Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian Beta tertutup Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile kini dibuka, Pra-daftar sekarang!

safwan by safwan
August 5, 2022
in Action, Android, Artikel, Berita, Beta, Game Baru, iOS, Mobile, Multiplayer, Shooter
0 0
0
Ujian Beta tertutup Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile kini dibuka, Pra-daftar sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft baru sahaja mengumumkan bahawa Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile kini dibuka untuk pra-daftar dan berpeluang untuk menyertai ujian Beta tertutup di Android pada musim luruh 2022.

Dipimpin oleh pasukan baru di Ubisoft Montreal, Rainbow Six Mobile menawarkan pengalaman Tom Clancy’s Rainbow Six Siege, di mana gameplay taktikal bertemu aksi pantas. Pemain akan berdepan dalam perlawanan 5v5 Player-vs-Player (PvP) dalam mode: Attack vs. Defense.

“Attacker” akan menggunakan dron untuk mendapatkan intel dan mara melalui dinding, lantai dan siling yang boleh dimusnahkan secara strategik, manakala ‘defender’ akan menghalang semua pintu masuk dan menggunakan kamera pengintip atau perangkap untuk melindungi lokasi mereka.

Rainbow Six Mobile Beta

Dengan menggabungkan strategi dengan kerja berpasukan, pemain akan mengalami keseronokan pertarungan jarak dekat sambil silih berganti antara menyerang dan bertahan untuk memenangi semuanya.

Pemain akan mengumpulkan pasukan “customizable” dengan operator terlatih dari universe Rainbow Six, masing-masing dilengkapi dengan set kemahiran, senjata dan gajet sendiri. Game ini juga akan memperkenalkan semula peta ikonik dari Rainbow Six Siege, termasuk Bank dan Border, serta menampilkan mode PvP seperti Secure Area dan Bomb.

Rainbow Six Mobile Beta

Dengan hanya satu nyawa, pemain perlu cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan menguasai lokasi untuk mengukuhkan pertahanan dan menceroboh kawasan musuh demi membawa pasukan mencapai kemenangan.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa ujian beta tertutup Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile kini dibuka untuk Android sahaja. Malangnya, mereka tidak memberitahu apa-apa tentang ujian Beta tertutup di iOS. Buat masa sekarang, mereka menjadualkan ujian tersebut akan diadakan pada musim luruh 2022 tetapi masih tidak mengumumkan tarikh rasmi bagi menjalankan ujian Beta tertutup.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai ujian beta ini, anda boleh pergi ke laman web rasmi Rainbow Six Mobile. Untuk lebih banyak maklumat tentang game ini, sila klik di sini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: closed betaTom Clancy’s Rainbow Six Mobile
Previous Post

Review Dolmen (PS5)- Game ‘soulslike’ tanpa semangat dan usaha

Next Post

Kaiju No 8 Sah mendapat adaptasi anime! Studio animasi belum lagi didedahkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kaiju No 8 Sah mendapat adaptasi anime! Studio animasi belum lagi didedahkan!

Kaiju No 8 Sah mendapat adaptasi anime! Studio animasi belum lagi didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd