Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Ghost Of Tsushima: Legends – Pengalaman co-op yang sama memuaskan seperti permainan asal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, DLC percuma, Game Review, PS4, Review
0 0
0
Ulasan Ghost Of Tsushima: Legends – Pengalaman co-op yang sama memuaskan seperti permainan asal!
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan pada pertengahan tahun ini (2020), Ghost of Tsushima menerima kejayaan daripada segi kritikal dan komersial. Untuk itu, anda boleh baca ulasan permainan asal di sini. Walau bagaimanapun, dalam ulasan ini, saya akan memberi tumpuan sepenuhnya pada update 1.1 dan penambahan Ghost of Tsushima: Legends. Sebagai expansion kepada salah satu permainan video terbaik generasi ini, kami dihadiahkan dengan pelbagai fitur baru, kandungan baru, dan mod baru! Semua itu hanya menambah kepada pengalaman asas Ghost of Tsushima.

Tambahan paling utama dalam kemas kini ini adalah Ghost of Tsushima: Legends, sebuah expansion percuma yang boleh anda muat turun sekarang di PlayStation Store. Untuk mengaksesnya, anda boleh pilih mod Legends daripada menu utama, atau di peta melalui storyteller.

Naratif & Latar Belakang

Walaupun permainan asasnya adalah berdasarkan sejarah sebenar, kisah Ghost of Tsushima: Legends diilhamkan oleh kisah dongeng fiksyen. Dari awal kempen, kita akan bermain sebagai watak lain yang menghuni Tsushima. Ini menyediakan kisah supernatural yang sangat mengejutkan dalam naratif cerita yang sudah mempunyai asas. Walaupun tempoh kempen di Legends agak pendek, ia wujud untuk aspek “replayability“. Jalan ceritanya hanya wujud untuk menjelaskan tentang watak dan objektif mereka.

Ketika askar Mongol menyerang, mereka tanpa sengaja melepaskan makhluk jahat yang bernama Oni. Kejahatan dahsyat yang dilakukan oleh orang Mongol telah membenarkan makhluk ini berkembang maju. Lantas, pahlawan-pahlawan daripada masa lalu telah bangkit untuk bertarung roh-roh jahat ini yang kini bebas berkeliaran di Tsushima.

Itu adalah premis utama jalan cerita. Walaupun kisahnya tidak terlalu drastik, namun ia berfungsi dengan menjelaskan bagaimana dan mengapa Ghost of Tsushima kini mempunyai fitur co-op. Jika dibandingkan dengan kempen utama yang sangat mantap, jalan ceritanya memang kurang menarik tetapi naratifnya bukanlah fokus utama untuk pengalaman yang ditawarkan di Legends.

Gameplay, Watak & Co-op

Ghost of Tsushima: Legends membolehkan anda bermain kempen dengan 1-4 pemain bersama rakan-rakan atau quickplay, di mana kita boleh mengakses misi yang sudah selesai daripada jalan cerita atau misi rawak. Di sini, anda dapat memilih salah satu daripada empat kelas untuk mencapai objektif. Jika diri ingin bermain kempen baru, anda dan seorang rakan boleh mencuba secara 2-player co-op atau matchmaking. Pilihan yang berbeza ini membolehkan sesiapa sahaja yang ingin bermain secara solo atau bersama rakan untuk menikmati Ghost of Tsushima: Legends.

Walaupun Legends boleh dimainkan secara solo, ia benar-benar menyerlah apabila kita bermain co-op. Semasa menyelesaikan setiap misi dalam kempen, anda bukan sahaja akan meningkatkan tahap dan kekuatan watak, malah juga membuka kelas lain untuk cuba. Seperti yang saya sebutkan di atas, terdapat empat kelas untuk dipilih iaitu; Hunter, Samurai, Ronin, dan Assassin. Semasa pertama kali memasuki Legends, anda diberi peluang untuk bermain keempat-empat kelas sebelum memilih mana yang paling sesuai. Berikut adalah rumusan pendek:

  • Hunter
    • Penembak tepat dengan serangan jarak jauh.
    • Abiliti Eye of Uchitsune boleh membunuh tiga musuh serentak.
    • Sukar untuk membidik.
  • Samurai
    • Kelas paling versatil dalam permainan.
    • Mempunyai abiliti menyerang dan sembuh.
    • Abiliti Hachiman’s Fury membunuh tiga musuh serentak.
    • Spirit Pull menyedut HP musuh.
  • Ronin
    • Hampir sama seperti samurai cuma kurang berkesan sepertinya.
    • Boleh menyeru Spirit Animal untuk bantu serang musuh.
    • Peranan lebih kepada “support“.
  • Assassin
    • Tidak serba boleh
    • DPS yang paling bagus
    • Mempunyai abiliti yang membunuh 3 musuh serentak.
    • Abiliti Toxic Vanish membolehkan anda melepaskan diri dan mengelirukan musuh.

Setiap kelas mempunyai skill tree sendiri. Apabila menetapkan asas untuk sebuah kelas, anda akan mempunyai pengkhususan untuk setiap jenis watak tertentu. Setiap watak bermula daripada asas dan akan menggunakan pertempuran, serangan jarak jauh, dan cara pembunuhan yang sama.  Selepas meningkatkan tahap, pengkhususan kelas akan mula berkembang ke arah tertentu. Contohnya, Samurai sangat pandai dalam pertempuran pedang dan boleh bertahan hidup untuk masa yang lama. Hunter pula bagus dalam serangan Ultimate-nya yang fokus pada kawalan jarak jauh dan “crowd control“. Ronin lebih bersifat “support” dan boleh bantu apabila rakan-rakan mempunyai masalah dan Assassin akan melakukan damage yang paling tinggi sambil mudah larikan diri secepat mungkin.

Setiap misi dibahagikan kepada tiga bab yang memakan masa sekitar 10-15 minit untuk selesai bergantung pada kesukaran. Di sini anda dan rakan-rakan akan ditugaskan untuk mengesan dan menyelamatkan mangsa tebusan, atau membunuh semua askar Mongol. Di sini, kita boleh memilih cara-cara untuk menangani setiap keadaan misi. Semasa mencuba matchmaking, saya sering jumpa pemain rawak yang suka buka mikrofon. Oleh itu, kadang-kadang anda perlu berkoordinasi dengan pergerakan pemain lain. Walaupun diri dikelilingi musuh, anda tidak akan mudah tertewas. Dengan bantuan rakan-rakan, segala-galanya lebih mudah dan menunjukkan prestasi yang hebat kerana situasi kerjasama.

Semua misi di Legends dapat dimainkan pada tahap kesukaran yang semakin meningkat. Tiga kesukaran yang ada adalah Bronze, Silver, dan Gold. Kali pertama anda bermain melalui Bronze adalah untuk mendapatkan pengalaman. Oleh itu, dalam misi Silver dan ke atas, ia akan terasa berbeza kerana pemaju telah menambahkan objektif bonus. Pendek cerita, lebih sukar misi, lebih banyak ganjaran bernilai yang anda akan dapat.

Bergantung pada misi yang diselesaikan termasuk kesukaran, pelbagai jenis peralatan akan dihadiahkan kepada anda. Peralatan ini dapat meningkatkan Ki, kekuatan keseluruhan, atau menguatkan lagi abiliti sedia. Sebagai contoh, anda mungkin mendapat Charm yang meningkatkan Ki dan memberikan peningkatan 20% kepada anak panah berapi. Walaupun begitu, setiap watak mempunyai peralatan dan barang kelas masing-masing. Ini akan mengubah penampilan watak yang dipakai, jadi apabila anda bermain co-op, semua orang boleh tahu sejauh mana tahap anda sekarang.

Penambahan pada permainan asas (Update 1.1)

Terdapat begitu banyak kandungan baru, sehingga ia sukar saya menjelaskan setiap perkara baru yang muncul. Jadi, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjelaskan apa yang benar-benar ubah gameplay pada permainan asas. Sucker Punch telah mendengar rintihan peminat untuk perkara-perkara yang perlu diperbaiki, lalu menghadiahkan New Game+, seorang Merchant misteri unik, dan kuda baru kepada kita semua. Ini adalah tambahan yang bagus untuk pemain yang memerlukan beberapa insentif untuk bermain semula permainan. Tidak kira sama ada anda sudah lama bermainan atau baru mencuba buat pertama kalinya, kita dapat beberapa peningkatan “quality of life” yang bagus.

Pilihan “gear loadout” baru juga telah ditambahkan ke pakaian berbeza, kerana anda kini dapat mengubah pakaian dan charm dengan hanya menekan satu butang. Ini memberikan pemain lebih banyak kebebasan dan pilihan untuk setiap situasi. Sekiranya memasuki Settings, anda boleh aktifkan fitur ini pada bila-bila masa. Semasa maju dalam cerita Ghost of Tsushima, anda akan menemui pelbagai pakaian dan charm dengan kelebihan sendiri, jadi ialah lebih bagus untuk kita sentiasa bersiap sedia sepanjang perjalanan.

Satu lagi penambahbaikan lain yang telah dibuat oleh Sucker Punch adalah Photo Mode. Sekiranya anda seperti saya, Ghost of Tsushima mengambil masa lebih lama untuk selesai kerana saya sibuk sangat tangkap gambar. Sekiranya anda memilih untuk aktifkan fitur baru ini, kita dapat masuk Photo Mode sambil membidik anak panah. Ini mungkin kelihatan seperti penambahan kecil namun ia adalah antara fitur yang paling saya gunakan selama ini. Semasa mengarahkan anak panah, jika anda menekan kanan pada d-pad, kita akan masuki Photo Mode di mana Jin masih membidik. Bagi mereka yang gemar fitur ini, ini adalah sesuatu yang harus anda cuba!

New Game+ pula dibina untuk mendorong pemain mendapat pengalaman baru. Apabila anda kembali semula ke permainan, kita akan diberi hadiah Ghost Flower untuk apa-apa aktiviti yang dibuat. Ghost Flowers adalah bentuk mata wang baru yang dapat digunakan untuk membeli kosmetik bagi pakainan dan Charm yang boleh mengubah gaya permainan anda. Satu contoh yang baik adalah Charm yang membolehkan anda menyelinap belakang anjing Mongol untuk membelainya sehingga ia bertarung di pihak anda.

Pendapat

Ghost of Tsushima: Legends menambah pengalaman yang luar biasa bersama dengan kempen utama. Dengan New Game+ baru, penambahan Photo Mode baru, Merchant baru, dan pilihan “gear loadout” yang lebih fleksibel, kini ada lebih banyak sebab untuk setiap pemilik PS4 bermain Ghost of Tsushima.

Selain itu, penambahan Legends juga memberikan saya alasan kukuh untuk sentiasa bermain walaupun sudah tamat kempen utama. Mencuba setiap watak dan menyelesaikan misi dengan rakan-rakan adalah antara perkara paling menggembirakan yang saya alami. Tidak kira sama ada anda pemain lama atau baru sahaja ingin mengalami Ghost of Tsushima buat pertama kali, saya mengesyorkan 100% untuk anda semua cuba Ghost of Tsushima: Legends sekarang!

GS Gameplay

Ghost of Tsushima: Legends kini tersedia di PS4 melalui PlayStation Store untuk pemilik yang sudah membeli permainan video utama.

Muat turun di sini
Ghost of Tsushima
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Sucker Punch
Release Date: 2020-07-17
PlayStation 4, PlayStation 5
Ghost of Tsushima ialah game open-world samurai action daripada developer Sucker Punch. Dengan Tsushima di ambang kemusnahan, Jin Sakai mesti mengorbankan segala-galanya untuk menewaskan penjajah Mongol yang kejam dan melindungi orangnya. Ketika dia memulakan pengembaraan epik untuk membebaskan Tsushima, dia terpaksa mengetepikan tradisi samurai dan berubah menjadi pahlawan baru.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCExpansionGhost of Tsushima: LegendsPS4reviewSucker Punchulasan
Previous Post

Devil May Cry 5 Special Edition tidak akan menyokong ray tracing di Xbox Series S!

Next Post

Kolaborasi Arena of Valor & Ultraman diumumkan sempena ulang tahun ke-4!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kolaborasi Arena of Valor & Ultraman diumumkan sempena ulang tahun ke-4!

Kolaborasi Arena of Valor & Ultraman diumumkan sempena ulang tahun ke-4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd