Marvel ialah satu IP yang besar dan dikenali seluruh dunia. Daripada komik hingga ke filem, pelbagai watak unik telah menghiasi francais ini terutamanya ahli-ahli Avengers. Salah satu ahli yang paling terkenal ialah Iron Man dan bagi peminat yang menyukai adiwira ini, mereka kini berpeluang untuk menjadi Tony Stark sendiri. Dilancarkan pada 3 Julai lalu, Marvel’s Iron Man VR pasti membuat ramai peminat tergamam. Biar saya jelaskan mengapa dalam ulasan ini.
Iron Man VR ialah game VR dengan konsep yang mudah. Ia meletakkan pemain dalam peranan ahli Avenger paling ikonik iaitu Iron Man, dan membolehkan pemain untuk terbang dan bertarung dengan penjahat menggunakan serangan laser dan alatan canggih. Ini juga merupakan game konsol pertama daripada Camouflaj, yang sebelum ini menghasilkan game mobile, République pada tahun 2013.
Latar belakang
Pelbagai watak klasik daripada siri Iron Man muncul, termasuk Tony Stark sendiri, Pepper Potts, mesin AI Friday, Nick Fury, bersama dengan watak baru bernama Gunsmith yang merupakan salinan hologram Tony yang berfungsi sebagai “syaitan” berbanding Friday yang lebih positif. Dalam jalan cerita utama, seorang penggodam komputer misteri/terrorist yang dikenali sebagai Ghost mula menyerang Tony Stark dan syarikatnya, untuk membalas dendam atas kematian yang disebabkan oleh senjata yang dihasilkan syarikat Tony sebelum dia menjadi Iron Man.
Iron Man adalah idea yang sesuai dengan realiti maya. Alat kawalan VR lah cara paling bagus untuk menangkap ciri-ciri seorang hero yang terkenal dengan kehebatan perisai dan senjatanya. Sayangnya, walaupun Iron Man VR mempunyai adegan-adegan di mana kita benar-benar rasa seperti adiwira, ia kurang memuaskan kerana level yang repetitif dan gameplay yang tidak begitu seronok untuk bermain dalam jangka waktu yang lama.
Sistem kawalan semasa terbang
Walaupun trailer awal memberi gambaran seperti Iron Man VR adalah shooter yang terkekang, kenyataannya adalah Camouflaj memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pemain untuk terbang di langit sebagai Iron Man. Dengan menggunakan sepasang controller PlayStation Move, anda menggunakan dua trigger untuk terbang dalam satu pengalaman VR yang unik. Halakan tangan ke belakang untuk terbang ke hadapan dan halakan tangan ke depan untuk terbang ke belakang. Untuk tentukan arah, arahkan destinasi menggunakan kepala. Disebabkan pemain berdiri atau duduk secara menegak sepanjang masa, ia tidaklah serupa seperti Iron Man dalam filem atau komik, tetapi inilah pengalaman yang paling dekat anda boleh dapat dengan bantuan VR.
Pemain masih akan mengalami beberapa batasan kerana sifat VR. PS VR adalah alat yang berwayar, jadi membuatkan pergerakan pemain agak terhad. Pergerakan yang lebih drastik harus dilakukan dengan menekan butang yang melonjak kamera sama ada 180″ darjah agar kabel tidak tercabut.
Jika ramai tertanya kalau saya pening semasa bermain, jawapannya ialah tidak. Saya tidak mengalami apa-apa isu mual semasa bermain, tetapi itu kerana saya boleh mengendalikan pergerakan VR dengan baik. Sekiranya anda baru lagi dalam genre ini atau sensitif kepada pergerakan yang memusing, game ini mungkin tidak sesuai dengan anda.
Sistem pertempuran
Iron Man mempunyai dua jenis cara untuk bertarung iaitu “repulsor” dan senjata sekunder, yang kedua-duanya boleh diaktifkan dengan satu butang yang sama. Halakan telapak tangan ke depan untuk menggunakan “repulsor” yang menembak laser atau halakan penumbuk untuk menggunakan senjata sekunder seperti roket kecil dan lain-lain. Bagi pendapat saya, ini ialah salah satu aspek terbaik tentang Iron Man VR, dan pemaju melakukan tugas yang bagus untuk menangkap ciri-ciri penting untuk senjata watak. Ada banyak lagi jenis senjata untuk dibuka dan di bawah ialah senarai ringkas:
- Rocket Punch: kombo tiga tumbukan yang akhir dengan Repulsor Blast atau senjata sekunder.
- Ground Pound: membolehkan pemain menjunam ke musuh untuk serangan AOE yang luas.
- Unibeam: melepaskan serangan laser yang kuat daripada dada Iron Man.
Untuk apsek pertarungan, Iron Man VR mempunyai gameplay yang bersifat berulang. Jenis musuh tidak banyak, dan taktik mereka tidak pernah berubah. Sebagai contoh, satu dron akan menyerang pemain dengan serangan laser, manakala dron lain akan cuba memukul anda. Untuk memberikan sedikit cabaran, pemaju mencipta musuh dengan kelemahan tertentu. Menggunakan contoh yang sama, dron yang menembak laser harus ditembak manakala dron yang suka lagakan diri harus ditumbuk. Hasilnya adalah setiap level (yang terdiri daripada 12 level) akan berdurasi 15 hingga 30 minit dan mengandungi barisan musuh yang sama menggunakan taktik yang sama.
Nasib baik, sesi pertarungan disertakan dengan momen-momen interaktif yang bantu mengekalkan unsur imersif. Anda akan melakukan tugas seperti menutup pintu dengan bantuan laser, cabutkan cawang kuasa untuk mematikan objek, atau membekukan mesin dengan kuasa beku. Ia biasanya terdiri daripada interaksi di sekitar medan pertempuran yang membolehkan anda berhubung dengan dunia sambil menewaskan musuh daripada jarak jauh.
Sistem customization
Garaj berfungsi sebagai menu untuk misi dan peningkatan. Di tengah-tengah garaj, terdapat stesen perisai di mana anda dapat melihat dan menaik taraf perisai Iron Man. Di sebelah kiri ialah tempat di mana Gunsmith selalu melepak dan di sebelah kanan, anda akan jumpa peta dunia untuk memilih misi, yang juga merupakan tempat di mana Friday biasanya melepak. Di belakang, terdapat kawasan loteng dengan beberapa stesen mini-game interaktif seperti mengankat berat, sesi meninju, mesin arked, dan lain-lain.
Sistem customization untuk menaik taraf perisai Iron Man juga membuatkan pemain sentiasa berusaha untuk menyelesaikan cabaran atau jalan cerita bagi mendapatkan lebih banyak Research Points, yang dapat digunakan untuk membuka senjata dan alat lain. Pada masa yang sama, pelbagai skema warna berbeza disediakan untuk perisai, tetapi memandangkan anda tidak akan melihat perisai daripada perspektif orang ketiga, ia adalah fitur yang saya rasa sia-sia.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Iron Man VR akan memberikan pengalaman yang sangat unik dan menarik kepada peminat. Mereka boleh reka perisai sendiri, menggunakan pelbagai senjata ikonik, dan terbang di langit untuk menewaskan musuh jahat. Terdapat banyak idea yang bagus dalam Iron Man VR tetapi gameplay-nya yang berulang, dan membosankan lebih sesuai untuk sesi permainan yang lebih pendek.
Sebagai peminat kipas-susah-mati Marvel, Iron Man VR membuat saya berbelah bahagi. Saya suka pengalaman menyarung perisai ikonik Iron Man dan menewaskan musuh semasa di udara, tetapi untuk setiap saat saya bermain, daya tarikannya semakin hilang. Sebelum menamatkan ulasan ini, nilai yang saya beri pada Marvel’s Iron Man VR ialah 6/10 kerana menawarkan aksi yang menyeronokkan untuk peminat Marvel, tetapi masih dihalang oleh teknologi VR yang masih belum cukup maju.

@gamersantaimy
The Review
Marvel's Iron Man VR
Secara keseluruhan, Iron Man VR akan memberikan pengalaman yang sangat unik dan menarik kepada peminat. Mereka boleh reka perisai sendiri, menggunakan pelbagai senjata ikonik, dan terbang di langit untuk menewaskan musuh jahat. Terdapat banyak idea yang bagus dalam Iron Man VR tetapi gameplay-nya yang berulang, dan membosankan lebih sesuai untuk sesi permainan yang lebih pendek.
Discussion about this post