Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan akses awal Sands of Salzaar: gameplay yang serabut di tengah gurun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, PC, Real time strategy, Review, Steam
0 0
0
Ulasan akses awal Sands of Salzaar: gameplay yang serabut di tengah gurun!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada beberapa bulan lalu, ramai yang terpikat dengan Sands of Salzaar, dan menganggapnya akan menjadi sebuah permainan indie yang menarik oleh pemaju dari China, Han-Squirrel Studio. Kemas kini Bahasa Inggeris akhirnya dikeluarkan pada 22 September, berikutan terbitan jadual akses awal di Steam. Berikut adalah latar belakang ringkas bagi mereka yang mungkin tertarik:

“Ini adalah kisah fantastikal dari sebuah tanah eksotik. Old Empire yang pernah memerintah padang pasir telah ditumbangkan, lalu meninggalkan pelbagai suku untuk berjuang demi menguasai dunia mereka. Malangnya, mereka tidak tahu tentang kuasa kegelapan yang menyembunyi di dalam bayang-bayang setiap hari…”

Reka bentuk & grafik

Bukan untuk memburukkan permainan, tetapi fokus Salzaar adalah untuk menjadi permainan strategi yang rumit, jadi ia bukanlah permainan di mana pemain akan mengagumi keindahannya. Walaupun begitu, seni 2D sebenarnya agak bagus. Mereka menggunakan gaya yang lebih realistik daripada Banner of the Maid yang juga dibangunkan di China yang beralih kepada elemen anime. Model 3D dan animasi pun bukanlah yang terbaik, tetapi mereka mempunyai masa untuk memperbaikinya pada kemudian hari. Muzik-nya juga bukan yang paling menarik, tetapi sekurang-kurangnya, ia sesuai dengan suasana gurun dan tema pengembaraan.

Gameplay & ciri-ciri asas

Kita bermula dengan mencipta watak sendiri. Pilih gaya anda melalui pelbagai pra-tetapan, dan berikan nama kepada watak. Anda juga boleh mengubah model jika anda tidak menyukai penampilan yang berkait dengan kelas pilihan anda. Seterusnya, kita harus memilih kelas. Pemaju menunjukkan pemain kelas apa yang mudah untuk dimainkan dengan petunjuk tahap kesukaran. Ini berbeza dengan tetapan “difficulty” global iaitu Easy, Medium, dan Hard. Kelas yang tersedia semuanya mempunyai perks/bonus/bakat mereka sendiri. Setelah selesai, anda boleh memilih bonus tambahan, dan akhirnya, mulakan permainan.

Saya dicampak ke padang pasir tanpa apa-apa penjelasan selain daripada rumusan pendek tentang watak saya dan kain buruk dalam inventori. Bermula sebagai seorang musafir, saya terus mencari misi daripada NPC dan berusaha membina reputasi dan legasi saya. Dengan gabungan seni sprite 2D dan model 3D, saya mulakan pengembaraan ini.

Kita ada beberapa dungeon rawak yang boleh dilalui. Sebahagian daripadanya menyediakan sumber bahan, dan memaksa kita untuk berperang. Pertempuran itu berlaku secara real-time dan mengingatkan saya pada Diablo. Di sini, tingkatkan jumlah askar dengan skuad manusia dan raksasa, atau rekrut beberapa jenis makhluk mistik seperti phoenix atau naga. Untuk raksasa, anda boleh mematikan pilihan untuk mendapatkannya lebih banyak rakan haiwan yang realistik, tetapi tidak seronok lah kalau begitu kan?

Jangan terlalu sibuk nak pukul sahaja semasa bertarung kerana senjata dan perisai mempunyai jumlah ketahanan tertentu, jadi anda perlu mendapatkan barang yang sesuai untuk membetulkannya. Tidak semua kawasan akan menjual barang-barang ini, jadi peluang terbaik anda ialah untuk pergi ke kawasan bandar iaitu hab terbesar untuk mendapatkan bekalan. Pada masa yang sama, peralatan secara semula jadi dilengkapi dengan statistik sendiri.

Selain daya ketahanan peralatan, stok makanan kita juga boleh habis. Ini adalah sumber lain yang perlu diuruskan, selain wang tunai, kayu dan permata. Di luar, kita boleh menemui pelbagai tumbuh-tumbuhan di sekitar, yang boleh digunakan untuk membuat potion menggunakan bahan yang anda temukan. Pastikan anda mempunyai cukup makanan untuk memberi kepada pasukan, kerana tiada tentera yang boleh bertarung ketika mereka terlalu lapar.

Bagaimana makanan basi? Masa berlalu semasa anda meneroka di mana dungeon akan ditutup buat sementara apabila kita menyelesaikannya. Di sini, saya perlu menunggu 7 hari dalam permainan sebelum dapat mengaksesnya lagi. Beberapa misi juga berkait dengan masa, jadi seelok-eloknya buat lah rancangan yang sesuai. Sepanjang perjalanan, peristiwa-peristiwa menarik lain juga akan berlaku, seperti bazar yang dibuka di kawasan lain, berita tentang suku-suku berperang antara satu sama lain, dan lain-lain yang boleh mempengaruhi barang-barang yang dijual oleh pedagang.

Setiap peristiwa yang berlaku adalah kerana pilihan pemain

Alang-alang kita bercakap tentang suku, anda juga mempunyai meter hubungan untuk setiap suku, serta teman perjalanan anda. Pada mulanya, saya mendapat sambutan oleh sekumpulan penyamun dan setelah mengalahkan mereka beberapa kali, kumpulan penyamun itu akhirnya berhenti secara automatik mengacau saya. Sekiranya anda memilih untuk menghadapinya, hubungan anda dengan penyamun menjadi lebih teruk atau bagus bergantung pada sama ada anda membuli mereka atau mengampuni mereka.

NPC yang mempunyai nama memiliki citarasa sendiri jika anda memilih untuk berkawan dengan mereka. Anda perlu memenuhi kriteria tertentu agar mereka dapat menyertai pengembaraan. Saya pernah diabaikan apabila salah seorang NPC itu menganggap saya terlalu miskin. Jika anda ingin berkawan dengan satu suku, anda juga berisiko untuk memusuhi suku lain, jadi itu adalah sesuatu yang penting untuk diingat.

Cara dapatkan sumber, Skill Tree dan naratif

Beberapa kawasan adalah kawasan “Siege”, yang saya terasa sangat kelakar dalam versi Akses Awal ini. Anda perlu mempunyai pasukan untuk mengambil alih pelbagai bidang dalam peta, lantas memberi anda sumber. Pasukan ini akan muncul semula jika anda mempunyai sumber daya yang mencukupi, manakala watak anda akan hidup semula sekiranya anda gagal. Memang ridak ada pilihan untuk keluar daripada Siege, jadi pastikan diri itu buat yang terbaik untuk tidak gagal!

Di samping itu, jangan lupa untuk tingkatkan Skill Tree, untuk diri sendiri dan unit anda. Ia adalah Skill Tree yang agak besar, bersama Talents yang boleh anda laburkan untuk menjadikan hidup lebih mudah ketika merentasi padang pasir sama ada untuk meningkatkan harga jualan kepada pedangan, dapatkan lebih banyak ruang skuad, dan sebagainya. Anda boleh menjadi bos yang baik dengan memberikan kuda kepada NPC, bagi menjelajah padang pasir dengan lebih cepat.

Naratif adalah salah satu bahagian yang paling baik, tetapi saya tidak dapat memahaminya 100% kerana aspek “strategi serabut”. Setiap kelas mempunyai plot naratif masing-masing yang boleh diterokai, yang akan ditambahkan secara beransur-ansur sepanjang tempoh akses awal. Naratif NPC berkaitan dengan item permulaan mereka, yang merupakan satu elemen yang bagus kerana menceritakan lagi tentang watak.

Pendapat

Saya rasa tutorial yang lebih lengkap ialah sesuatu yang perlu disertakan dalam versi masa depan. Walaupun pasukan boleh menyelit manual, siapa sahaja yang rajin membaca manual luaran, bahkan manual dalam permainan. Fitur seperti ini tidak bantu pemain fahamkan meningkatkan sistem keseluruhan, jadi saya mohon agar tutorial diperbaiki lagi.

Di ruang komen, ramai mengatakan bahawa terjemahan bahasa Inggeris agak pelik dan teruk, tetapi saya tidak menyedari apa-apa kesalahan besar. Ini pun adalah sesuatu yang boleh diperbaiki, jadi saya tidak terlalu memikirkan aspek itu. Selain bahasa Inggeris untuk permainan, sokongan modifikasi untuk bahasa juga disediakan. Jika anda ingin mengubah bahasa ke Bahasa Melayu, saya amat mengalu-alukan anda semua cuba!

Sands of Salzaar adalah gabungan RPG, simulasi dan pengurusan sumber dalam satu permainan. Dukacita, ia bukan lah sesuatu yang sesuai untuk saya. Walau bagaimanapun, jika ada perkara di atas yang menarik minat anda, ia kini tersedia di Steam Early Access, di mana ia akan kekal selama beberapa bulan sebelum 2020 tamat mengikut jangkaan saya. Saya akan sediakan pautan di bawah bersama video gameplay saya. Maka, tamat lah ulasan pendek ini.

GS Gameplay:

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCreviewSands of Salzaarsteamstrategiulasan
Previous Post

Video baru filem Monster Hunter membandingkan Diablos & Rathalos kepada versi game!

Next Post

Kapal Angkasa mendarat! Unboxing edisi terhad MSI GE66 Raider Dragonshield terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Kapal Angkasa mendarat! Unboxing edisi terhad MSI GE66 Raider Dragonshield terbaru!

Kapal Angkasa mendarat! Unboxing edisi terhad MSI GE66 Raider Dragonshield terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd