Acer Predator Helios 300 adalah antara komputer riba permainan paling popular sejak kebelakangan ini. Ia adalah pilihan utama yang konsisten, kerana dua sebab mudah. Ia murah, dan boleh dipercayai. Dengan Predator PH315-53-77CF, Acer kini menawarkan kemas kini Helios 300 yang meningkatkan beberapa spesifikasi terpentingnya, termasuk reka bentuk, grafik dan pemproses. Hasilnya mestilah prestasi permainan dan produktiviti yang lebih baik pada harga yang berpatutan.
Kami mengkaji Predator Helios 300 yang lama di sini dan mengelarnya sebagai “notebook permainan yang hebat.” Beberapa bulan berlalu, dan saya sekarang sedang mengkaji model yang dikemas kini. Melihat spesifikasi, kita pasti dapat melihat mengapa Helios 300 sangat kuat kerana ia menawarkan Nvidia GeForce RTX 2060, Intel Core i7-10750H, RAM 8GB, panel 1080p/144Hz dan 512GB SSD.
Spesifikasi:
*unit yang kami terima ialah PH315-53-77CF*
Model | PH315-53-77CF | PH315-53-5462 |
Processor | Intel® Core i7-10750H | Intel® Core i5-10300H |
Graphic | NVIDIA® GeForce® RTX 2060 6GB DDR6 | |
Display | 15.6″ 144Hz FHD Slim Bezel IPS Display | |
Storage | 512GB PCIe NVMe SSD(with 1 extra SSD slot and 1 extra HDD slot) | |
Memory | 1 x 8GB 2933Mhz DDR4 RAM(Upgradable to 32GB) | |
Wireless & Networking | · Killer Wi-Fi 6 AX1650o 802.11 a/b/g/n+ac+ax wireless LAN
o Dual Band (2.4 GHz and 5 GHz) · Killer™ Ethernet E2500 · Bluetooth® 5.0 |
|
Input & Output |
· SD card reader· 1 x USB Type C port (USB 3.1 Gen2 10 Gbps)
· 1 x USB 3.1 Gen2 port featuring power off charging, · 2 x USB 3.1 Gen1 ports · HDMI™ 2.0 port with HDCP support · Mini Display Port™ 1.4 |
|
Audio | DTS® X | |
Webcam | Acer HD Webcam with 1280 x 720 resolution | |
Dimensions | 363.4 (W) x 255 (D) x 22.9 (H) mm | |
Weight | 2.2 kg | |
Warranty | 2 years On Site Warranty with Accidental Damage or Theft | |
Operating System | Windows 10 Home | |
Price | RM 5,199 | RM 4,599 |
Reka bentuk & sambungan I/O
Di bahagian luar, Helios 300 PH315-53-77CF mempunyai penampilan tipikal sebuah komputer riba permainan. Ia mempunyai reka bentuk hitam, kecuali aksen biru yang menghiasi sekeliling. Bahagian hadapan laptop gaming ini masih mengekalkan logo Predator yang diterangi lampu, serta dua jalur biru gelap tetapi anda boleh lihat bahawa penjenamaan nama Predator sudah dibuang dan tinggal hanya logo. Kemasan aksen biru lain juga boleh didapati di pad sentuh, kekunci WASD dan kekunci anak panah. Jika anda mencari port untuk mengecas di sebelah kiri, jangan risau. Ia tidak hilang, cuma dipindahkan ke belakang untuk memberi ruang pada sambungan-sambungan lain.
Untuk pencahayaan pula, Acer menggunakan 4 zon LED RGB dengan empat tahap intensiti yang berbeza. Anda boleh menetapkan beberapa efek pada bahagian aplikasi pencahayaan Predator Sense. Ianya akan menjadi lebih terang dan cahaya berwarna putih pada papan kekunci akan menjadi lebih bersinar.
Pemilihan I/O pada komputer riba ini agak bagus. Selain daripada port USB 2.0 tunggal, terdapat tiga port USB 3.1 yang lain (satu dengan pengecasan power-off), satu port USB 3.1 (Type-C), port HDMI dan Mini DisplayPort 1.4 untuk menyambungkan paparan luaran. Yang lain termasuk port Ethernet dan pembaca kad SD, yang sangat berguna jika anda menggunakan komputer riba ini untuk fotografi atau rakaman video.
Paparan dan audio
Anda pasti akan menyukai paparan 1080p yang menawarkan penghasilan semula imej yang benar-benar segar, dengan warna-warna kontras yang lebih terang semasa bermain dan menonton filem serta menjadi panel yang cukup baik untuk penggunaan harian. Selain itu, Helios 300 baru menawarkan refresh rate 144Hz, yang jarang dilihat dalam komputer riba permainan bajet. Ini adalah peningkatan yang luar biasa berbanding model lama, kerana ia bertujuan untuk mengurangkan kabur dan frame rate yang jatuh.
Di bahagian atas, terdapat kamera beresolusi 720p yang kelihatan sedikit kabur; tetapi cukup baik untuk membuat panggilan video dan persidangan. Malangnya, Helios 300 baru tidak mempunyai pembesar suara yang memuaskan. Bagi saya, pembesar suaranya hanya sederhana, kerana memberi output bunyi yang mendatar dan kosong.
Ujian prestasi dan bateri
Perlu dinyatakan sekali lagi bahawa versi yang diuji ialah Predator Helios 300 (PH315-53-77CF) yang datang dalam pelbagai konfigurasi yang berbeza untuk mengembangkan potensi sebenarnya. Ia mempunyai RAM 8GB dan Nvidia GeForce RTX 2060. Di bahagian storan, ia mempunyai SSD pantas dengan kapasiti storan hingga 512GB SSD.
Seperti biasa, ujian di bawah berguna untuk mengukur kemampuan umum GPU. Final Fantasy XIV, Horizon Zero Dawn dan Death Stranding adalah tiga game AAA moden yang mencabar kemampuan peranti pada tetapan kualiti grafik berbeza bermula sederhana hingga maksimum. Diuji pada tetapan maksimum, Helios 300 memberikan kadar 90+ FPS dalam tetapan Normal untuk semua permainan video, tetapi nilainya turun kepada 65 FPS ke bawah dalam tetapan maksimum.

Skor-skor di bawah sebenarnya sedikit lebih bagus daripada apa yang saya dapat di Predator Helios 300 lama (2019) tetapi hakikatnya, ia tidak ada banyak beza berbanding model yang kami uji sebelum ini. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa RTX 2060 tidak dapat memanfaatkan ray-tracing dengan baik, seperti yang dilakukan dengan varian RTX 2070 atau RTX 2080. Oleh itu, kerana persembahannya hampir sama dengan model lama, tidak banyak yang saya boleh mengulas. Jika anda meminati komputer riba ini, jangan risau kerana prestasinya sangat kukuh dan memang patut dipertimbangkan jika inginkan peranti yang kuat.
Utiliti
Ujian benchmark FF XIV
Death Stranding
- FPS boleh cecah 75 FPS pada purata biasa (paling tinggi ialah 85 FPS) pada tetapan Very High
- Gameplay lancar menunjukkan persekitaran 3D yang indah
- Port yang bagus untuk pc high-end
Horizon Zero Dawn
- FPS boleh cecah 55 hingga 60 FPS pada purata biasa pada tetapan High
- Gameplay lancar tetapi FPS akan jatuh apabila jumpa musuh ramai
- 3D render yang lancar
- Refresh rate 144Hz bantu aspek tembak
Hayat bateri tidak pernah menjadi aspek yang bagus untuk komputer riba permainan, dan di sini, ia kekal sama. Acer Predator Helios 300 (PH315-53-77CF) bertahan hampir sekitar 5 jam ketika menonton video dan mendengar muzik, tetapi pengurangan bateri menjadi lebih drastik semasa bermain. Itu bukanlah berita yang menghairankan bagi anda semua kan?
Pendapat
Acer Predator Helios 300 baru merupakan salah satu komputer riba permainan yang paling kuat dalam anggaran pengguna budget. Ada beberapa tanda jelas di mana Acer memotong bahagian-bahagian yang penting seperti pembesar suaranya yang lemah dan sistem penyejukan yang tidak mengurangkan panas kecuali beralih ke maksimum. Namun, ia bukanlah sesuatu yang benar-benar teruk. Pengguna hanya perlu melabur untuk sepasang headset yang baik.
Perkara utama yang harus diberi perhatian di sini ialah komputer riba permainan ini mempunyai kekuatan mentah yang sesuai untuk harganya dan cukup bagus untuk menguruskan permainan video yang tinggi pada aspek grafik walaupun pada tetapan ultra serta refresh rate 144Hz pada paparan luar biasa, yang anda hanya dapat temukan dalam model lebih mahal.
Acer Predator Helios 300 PH315-53-77CF merupakan salah satu komputer riba permainan paling murah di luar sana, dan Acer jelas telah berusaha keras untuk memasukkan banyak penambahan hebat ke dalam Predator, supaya ia sesuai dengan nilai wang yang dilaburkan. Sekiranya anda ingin membeli, yakinlah bahawa anda akan membawa pulang sebuah pakej yang sangat berbaloi pada nilai harga RM5199. Sekiranya berminat, sila ke halaman rasmi Predator untuk maklumat lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post