Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Asus TUF Gaming A15! Prestasi padu dalam pakej yang kebal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2020 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Produk, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Ulasan Asus TUF Gaming A15! Prestasi padu dalam pakej yang kebal!
Share on FacebookShare on Twitter

Industri permainan video telah menerima banyak perhatian semasa COVID-19 dan Malaysia sendiri telah melihat permintaan yang luar biasa untuk komputer riba kerana bekerja dari rumah. Berdasarkan permintaan ini, Asus telah melancarkan gaming laptop siri TUF yang dikemas kini untuk pencipta kandungan dan gamer di seluruh dunia.

Asus menghadiahkan kami dengan TUF Gaming A15 baru yang membawa penambahan pemproses AMD Ryzen 4000, yang sudah cukup untuk buat saya kagum.. Dengan nilai harga RM5699, ia mempunyai kuasa yang cukup kuat tanpa membuat dompet anda sedih. TETAPI! Adakah ia yang terbaik dalam siri TUF? Itulah yang akan saya akan jelaskan dalam ulasan ini.

Reka Bentuk & Binaan

Siri TUF sentiasa mempunyai penampilan yang konservatif tetapi kali ini, mungkin ASUS ingin buat sesuatu yang baru. TUF Gaming A15 akhirnya menerima reka bentuk yang sesuai dengan namanya ‘tough’. Menggunakan penampilan berdasarkan militari, A15 diperbuat daripada plastik tetapi kemasannya memberi satu kecantikan baru. Penutupnya umpama satu kepingan besi dengan empat skru pada setiap sudut.

 

1 of 4
- +

Buka penutup ini dan anda mendapat atur susunan yang baik dengan papan kekunci bersaiz penuh termasuk numpad dan touchpad yang besar. Bahagian ini mendapat kemasan aluminium dan papan kekunci mempunyai ciri lampu RGB untuk memberi imej sebuah gaming PC. Paparan pula berukuran 15.6 inci dengan bezel kecil di sisi. Ini info tambahan tetapi saya suka bagaimana penutupnya mempunyai satu laras kecil untuk bantu pengguna mengangkat penutup dengan mudah.

Pendek cerita, ia menepati standard saya. A15 dinilai MIL-STD-810H untuk daya ketahanan, dan dalam istilah umum, ia bermaksud A15 cukup kuat untuk bertahan daripada kerosakan jatuh dan persekitaran yang bahaya seperti air atau pasir. Malangnya, saya tidak berani pula untuk menguji ciri-ciri ini. Asus juga telah mengurus semua port I/O yang diperlukan. Terdapat 3x port USB 3.2, 1x port USB-C, 1x port HDMI, 1x port Ethernet RJ45 (LAN), dan jek headphone/mikrofon 3.5mm.

Paparan

TUF Gaming A15 mempunyai paparan FHD IPS LCD berukuran 15.6 inci dan pengguna dapat memilih antara refresh rate 60Hz standard atau refresh rate 144Hz. Unit yang diberi kepada saya dilengkapi dengan refresh rate 144Hz dan dalam dunia permainan video, semakin tinggi refresh rate, semakin baiklah pengalaman keseluruhan.

Memandangkan refresh rate-nya tinggi, paparan pun harus menunjukkan warna yang menonjol kan? Sayangnya, itu antara kekurangan TUF A15. Paparannya hanya mempunyai 45% warna sRGB yang menjadikan paparan agak gelap. Warnanya pun tidak beberapa menonjok dan tahap kecerahan sangat rendah.

Walaupun ini bukan paparan yang terbaik, ia bukanlah yang paling buruk juga. Setelah mata saya terbiasa dengan warna di dalam skrin, ia menjadi cukup bagus untuk bermain game atau melakukan penyuntingan foto dan video.

Prestasi

Di sinilah TUF A15 menyerlah. Anda boleh lihat spesifikasi di bawah dan ternyata perkakasan di dalam amat kuat sehingga saya yang tengok ini pun gembira.

Detailed product specifications:

CPU AMD® Ryzen™ 7 4800H Processor
OS Windows 10 Home
Windows 10 Pro
Paparan 15.6″ (16:9) LED backlit FHD (1920×1080) 144Hz Anti-Glare IPS-level Panel with 45% NTSC
Kad Grafik NVIDIA® GeForce® RTX 2060, with 6GB GDDR6 VRAM
Memori DDR4 3200MHz SDRAM, 2 x SO-DIMM socket for expansion, total up to 32 GB SDRAM, Dual-channel
Storan 1TB PCIe® Gen3 SSD
WEBCAM HD 720p CMOS module
Papan kekunci Chiclet keyboard with isolated numpad key
Internet Wi-Fi
Integrated Wi-Fi 5 (802.11 ac (2×2))
Bluetooth
Bluetooth® 5.0 The Version of BT may change as OS upgrades
Audio DTS:X® Ultra
Headset 1 x COMBO audio jack
I/O 2 x Type-A USB 3.2 (Gen 1)
1 x Type-C USB 3.2 (Gen 2) with display support DP1.4
1 x Type-A USB2.0
1 x RJ45 LAN jack for LAN insert
1 x HDMI, HDMI support 2.0 b
1 x AC adapter plug
Bateri 48 Wh lithium-polymer battery Battery
AC adapter Plug type: ø6.0 (mm)
Output:
20 V DC, 7.5 A, 150 W / 9 A, 180 W
19.5 V DC, 11.8 A, 230 W
Input:
100 -240 V AC, 50/60 Hz universal
Saiz 359.8 x 256 x 22.8 ~24.9 cm
Berat  2.3kg

Unit saya dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 7 4800H yang dipasangkan dengan 8GB DDR4 SDRAM 3200MHz. Terdapat SSD 256 GB dan HDD 1TB 5400 RPM yang menjaga penyimpanan data dan ‘storage’. Untuk grafik, terdapat kad Nvidia GTX 1660Ti dengan 6GB GDDR6 VRAM.

Tidak dinafikan bahawa dengan spesifikasi seperti ini, TUF A15 sangat bagus untuk ‘gaming laptop’ pertengahan. Anda boleh meletakkan pelbagai benchmarks dan ia akan menunjukkan skor yang mengagumkan. Pada dasarnya, ia dapat menjalankan pelbagai aktiviti dengan cemerlang.

Saya bermain Apex Legends, Need for Speed Heat, Red Dead Redemption 2 dan Valorant. Semua permainan video ini boleh dimainkan pada tetapan tertinggi dengan frame rate yang konsisten atas 60 fps. Apex Legends dan Valorant berjalan pada tahap maksimum dan walaupun  berjam-jam main, A15 tidak menunjukkan sebarang perlahan. Need for Speed Heat di-render dengan amat cantik, dengan cip Ryzen sentiasa mengekalkan prestasi terbaik manakala persekitaran Red Dead Redemption 2 tidak memberi tekanan khusus pada A15. Antara semua, saya rasa Red Dead Redemption 2 lah yang paling mencabar. Walaupun tidak mempunyai masalah yang banyak, saya masih boleh melihat prestasi A15 jatuh tetapi keputusan itu amat dijangka apabila saya menguji game ini.

Apex Legends

Valorant

Need for Speed Heat

Red Dead Redemption 2

Berikut adalah keputusan daripada benchmark:

PC Mark 10

3D Mark

UserBenchmark

Cinebench R20

Asus berjanji bahawa cip Ryzen baru jauh lebih hebat daripada pemproses yang lama. Walaupun A15 menjadi panas semasa bermain, sistem penyejukan dengan berkesan mengalihkan haba daripada keadaan kritikal. Berdasarkan permainan video yang saya mainkan, saya tidak melihat tanda-tanda kepanasan yang tinggi. Bersoal dengan gaming, TUF A15 sangat mengagumkan. Tetapi bagaimana pula dengan penggunaan harian?

Manfaat pemproses siri Ryzen 4000 baru dapat dilihat di sini dan mesin masih lancar berfungsi, dengan pelbagai tugas dijalankan serentak. Ia tidak panas langsung dan kekal sejuk dalam mod kuasa rendah.

Saya juga harus menjelaskan tentang pembesar suara. Seperti kebanyakan gaming laptop, tahap kelantangan bunyi tidak cukup tinggi. Anda mesti berada di bilik tertutup untuk mendapatkan bunyi yang terbaik. Walaupun mempunyai masalah ini, Asus masih menyesuaikan pembesar suara ini dengan baik. Terdapat kedalaman dalam audio, dan ini adalah sesuatu yang kekurangan pada mana-mana komputer riba pada harga seperti A15. Oleh itu, sama ada saya bermain atau menonton filem, bunyi audio keseluruhannya bagus.

Bateri

Asus menggunakan bateri 48WHr di TUF A15 dan dalam kerja harian saya, yang hanya melibatkan Chrome dibuka sehingga 5 tab sekaligus, TUF A15 mampu bertahan paling lama hingga dua atau tiga jam, dalam mod penjimat kuasa. Ini adalah sedikit mengecewakan tetapi masih sesuatu yang ramai boleh menjangka.

Kesimpulan

Selepas menghabiskan masa dengan Asus TUF Gaming A15, saya berasa amat kagum. Untuk seorang gamer sejati seperti saya, TUF A15 menawarkan lebih daripada cukup untuk bermain permainan video bahkan mampu melakukan penyuntingan foto atau video. Pemproses Ryzen 7 4800H yang baru menawarkan peningkatan prestasi yang ketara berbanding model-model yang lama dan bersama Nvidia GTX 1660Ti, anda pasti dapat grafik yang hebat.

Di aspek lain, reka bentuk baru kelihatan lebih moden dan cukup tahan lama. Anda juga mendapat semua port yang diperlukan. Kekurangannya hanya pada kualiti paparan dan jangka hayat bateri.

Pada harga RM5699, Asus TUF Gaming A15 menawarkan prestasi keseluruhan yang bagus. Bagi mereka yang mementingkan prestasi, saya mengesyorkan ia adalah antara peranti terbaik pada harga ini kerana TUF Gaming A15 adalah komputer riba yang pasti membuat ramai gamer dan pencipta content gembira dengan prestasinya yang luar biasa. Jika anda berminat, layari laman web rasmi ASUS atau halaman Lazada.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AMD Ryzen 4000AsusProdukTUF Gaming A15ulasan
Previous Post

RAZER mengumumkan Deathadder V2 Mini! Gaming mouse mantap versi comel!

Next Post

Tokyo Game Show 2020 Online kembali! Bermula 23 September 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Tokyo Game Show 2020 Online kembali! Bermula 23 September 2020!

Tokyo Game Show 2020 Online kembali! Bermula 23 September 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd