Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian beta tertutup Diablo Immortal diumumkan, sesi Q&A bersama Blizzard!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2021 - Updated on October 29, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, Temuramah
0 0
0
Ujian beta tertutup Diablo Immortal diumumkan, sesi Q&A bersama Blizzard!
0
SHARES
245
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Diablo Immortal diumumkan pada hujung tahun 2018 oleh Blizzard, dan menjadi game Diablo pertama yang direka untuk peranti mudah alih (mobile). Selepas dua ujian Alpha diadakan untuk Diablo Immortal pada tahun 2020/21, Blizzard akhirnya telah mengumumkan ketibaan ujian beta tertutup untuk Immortal yang bakal bermula pada hari ini (29 Oktober 2021). Bersamanya pengumuman ini adalah sejumlah maklumat dan ciri-ciri baru yang ditambah ke dalam permainan.

Berikut adalah antara kandungan yang peminat boleh nantikan:

Kelas Necromancer

Kelas Necromancer diperkenalkan khas untuk ujian beta di mana kelas tersebut boleh mengawal rakan sekutu seperti Skeleton, Golem, Skeletal Mage dan lain-lain. Apabila menyeru salah satu unit, anda boleh mengawal di mana mereka boleh pergi atau menyerang dan bertindak balas mengikut situasi yang berbeza. Oleh itu, jika anda suka bermain secara taktikal, maka Necromancer adalah kelas yang bagus untuk anda.

Serangan Wraith Form (Ult) memberinya mobiliti yang lebih tinggi tetapi syaratnya adalah Necromancer tidak boleh menyerang. Jika menyerang dalam Wraith Form, abiliti ini akan serta merta ditamatkan.

World Paragon

Semua server mempunyai World Paragon Level. Jika anda berada di bawah level yang ditetapkan, ini bermaksud pemain tidak mempunyai XP cap, dan akan mendapat bonus kepada XP yang diperolehi. Jika melebihi level yang ditetapkan, ciri XP cap akan dilaksanakan. Level World Paragon juga mempengaruhi kesukaran dungeon di mana semakin sukar sesebuah cabaran, maka nilai ganjaran akan menjadi semakin bagus.

In-Game Store

Pertama sekali yang ditambahkan dalam in-game store adalah Battle Pass yang dibahagikan kepada laluan percuma dan laluan berbayar. Satu lagi perkara yang kita boleh beli adalah Legendary Crest yang menyediakan “modifier” kepada Elder Rift, di mana pemain dijamin akan menerima Rune atau Legendary Gem.

Seterusnya adalah Monthly Card yang menawarkan nilai bagus untuk pembelian mata wang dalam permainan. Setiap hari anda log masuk (selama 30 hari), pemain boleh mendapatkan Crest percuma sebagai bonus tambahan. Akhir sekali adalah beberapa bundle yang boleh dibeli pada harga berbeza.

(Apa-apa pembelian yang dibuat semasa ujian beta akan dikreditkan semula ke akaun anda apabila permainan dilancarkan.)

Sistem End-Game

Cycle of Strife

Cycle of Strife adalah satu dunia besar yang menghuni sejumlah server dengan lebih 100 pemain di mana mereka harus bersaing untuk mendapatkan gelaran Immortal. Ini membolehkan mereka mendapat akses kepada sebuah raid eksklusif seramai 48 orang bernama Kion’s Ordeal. Menaip boleh menjadi satu cabaran pada mobile jadi Blizzard menambahkan fungsi Voice Chat supaya lebih mudah untuk berkomunikasi.

Challenge of the Immortal

Sekali seminggu, pemain terbaik dalam setiap server akan dipilih untuk menjadi Immortal, dan 30 lagi pemain lain (digelar sebagai Shadow) perlu melawan dia secara 30v1. Immortal tersebut kemudian akan berubah menjadi bos yang besar, dan memperoleh beberapa abiliti baru untuk melawan jumlah pemain Shadow yang ramai.

Jika Immortal menang, mereka akan kekal memegang gelaran itu, tetapi jika mereka mati, 30 pemain tadi perlu bertarung antara satu sama lain untuk menentukan siapa yang akan menjadi Immortal seterusnya dalam fasa yang dipanggil The Final Battle.

Apakah ganjaran untuk Immortal? Mereka mempunyai akses kepada pakaian kosmetik wingset dan boleh melakukan beberapa aktiviti yang eksklusif seperti Kion’s Ordeal yang mengandungi pelbagai ganjaran eksklusif.

Helliquary Raid

Merupakan 8-player Raid yang menampilkan pertarungan Bos yang kuat. Bos tersebut diseimbangkan untuk “8 pemain yang mempunyai peralatan bagus dan menawarkan peluang lebih tinggi untuk pemain mendapatkan item yang lebih baik. Ia juga menampilkan “rating offense dan defense” yang disyorkan, jadi anda akan sentiasa tahu tahap kesukaran sebelum masuk ke Raid.

Sistem Item

Legacy of the Horadrim

Dengan menyelesaikan misi tertentu dalam permainan, pemain akan mendapat Relic di mana ia boleh digunakan untuk meningkatkan statistik watak. Blizzard juga telah Daily Dungeon baru supaya kita boleh mencari lebih banyak bahan untuk menaik taraf Horadric Shrine.

Gem Ascension Ascending & Resonance

Jika Legendary Gem capai Level 10, anda boleh memasukkannya ke dalam ruang peralatan untuk menaik taraf item tersebut, lalu memberinya rupa baru dan statistik yang lebih tinggi. Resonance pula memberi ganjaran kepada pemain jika anda mempunyai gem tambahan selain daripada 6 yang dimuatkan pada peralatan.

Set Item

Cara fungsi Set item adalah kita akan mendapat kebolehan baru apabila semakin banyak bahagian dalam sesuatu set dipakaikan pada watak. Anda boleh memakai Legendary sebagai gear utama, manakala Set Item dipakaikan sebagai gear sekunder. Setiap set item terikat pada dungeon tertentu, jadi anda harus tahu dungeon mana yang betul untuk mendapatkan set yang anda inginkan.

Penambahbaikan dari segi ciri Quality of Life (QoL)

Untuk versi beta, Diablo Immortal kini mempunyai sokongan controller (yang terhad) dan fungsi “button remapping”. Saya menyenaraikan controller apa yang sah boleh dipakai tetapi itu tidak bermakna ini adalah senarai penuh apabila permainan dilancarkan secara rasmi.

  • Xbox One Wireless Bluetooth Controller
  • Xbox Series X/S Bluetooth Controller
  • Xbox Elite Controller Series 2
  • Xbox Adaptive Controller
  • Sony Dualshock 4
  • Razer Kishi

Keperluan minimum untuk peranti Android

  • CPU – Snapdragon 670 / Exynos 8895 dan lebih tinggi
  • GPU – Adreno 615 / Mali-G71 MP20 dan lebih tinggi
  • RAM – 2GB RAM dan lebih tinggi
  • Versi – Android OS 5.0 (Lollipop) dan lebih tinggi

Sesi Q&A

Kami belum menerima peluang untuk mencuba beta tetapi tidak sabar untuk memberi ulasan penuh jika kesempatan. Sesi berikut diteruskan bersama Ketua Reka Bentuk – Wyatt Cheng dan Produser – Caleb Arseneaux yang menjawab beberapa soalan penting kami mengenai Diablo Immortal.

Ujian beta tidak tersedia untuk iOS, tetapi adakah ia akan tersedia untuk permainan penuh?

Caleb: Betul kerana kami sedang menguji set ciri-ciri yang lebih luas termasuk urus niaga wang sebenar. Semasa beta, ia terhad kepada Android tetapi untuk pelancaran penuh di seluruh dunia, kami merancang untuk iOS dan Android.

Memandangkan ini adalah entri mobile pertama untuk Diablo, adakah ia susah untuk reka cara “kawalan” dalam permainan?

Wyatt: Ia agak mudah, dan bergantung cara anda melihat dari sudut pandangan yang luas. Kami telah mencipta kawalan untuk versi konsol Diablo 3 dan oleh itu, terdapat rujukan. Ini menjadi cara yang sangat standard untuk mereplikasikan kawalan pada skrin sentuh yang mempunyai joystick maya di bahagian bawah kiri dan beberapa butang maya di bahagian bawah sebelah kanan, lalu diterjemahkan kepada skema kawalan yang sangat baik. Sudah tentu, kami juga ingin melakukan beberapa perkara khusus untuk mudah alih, jadi mengecas atau menyasarkan skil adalah unik untuk Diablo Immortal. Ini membolehkan kami melakukan banyak perkara yang belum pernah dilakukan sebelum ini dalam Diablo, jadi itu sangat menarik.

Sekarang kita boleh memainkan beberapa peristiwa dalam sejarah Diablo seperti Imprisonment of Baal? Bagaimana dengan kisah akan datang? Adakah ada kemungkinan untuk permainan ini mempunyai acara yang berlaku antara Diablo 3 dan 4?

Wyatt: Walaupun saya tidak akan menolak sebarang kemungkinan, ia bukan sesuatu yang kita boleh bincangkan pada masa ini. Dari segi garis masa, Diablo Immortal berlaku di antara Diablo 2 dan Diablo 3, jadi kami sangat tertumpu pada acara yang berkaitan dengan Baal yang berlaku di dungeon bernama Archive of Zoltun Kulle. Kita ada peluang untuk menggunakan Archive of Zoltun Kulle bagi meneroka bahagian lain, tetapi harapan kami adalah untuk benar-benar meneroka tempoh masa 20 tahun di antara Diablo 2 dan Diablo 3. Kami mempunyai banyak kisah yang ingin diceritakan, yang dapat ditunjukkan dalam kemas kini kandungan selepas permainan dilancarkan.

Adakah Diablo Immortal akan menampilkan beberapa jenis acara kerjasama dengan francais lain dari Blizzard? Contohnya Mercy Wings dari Diablo 3?

Caleb: Itu agak menyeronokkan. Kami tidak mempunyai apa-apa untuk diumumkan hari ini, tetapi satu perkara yang saya ingin bincangkan ialah kami mempunyai kandungan yang melibatkan item baru, Legendary Gem, zon, dungeon dan item yang kita tidak boleh bercakap buat masa ini, tetapi itu idea yang hebat.

Sama seperti Arena of Valor yang dibawa ke Nintendo Switch, adakah ada rancangan pada masa depan untuk mengeluarkan Diablo Immortal ke platform tersebut?

Caleb: Pada masa ini, kami memberi tumpuan untuk pengalaman mudah alih yang terbaik mungkin. Misi kami hanyalah untuk memberi kepada khalayak baharu yang mungkin belum pernah bermain Diablo sebelum ini dan mudah alih adalah cara terbaik untuk melakukannya jadi kami fokus pada perkara itu sekarang.

Memandangkan semua sistem yang diperkenalkan dalam Diablo Immortal sangat luas, apakah perbezaan Immortal berbanding Diablo tradisional untuk PC dan apakah jenis pengalaman yang boleh dijangkakan oleh peminat di PC dalam permainan ini?

Wyatt: Salah satu garis panduan yang saya ikuti semasa mengusahakan permainan tidak kira Diablo 3, Diablo 2 atau Diablo Immortal ialah Rule of Thirds iaitu: menjadikan ⅓ daripada permainan yang terbiasa, ⅓ permainan yang anda pernah lihat sebelum ini tetapi ia telah diulang, dan ⅓ adalah baharu dan itu pastinya merupakan garis panduan yang kami letakkan untuk Immortal. Anda mendapat mendapat pertarungan yang sangat lazim, anda mendapat beberapa kelas yang sama, anda mempunyai latar belakang yang sama, anda mempunyai beberapa musuh yang sama dan anda mendapat loot hunting yang sama, membunuh raksasa, mendapat ganjaran, dan menjadikan watak lebih berkuat jadi semua itu sepatutnya terasa lebih biasa.

Apa yang dipertingkatkan ialah perkara seperti sistem Paragon. Kami menggandakan cara kami melakukan item Legendary. Sebaliknya, kami melakukan permainan jangka panjang di mana pemain akan dapat menikmati dan melabur watak mereka selama bertahun-tahun dan menjadikan watak itu benar-benar kuat. Beberapa perkara yang benar-benar baharu seperti sistem Cycle of Strife yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan komponen sosial.Jadi kami benar-benar menggunakan kelebihan ia adalah permainan dalam talian, dan mempunyai banyak idea yang hampir sama dengan World Warcraft dalam hal itu seperti 8-player Raid atau 4-player dungeon. Ini adalah perkara yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam permainan Diablo dan saya rasa pemain PC pun akan berkata “Wah ini hebat! Saya dapat merasa asas Diablo yang sama, tetapi saya juga mendapat elemen lain yang sangat menarik dan mengujakan juga.”

Bagaimanakah reka bentuk kemahiran? Adakah terdapat buff untuk seluruh parti dan bolehkah anda bercakap tentang beberapa ciri-ciri MMO?

Wyatt: Jadi terdapat beberapa skil yang memberi kelebihan kepada pasukan, dan jika anda melihat kesemua 6 kelas, setiap kelas kebanyakannya menumpukan pada perkara yang boleh dilakukan oleh kelas itu sahaja. Tetapi kami telah menambah beberapa kebolehan di sana sini yang memberi kelebihan kepada kumpulan anda.

Jika anda mencari lebih daripada itu, terdapat item Legendary yang kadangkala akan menukar sebuah skill yang asalnya tidak berorientasikan parti dan menukarnya lebih ke berorientasikan parti. Kami ingin berhati-hati supaya skil bukanlah kelebihan yang besar. Kami cuba untuk tidak memberi situasi di mana skil ini tidak berguna sama sekali dalam solo dan menjadi sesuatu yang wajib dalam parti.

Kami menjangkakan semua orang akan aktif dalam pertarungan. Kami tidak mahu situasi di mana kebanyakan pemain hanya berdiri di mana satu orang hanya tertumpu pada aggro, satu orang hanya tertumpu pada damage dan satu orang hanya tertumpu pada penyembuhan. Bukan itu yang kita cari.

Kami mahu pertempuran itu lebih kepada “siapa yang akan saya serang, di mana saya berdiri, di mana saya berhubung dengan parti saya” dan pergerakan di sekitar medan perang adalah sangat penting dan menggabungkan skil saya dengan sekutu adalah tujuan pertempuran (bagi Immortal) dan bukannya model tank-healer-DPS.

Mengenai In-Game Store, berapa banyak kelebihan yang akan kita perolehi berbanding pemain F2P?

Wyatt: Saya rasa perkara yang paling penting untuk diingat adalah cara terbaik untuk memajukan watak dalam Diablo Immortal ialah dengan bermain. Tida ada cara untuk membeli barangan, dan ini sama untuk sistem World Paragon. Kami tidak menjual EXP, kami tidak menjual EXP Boost, jadi pemain mempunyai banyak cara untuk memajukan watak dan tidak ada cara untuk hanya membelanjakan wang untuk memintas cara bermain.

Adakah kami mempunyai sebarang maklumat tentang server Asia Tenggara?

Caleb: Untuk beta tertutup, ia akan diadakan di beberapa wilayah seperti Kanada, dan Australia. Kami akan menambah wilayah lain untuk beta tertutup. Walaupun dengan ping yang agak tinggi, saya berada di AS dan saya dapat menyambung ke server Australia dan masih dapat bersaing dalam PvP dan bermain tanpa terlalu banyak masalah, jadi saya menggalakkan anda semua untuk menyambung ke mana-mana sahaja anda berada dan mengambil bahagian.

Bagaimanakah hubungan Blizzard dengan Netease?

Caleb: Beratus-ratus orang telah mengusahakan tajuk ini di Blizzard dan Netease dan kami melihatnya sebagai kerjasama yang sangat baik. Kami menyatukan pakar terbaik daripada Netease dan Blizzard bersama-sama dengan sesuatu yang tulen kepada Diablo dan bermain dengan cemerlang pada mudah alih.

Tanpa menceritakan terlalu banyak perkara spesifik, terdapat banyak sumbangan baik daripada kedua-dua pasukan.

Itu sahaja info yang kami peroleh daripada Blizzard tentang ujian beta Diablo Immortal! Untuk maklumat terkini, anda boleh melawat laman web rasmi Diablo Immortal di sini atau ikuti liputan kami sendiri di sini.

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BETABlizzardDiablodiablo immortalMobile
Previous Post

Gempak Starz: Asal usul Zint & senarai karya yang pernah diterbitkan

Next Post

Apex Legends mendedahkan lebih lanjut mengenai kemas kini terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apex Legends mendedahkan lebih lanjut mengenai kemas kini terbaru!

Apex Legends mendedahkan lebih lanjut mengenai kemas kini terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd