Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian gameplay Black Myth: Wukong didedahkan dengan gaya seperti Sekiro menggunakan Unreal Engine 5!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 20, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, Real time strategy
0 0
0
Ujian gameplay Black Myth: Wukong didedahkan dengan gaya seperti Sekiro menggunakan Unreal Engine 5!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Game Science telah berkongsi rakaman ujian gameplay Black Myth: Wukong yang menampilkan kisah mitos dan genre action adventure. Game Science merupakan sebuah studio indie dari China dan karya yang dibawakan adalah pandangan dunia gelap berdasarkan Nishiyuki. Anda boleh saksikan video ujian gameplay game ini di bawah.

Black Myth: Wukong telah muncul buat pertama kali pada tahun lalu, dan ia mempunyai gaya seakan Sekiro: Shadow Die Twice yang boleh menarik perhatian peminat. Game ini membolehkan anda bermain sebagai Sun Wukong, iaitu Mong King yang sangat terkenal dari kisah Journey to the West dan menjadi inspirasi kepada watak anime terkenal Goku dari Dragon Ball. Anda juga boleh merasai sinematik pertempuran melawan musuh hebat yang diilhamkan dari kisah mitos China.

Another teaser video

This time detailing some of the issues they had with developing the game. pic.twitter.com/0Y2I6ftobf

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) August 19, 2021

Walaupun video yang dikongsikan ini mempunyai sinematik hebat dan memukau para pemain dengan pemandangan cantik serta pertarungan dahsyat, tetapi ia tidak dapat menyembunyikan kesilapan kecil mereka. Penganalisis industri game, iaitu Daniel Ahmad telah mendedahkan beberapa glitch yang berlaku pada video dikongsikan oleh Game Science melalui Twitter-nya. Terdapat beberapa buah tweet yang dikongsi menunjukkan Sun Wukong mengalami masalah glitch semasa video teaser ujian gameplay dilakukan. Namun, ini tidak menjadi masalah besar kerana game ini masih lagi dalam tahap ujian dan pembangun mempunyai masa untuk memperbaikinya sebelum dilancarkan pada tahun 2023 nanti.

Selain itu, kita dapat melihat bagaimana Sun Wukong melakukan kemampuan kung fu yang cukup kuat, serta mempunyai kebolehan untuk berubah menjadi apa-apa jenis bentuk, termasuk binatang besar dan serangga. Video yang dikongsikan ini telah memberikan sesuatu yang menakjubkan untuk peminat genre Sekiro, kerana ia mempunyai persekitaran yang murung dan rekaan visual mengagumkan.

Buat masa ini, Black Myth: Wukong masih belum mendapat tarikh pelancaran. Black Myth: Wukong mengesahkan bahawa ia akan datang ke PC dan konsol. Oleh kerana ia tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat, ia mungkin dalam pembangunan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X. Walaubagaimanapun, kami akan teruskan mengongsikan mengenai info terbaru permainan ini dalam waktu akan datang.

Black Myth: Wukong
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Kisah Black Myth: Wukong ialah berdasarkan mitologi klasik Journey to the West yang menceritakan pengembaraan seorang sami Buddha ke wilayah barat Asia. Novel cina ini ditulis oleh Wu Cheng’en dan diterbitkan pada abad ke-16 semasa Dinasti Ming. Ia kemudian telah diadaptasi kepada beberapa permainan video dan bahkan dijadikan asas untuk francais popular Dragon Ball.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Myth: WukongGame SciencePC
Previous Post

[Preview] Call of Duty: Vanguard bakal menjadi lebih kejam dari game COD lain!

Next Post

Dari anime, kini Game RPG KonoSuba: Fantastic Days kini boleh dimuat turun di Android dan iOS!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dari anime, kini Game RPG KonoSuba: Fantastic Days kini boleh dimuat turun di Android dan iOS!

Dari anime, kini Game RPG KonoSuba: Fantastic Days kini boleh dimuat turun di Android dan iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd