertambah bagus daripada segi kerja jauh daripada pengecas. Walaupun saya puji, ia masih adalah laptop gaming dan tidak optimum untuk jangka kerja yang lama di luar.

Penambahan Wi-Fi 6 di sini adalah untuk memastikan sambungan maksimum tanpa wayar mungkin semasa memuat turun permainan-permainan video terkini. Bagaimana ia berfungsi? Sistem sendiri akan mengesan proses kerja yang penting lalu memberi fokus utama pada jalur lebar penting. Kita pun tahu yang saiz beberapa permainan video boleh melebihi 100GB, jadi mempunyai Wi-Fi yang pantas sangat-sangat membantu).

Jumlah port amat penting untuk sebuah laptop gaming. Walaupun Triton 300 bukan peranti gaming yang mewah, ia memilik tiga port USB 3.1 Gen 1 (Type-A), USB 3.1 Gen 2 ( Port Type-C), penyambung HDMI, bicu audio, dan port RJ-45. Jika anda mencari port untuk mengecas di sebelah kiri, jangan risau. Ia tidak hilang, cuma dipindahkan ke belakang untuk memberi ruang pada sambungan-sambungan lain.

Kesimpulan

Apa lagi yang boleh saya katakan tentang Triton 300? Selain daripada memiliki spesifikasi yang lebih tinggi untuk gaming, PT315-52 juga kelihatan lebih anggun. Bukan itu sahaja! Chasis-nya diperbuat daripada aluminium, keyboard sangat selesa dan mempunyai 4-zon lampu RGB, serta mempunyai touchpad yang sangat besar. Daripada segi gaming, peranti ini berfungsi setaraf dengan peranti lain yang mempunyai kombo i7-10750H/RTX 2070.

Acer Predator Triton 300 sesuai untuk mereka yang mahukan gaming laptop yang ringan pada harga yang lebih rendah. Anda akan memiliki sebuah peranti yang berkuasa tinggi, lebih ringan untuk dibawa, dan mungkin jangka hayat bateri yang mampu bertahan lama. Untuk baca ulasan kami yang lain bagi produk Acer, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerIntel Core i7-10750HNVIDIA GeForce RTX 2070Predator Triton 300PT315-52reviewulasan
Previous Post

Overclock tanpa memudaratkan sistem! Ulasan Predator Helios 300 (PH315-53)!

Next Post

PREDATOR HELIOS 700 10th Gen Intel Core i9 Processor dan GeForce RTX 2080 SUPER didedahkan di Next@Acer 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PREDATOR HELIOS 700 10th Gen Intel Core i9 Processor dan GeForce RTX 2080 SUPER didedahkan di Next@Acer 2020!

PREDATOR HELIOS 700 10th Gen Intel Core i9 Processor dan GeForce RTX 2080 SUPER didedahkan di Next@Acer 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd