Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Mafia II: Definitive Edition – Dipertingkatkan daripada segala aspek, inilah pengalaman Mafia sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2020 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Epic Store, Game Review, PC, PS4, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
Ulasan Mafia II: Definitive Edition – Dipertingkatkan daripada segala aspek, inilah pengalaman Mafia sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir 10 tahun sejak 2K Games mengeluarkan Mafia: II kepada seluruh dunia. Dengan genre “open-world” yang semakin meningkat dalam populariti, francais Mafia pun cukup hebat untuk menarik perhatian para pemain pada waktu itu. Berbeza dengan Grand Theft Auto, Mafia mengukir nama untuk dirinya sendiri dengan gambaran yang lebih realistik tentang gaya hidup seorang penjenayah dan memberikan pengalaman naratif yang lebih lancar. Semua ini dihasilkan dalam dunia mengagumkan yang cukup berbeza dari permainan-permainan lain.

Selepas diumumkan dalam Mafia: Trilogy, Mafia II: Definitive Edition kini boleh didapati di pasaran, dan banyak yang berubah dalam game khusus ini sejak sedekad yang lalu. Adakah Mafia II: Definitive Edition membuktikan dirinya sebagai pesaing dalam genre open-world sekali lagi, atau adakah Mafia II gagal memenuhi harapan pemain? Mari baca ulasan ini!

Semua DLC ada di dalam Edisi Definitif

Apa yang baru di edisi definitif? BANYAK! Berlangsung pada tahun 40-an dan 50-an di bandar fiksyen bernama Empire Bay, tiga keluarga Mafia sedang bersaing sesama sendiri untuk menguasai bandar. Walaupun otai-otai lama berpegang teguh pada gejala perjudian, loteri, dan transaksi barangan, ahli-ahli muda yang lebih berani mula menceburkan diri dalam skema cepat kaya dengan menjual dadah. Ini menimbulkan masalah yang boleh memutuskan pakatan antara tiga keluarga Mafia tersebut dan memaksa mereka berlawan antara satu sama lain. Itulah latar belakang untuk protagonis kami, Vito Scaletta daripada seorang gengster jalanan kepada salah seorang ahli paling berkuasa.

Sama seperti filem Mafia di televisyen, pemain akan selami dunia pembunuhan dan pengkhianatan dalam plot permainan apabila Vito dieksploitasi untuk membunuh anggota yang mengkhianati keluarga mafia. Dengan banyak kandungan sensitif seperti diskriminasi antara kaum dan keganasan, ia mencerminkan persekitaran sosial sebenar Amerika Syarikat pada tahun 1950-an serta menyerlahkan lagi lakonan dan naratif permainan yang membuatkan saya terasa seperti menonton filem ala-ala Godfather.

Walaupun Mafia II: Definitive Edition mempunyai gameplay dan kandungan yang sama seperti Mafia II asli, tetapi jangan lupa bahawa edisi ini mengandungi semua DLC dalam permainan seperti The Betrayal of Jimmy, Jimmy’s Vendetta dan Joe’s Adventures. Dengan kesemua DLC ini, pemain tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan semua kandungan tambahan dan boleh menikmati jalan cerita lengkap Mafia II.

Nilai grafik yang lebih realistik dan imersif

Kelebihan utama Edisi Definitif adalah peningkatan pada visual grafik. Gamers sekalian kini mendapat tekstur beresolusi tinggi dan output setinggi 1080p. Semua pelantar permainan boleh berfungsi pada 60FPS tetapi PC boleh pergi sejauh 120FPS! Memang padu!

Jika diperhatikan dengan teliti, anda boleh melihat lebih banyak lagi. Persekitaran dunia yang lebih beranimasi membantu bandar kelihatan hidup, dengan rumput dan pokok yang berayun-ayun di mana sahaja anda melihat. Selain itu, pencahayaan dinamik dan efek partikel menambahkan suasana dan ketegangan pada adegan-adegan menarik. Kesan angin, hujan dan salji terasa lebih dramatik, manakala pencahayaan kelihatan lebih kaya dan terang. Satu butiran yang menarik ialah jika anda menembak persekitaran dan ia terkena dinding atau kayu, ia akan menunjuk efek khas. Sebagai contoh, selepas menembak tiang batu, sebahagian daripada tiang itu akan pecah kerana terkena peluru. Tahap keperinciannya memang mengagumkan, dan tidak banyak permainan video yang menawarkan grafik dan persekitaran secantik ini.

Dan apabila fokus kepada watak-watak dalam permainan, saya boleh melihat beberapa hasil yang menakjubkan kepada wajah dan pakaian yang telah diubah suai. Sampai tektsur dan jerawat muka pun saya boleh nampak tau! Peningkatan grafik yang tinggi dan jalan cerita yang luar biasa membuatkan Mafia II: Definitive Edition lebih istimewa daripada yang lain. Jika ramai yang setuju, Edisi Definitif boleh menjadi salah satu game HD paling bagus pada era ini seperti Final Fantasy VII Remake.

Gameplay yang memfokuskan kehidupan seorang Mafia

Tidak seperti Grand Theft Auto, Mafia II: Definitive Edition bukanlah game open-world yang dipenuhi dengan misi sampingan yang banyak. Dunia masih terasa seperti open-world, tetapi Mafia II adalah permainan yang lebih linear. Anda boleh membeli pakaian baru, menukar nombor plat di bengkel kereta, dan makan di restoran, tetapi itu tahap maksimum untuk interaksi anda di bandar. Permainan ini dibahagikan kepada 15 bab cerita dan mempunyai sistem cuaca dinamik seperti hujan, dan salji yang berubah mengikut jalan cerita. Walaupun ia tidak ada struktur permainan bebas seperti GTA atau Red Dead Redemption, mereka yang menghargai naratif yang bagus boleh menikmati Mafia II.

Mafia II amat menonjol kerana misinya yang menarik. Anda masih boleh meneroka bandar untuk tempoh waktu yang lama, tetapi setelah sampai ke destinasi, adengan aksi berlangsung dalam susunan misi kreatif yang terasa berbeza setiap masa. Misi ini menampilkan gabungan sesi menembak, mengejar kereta, berlawan dan lain-lain.

Untuk menjadikan Vito seorang mafia yang berjaya, dia mesti mendapat nama dengan menjual rokok di jalanan, merompak kedai emas, menanam mayat, dan melakukan misi menyelinap dan pembunuhan yang berbahaya. Jangan risau! Anda tidak keseorangan. Sahabat baiknya Joe dan rakan-rakan berada hampir di sepanjang perjalanan. Barulah familia~ Walaupun Mafia II sangat bergantung pada “cliche” gengster, penamatnya yang lain daripada lain memberikan identiti tersendiri kepada permainan tersebut.

Sekiranya anda ialah seorang veteran dalam GTA, anda harus perhatikan bahawa Mafia II juga mempunyai satu lagi unsur yang sama. Apabila anda melanggar undang-undang, polis dengan gigih akan berusaha untuk menangkap anda. Apa lagi! Masa untuk chau! Janganlah korang tetiba pukul orang, curi kereta, atau buat apa-apa jenayah lain di hadapan polis. Semakin lama tempoh anda melarikan diri daripada polis, semakin tinggilah level “Wanted” anda, yang memaksa pihak polis menggandakan usaha. Pada waktu ini, memang mustahil lah nak larikan diri.

Kesimpulan

Dalam era ketika permainan video menjauhkan diri daripada bergantung pada sinematik untuk bercerita, Mafia II memanfaatkan sejarah gengster mafia untuk menceritakan drama tentang keluarga, persahabatan, kesetiaan, pengkhianatan, dan pragmatisme. Sekiranya anda peminat kepada genre-genre di atas, jangan terlepas game ini.

Walaupun saya banyak memuji Mafia II: Definitive Edition, itu tidak bermakna ia tidak mempunyai kekurangan. Sebagai contoh, pengalaman memandu masih belum dioptimumkan dan pertempuran tangan terasa sangat janggal. Nasib baik adegan pertempuran 1v1 tidak banyak..

Mafia II: Definitive Edition sangat sesuai untuk pemain baru yang ingin mempelajari siri Mafia. Dengan tambahan semua DLC, segala sejarah Vito dapat anda tahu. Bagi pemain yang sudah bermain game Mafia II sebelum ini, anda boleh lihat dunia dalam versi yang baru dan sangat berbaloi untuk mereka yang ingin mengingatkan semula kenangan nostalgia di Empire Bay. Kini disediakan untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One, dan PC, marilah kita campak balik era gengster 40-an di Mafia II: Definitive Edition.

Untuk melihat perbezaan Mafia II: Definitive Edition dan yang asli, tonton video di bawah:

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2k gamesMafiaMafia II: Definitive EditionMafia: TrilogyPCPS4reviewulasanXbox One
Previous Post

Tawaran paling gengster sekali: 2K mengumumkan Mafia: Trilogy!

Next Post

Loot eksklusif untuk direbut di RED DEAD ONLINE! Tawaran tempoh terhad!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Loot eksklusif untuk direbut di RED DEAD ONLINE! Tawaran tempoh terhad!

Loot eksklusif untuk direbut di RED DEAD ONLINE! Tawaran tempoh terhad!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd