Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan akses awal Dual Gear: wajib cuba kalau anda minat mecha & strategi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2020 - Updated on August 18, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Pandangan Pertama, PC, Review, Steam
0 0
0
Ulasan akses awal Dual Gear: wajib cuba kalau anda minat mecha & strategi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dual Gear adalah game turn-based strategy oleh Orbital Speed ​​Studios di mana pemain menguruskan pasukan juruterbang yang mengendalikan mecha/robot. Dilancarkan pada 29 Julai 2020, Dual Gear kini boleh dimainkan secara akses awal! Sekiranya anda peminat Gundam dan sebagainya, maka Dual Gear adalah sesuatu yang anda mungkin minay! Walaupun dalam akses awal, Dual Gear telah menerima banyak ulasan positif yang membuatkan sebilangan besar masyarakat berpendapat bahawa Dual Gear boleh menjadi game yang sangat bagus jika diberi beberapa peningkatan.

Mengambil inspirasi daripada anime dan game mecha Jepun, ia merupakan antara game bagus yang saya cuba di Steam selepas sekian lama. Saya amat minat anime yang mempunyai robot gergasi, lantas permainan ini tampak menarik bagi saya. Untuk mereka yang suka genre anime seperti ini, saya harap anda faham apa yang cuba sampaikan. Baiklah! Mari kita mulakan ulasan awal Dual Gear.

Gameplay

Latar belakang

Kisah Dual Gear bermula pada tahun 2069. Sebuah kumpulan pengganas bernama Watchmaker mula menyerang setiap wilayah UNR (negara-negara bekas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) lalu meletakkan Bumi ke era konflik baru.

UNR menubuhkan pasukan khas istimewa N.E.M.O.S., di mana objektif mereka adalah untuk mewujudkan pasukan mecha luar biasa untuk berperang dalam konflik. Juruterbang veteran dan wajah muda telah direkrut untuk menewaskan ancaman Watchmaker menggunakan unit mecha ini.

Sistem pertempuran memerlukan anda merancang dengan teliti

Seperti yang disebutkan di atas, Dual Gear adalah game turn-based strategy di mana anda harus menguruskan pasukan juruterbang untuk mencapai kemenangan dalam misi yang berbeza. Kebanyakkan permainan terdiri daripada mengawal setiap mecha dan bertarung dalam elemen “real-time“. Unit kita bergerak terlebih dahulu dan kemudian giliran musuh. Pada giliran anda, anda mempunyai “energy gauge” yang mengehadkan gerakan dan aksi pemain. Kita boleh pilih untuk bergerak dan menyerang musuh, atau lari untuk mengelakkan serangan musuh. Anda juga boleh menyimpan sedikit “tenaga” untuk melakukan beberapa tindakan lanjut seperti “guard“.

Jika anda tidak faham penerangan di atas, jangan risau. Sebaik sahaja mula bermain Dual Gear, anda akan disambut dengan tutorial yang menerangkan mekanik permainan. Setiap tindakan dan langkah yang anda lakukan akan mempengaruhi “energy gauge” setiap juruterbang. Setelah “energy gauge” habis, juruterbang tidak dapat melakukan apa-apa sepanjang baki giliran anda. Jadi, bagaimana “energy gauge” boleh habis?

“Energy gauge” akan habis jika kita bergerak dengan mecha! Sekiranya anda ingin memikirkan langkah seterusnya, anda boleh melakukannya sambil berdiri. Tetapi hati-hati! Walaupun ia masih giliran anda, musuh dapat menyerang jika anda berada dalam kawasan yang sama untuk jangka masa tertentu!

Satu lagi perkara penting adalah setiap kali menggunakan senjata, “energy gauge” akan habis dengan lebih cepat! Sudah tentu, ia bergantung pada senjata apa yang anda gunakan. Pada dasarnya, kita boleh menyerang musuh lebih daripada sekali dalam satu pusingan apabila menggunakan hanya satu juruterbang. Sekiranya bernasib baik, anda juga akan menerima beberapa ganjaran daripada musuh, yang akan meningkatkan “energy gauge” dan membolehkan anda melakukan lebih banyak aksi dalam pusingan yang sama.

Apabila anda bergerak atau ingin menyerang musuh, mereka boleh “counterattack“. Anda boleh mengelak daripada serangan ini menggunakan “energy gauge“, tetapi ia mungkin tidak cukup untuk mengaktifkan aksi-aksi lain. Setiap unit bermula dengan set senjata tetap dan serangan senapang/jarak dekat, tetapi anda akan membuka lebih banyak kemahiran baru dengan kredit yang diperoleh setelah memenangi pertempuran.

Elemen customization mudah

Sebelum memulakan misi, anda akan berada di menu ibu pejabat. Di sini, anda dapat melengkapkan barang-barang yang diperolehi selepas pertempuran, membeli peralatan baru, meningkatkannya peralatan tersebut (menggunakan kredit), mengubah bahagian-bahagian dan warna unit, serta banyak lagi pilihan lain. Di sini juga lah anda memilih misi seterusnya.

Satu perkara yang hebat ialah jenis-jenis senjatanya yang berlainan. Ingin lawan jarak dekat? Tumbuk musuh sehingga lunyai! Ingin sesuatu yang destruktif? Lancarkan roket untuk hancurkan musuh! Ingin dalami jalan cerita sekali lagi tetapi dengan peralatan berbeza, Dual Gear menawarkan mod Story dengan misi yang boleh dimainkan semula dan mod Skirmish sebagai penambahan kepada jalan cerita!

Pendapat

Sekiranya anda mencari game turn-based strategy tulen, mungkin anda ingin mencari game lain kerana Dual Gear bukan lah game turn-based strategy normal. Tetapi jika anda ingin mencuba sesuatu yang unik, maka saya mengesyorkan anda untuk mencuba akses awal Dual Gear kerana ia percuma!

Secara keseluruhan, Duel Gear mempunyai gameplay yang agak padu dan visual indah antara realisme dan anime. Pertempurannya amat mudah dan menyeronokkan serta tidak susah untuk kita faham dan belajar. Sejujurnya, banyak lagi yang boleh dibincangkan tentang game ini tetapi saya akan tunggu keluaran rasminya dahulu untuk memberi penilaian akhir. Pendek kata, Duel Gear ​​adalah salah satu game akses awal terbaik di Steam buat masa ini dan jika anda tidak tahu untuk buat apa pada hujung minggu ini, cuba lah Dual Gear.

Muat turun di sini
Dual Gear
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
DUAL GEAR adalah permainan Tactical Action Turn-Based Strategy yang diilhamkan oleh mecha Jepun. Untuk melepasi batasan tradisional, DUAL GEAR mengharuskan pemain untuk mengemudi mecha mereka dengan Real-Time Action Shooting sambil mengalami tekanan Tactical Turn-Based!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DUAL GEARmechaPCreviewRobotsteamulasan
Previous Post

Dari anime, kini game Zoids Wild: Infinity Blast untuk Switch mendapat treler pertamanya!

Next Post

Sony mengaku sedang hasilkan PSVR next-gen! Mungkin untuk PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Sony mengaku sedang hasilkan PSVR next-gen! Mungkin untuk PS5!

Sony mengaku sedang hasilkan PSVR next-gen! Mungkin untuk PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd