Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Call of Duty: Modern Warfare – Aksi kompetitif SHOOTER paling MEMUASKAN!

Judul terkini tidak menghampakan siri francais dan kekalkan saat-saat ikoniknya.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
Ulasan Call of Duty: Modern Warfare – Aksi kompetitif SHOOTER paling MEMUASKAN!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai yang kenal nama Modern Warfare, tetapi kandungannya kali ini membawa nada dan flow yang berbeza daripada yang kita jangkakan dari siri Call of Duty. Developer Infinity Ward mengambil peluang besar dalam kedua-dua kempen multiplayer dan single-player, dan sementara beberapa idea menerima sambutan yang tinggi, ada yang kurang.

https://www.youtube.com/watch?v=f7bryYlI95Y

Berita baik untuk tahu bahawa kempen single-player membuat kemunculan selepas ketidakhadirannya di Black Ops 4, tetapi Infinity Ward telah mengalih tumpuan jauh dari konflik besar-besaran yang siri itu terkenal ke peperangan yang lebih intim di mana kengerian perang diterokai dengan sangat teliti. Jalan cerita ini mungkin tidak selesa untuk beberapa pihak, dan meletakkan pemain secara langsung sebagai seorang gadis muda, Farah Karim yang dipaksa untuk membunuh menggunakan pisau dan pistol, serta ditangkap dan waterboarded. Adegan waterboarding siap menjadi minigame yang dahsyat di mana anda perlu menggerakan kepala ke depan dan belakang untuk mengelak dari lemas.

Orang awam yang tidak bersalah akan muncul keluar pintu atau dari belakang anda, dan ini mencipta saat-saat yang mendebarkan dan mengganggu di mana anda secara tidak sengaja mungkin akan menembak mereka. Infinity Ward mahu anda merasakan kekejaman perang, dan ia dibentangkan dengan senario seperti ini. Selain daripada beberapa misi sniping yang direka dengan bijak dan adegan tidak masuk akal di mana saya memandu pesawat mainan, saya amat minat bermain misi di jalan cerita utama, kerana tema berat yang dibawak oleh mereka serta sesi pertempuran. Menyerang rumah atau gua atau bangunan tinggi sangat seronok, dan mengingatkan saya kembali kepada judul-judul sebelum yang membuat siri ini terkenal.

Walaupun kempen ini tidak begitu besar atau mendebarkan seperti permainan Call of Duty lain, ia mempunyai jalan cerita yang sangat hebat – mungkin yang terbaik dalam siri ini sejak Call of Duty 4: Modern Warfare. Persembahan watak memang mantap- terutamanya untuk Captain Price, Farah, dan Hadir terutama apabila mereka ke arah konflik. Jalan cerita ini mempunyai rentak yang baik, hasilkan watak jahat yang ramai pasti benci, dan menarik dari awal hingga akhir. Saya juga menghargai bagaimana jalan cerita dan gameplay sebati sesama sendiri. Saya telah menyelesaikan kempen dalam kira-kira lima jam, tetapi mendapati saya lebih suka menontonnya untuk plot twist berbanding berada dalam pertempuran.

Seperti kebanyakan permainan Call of Duty, fokus utama Modern Warfare adalah permainan kompetitifnya, yang berjaya memperluaskan skala perang. Pengalaman multiplayer yang paling saya suka adalah mode baru yang dipanggil Gunfight, dan ia direka hanya untuk empat pemain. Perlawanan 2v2 ini berlangsung pada peta segi empat kecil yang memberikan aksi segera dan boleh berakhir dengan cepat, kerana hanya dua kill diperlukan untuk pasukan memenangi pusingan. Sebahagian daripada kejayaan mode ini ialah betapa adil medan pertempuran: Kedua-dua pasukan mempunyai loadout yang sama dan reka bentuk peta di kedua belah pihak hampir sama. Melengahkan masa atau camping adalah perkara yang membazir kerana timer akan kira dengan cepat, dan masa tambahan akan meminta kedua-kedua pasukan untuk menjadi yang pertama menangkap bendera. Betapa seronok dan gilanya saya dalam mode ini. Sehingga kini, saya masih ketagih bermain.

Modern Warfare juga mempunyai lebih daripada yang anda harapkan dalam rekaan baru di Ground War, yang meminjam sedikit ciri-ciri Battlefield dengan 64 pemain bertarung untuk beberapa titik kawalan pada peta yang luas. Ini adalah satu lagi mode yang menyeronokkan, tetapi untuk alasan yang berbeza. Kemahiran dan ketepatan ditukar kepada kekacauan kerana sniper mungkin akan menyorok, kill streak sentiasa muncul di skrin, dan sebuah kereta kebal boleh meletupkan anda dari jauh. Ground War sangat panik, dan walaupun anda tidak akan membuat banyak perbezaan, ini akhirnya menjadi cara yang baik untuk melepaskan stress selepas bersaing dalam team deathmatch yang direka dengan cemerlang. Mode multiplayer lain seperti Realisme dan Night Vision juga boleh dimain jika kamu bosan bermain dua mode di atas.

Semua mode kompetitif menawarkan cross-play dan mengekalkan warisan Call of Duty. Ia sangat fenomenal dalam Modern Warfare, dan lebih mendalam dari sebelumnya. Ganjaran killstreak adalah bagus dan hebat, manakala kelajuan dan senjata masih disenaraikan sebagai antara yang terbaik dalam dunia gaming.

Sama seperti menaikkan level watak dalam RPG, pemain boleh meningkatkan level senjata. Dengan lebih daripada 50 attachment dan kelebihan bagi setiap senjata, pemain boleh mengubah suai senjata mengikut keinginan mereka, dan didorong untuk terus menggunakan loadout yang sama untuk ditingkatkan lagi. Saya mengubah M4A1 saya menjadi sesuatu yang digeruni yang bagus untuk kedua-dua taktik blitz dan jarak jauh dengan gabungan grenade launcher serta 4.0x sight attachment. Penambahan ini meningkatkan cara permainan saya dengan ketara, tetapi pasti ada kekurangannya. Penglihatan saya ditingkatkan lagi, tetapi kelajuan zoom dikurangkan.

Walaupun permainan kompetitif seronok seperti yang saya terangkan, saya tidak mengesyorkan pemain untuk menghabiskan banyak masa dalam Special Ops, versi permainan koperatif Modern Warfare yang bermasalah. Bergerak di yang peta besar dengan rakan-rakan untuk menggodam komputer dan memusnahkan kenderaan berperisai berat adalah konsep yang menyeronokkan, dan memerlukan strategi. Bot yang boleh muncul di belakang anda membuat pengalaman terlalu sukar dalam cara yang tidak adil. Walaupun pasukan saya teratur dan bergerak dengan awas untuk menghapuskan apa-apa ancaman, ia hanya memerlukan satu musuh dari belakang untuk mencipta senario buruk.

Seperti yang dinyatakan, Modern Warfare seharusnya menerima sambutan yang berhak kerana membuat perubahan yang positif di siri Call of Duty. Tidak semua idea oleh Infinity Ward menjadi, tetapi beberapa telah berjaya cukup sehingga saya dapat melihatnya sebagai sesuatu yang harus kekal dalam siri. Pencapaian Moden Warfare mungkin tidak sehebat seperti Black Ops 4 di mana Blackout menjadi salah satu yang paling terkenal, tetapi ia masih menyampaikan pengalaman multiplayer yang seronok dan memuaskan. Dengan penambahan ini sahaja, sudah cukup untuk kata bahawa game ini berbaloi untuk main. Call of Duty: Modern Warfare sudah keluar untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One, dan PC, dan jika kamu masih belum cuba, inilah masanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Call of Duty: Modern Warfare

80% Score

Pencapaian Moden Warfare mungkin tidak sehebat seperti Black Ops 4, tetapi ia masih menyampaikan pengalaman multiplayer yang seronok dan memuaskan.

Review Breakdown

  • Modern Warfare seharusnya menerima sambutan yang berhak kerana membuat perubahan yang positif di siri Call of Duty 0%
Tags: Call of Duty: Modern WarfareCaptain PriceGround WarGunfightinfinity wardkempenmultiplayersingle-playerSpecial Ops
Previous Post

Game AAA paling mengujikan minda oleh Hideo Kojima! Jom usha Ulasan Pertama Death Stranding kami!

Next Post

Cari pasangan di MODE DUOS Apex Legends pada 5 November ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Cari pasangan di MODE DUOS Apex Legends pada 5 November ini!

Cari pasangan di MODE DUOS Apex Legends pada 5 November ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd