Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian beta terbuka Resident Evil Re:Verse bermula 8 April ini

Amir Haziq by Amir Haziq
April 6, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Demo, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Ujian beta terbuka Resident Evil Re:Verse bermula 8 April ini
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat peminat tegar siri Resident Evil minggu ini, dimana Capcom akan membuat ujian beta terbuka Resident Evil Re:Verse. Ujian beta permainan dijalankan untuk pengguna konsol PS4, Xbox One serta PC melalui Steam. Anda boleh mula memuat turun ujian beta bermula hari ini, namun anda hanya boleh mendapat akses pada hari Khamis, jam 3 petang sehingga hari Sabtu, 10 April.

Resident Evil Re:Verse adalah permainan multiplayer-online yang mengandungi watak tetap dari siri Resident Evil seperti Claire Redfield, Leon Kennedy dan Jill Valentine. Permainan ini juga membawa pemain ke lokasi yang terkenal seperti Racoon City Police Department untuk melawan dengan musuh dalam siri, iaitu Mr.X dan Jack Baker.

Syarat-syarat untuk memasuki ujian beta Resident Evil Re:Verse ini ialah pemain perlu mempunyai ID CAPCOM, dan akaun anda di link ke konsol sebelum memainkan ujian beta terbuka. Jika anda menggunakan PlayStation 5, versi PlayStation 4 akan dapat diakses, dan bagi mereka yang memiliki Xbox Series X|S pula akan dapat akses dari versi Xbox One. Ujian beta ini dilakukan bagi menguji sistem, keseimbangan, dan pelayan permainan. Anda mungkin menghadapi juga masalah penyelenggaraan yang tidak dijangka berlaku. Sekiranya pemain telah memuat turun versi ujian beta tertutup, anda tidak perlu memuat turun semula permainan tersebut untuk ujian beta terbuka ini.

Selain itu, permainan penuh Resident Evil Re:Verse akan dilancarkan secara percuma bersama Resident Evil Village pada 7 Mei 2021. Ianya ditayangkan pertama kali semasa Resident Evil Showcase pada bulan Januari dan dibuat untuk meraikan ulang tahun ke-25 siri Resident Evil. Ianya memberi fokus pada tajuk Resident Evil Village yang akan datang, serta mempamerkan projek-projek Resident Evil yang lain seperti Demo Resident Evil Maiden. Permainan demo ini akan menceritakan kisah unik menghubungkan ke Resident Evil Village, dan siri Netflix Resident Evil: Infinite Darkness.

Jangan lupa untuk sertai ujian beta terbuka Resident Evil Re:Verse bermula Khamis sehingga Sabtu ini. Anda juga boleh membaca ulasan kami mengenai permainan ini.

Lihat di sini
Resident Evil Re:Verse
Developer: CAPCOM
Release Date: 2021-05-07
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Watak Resident Evil yang dicintai bertempur dalam pertarungan hingga mati! Uji kemahiran anda terhadap pemain lain dalam pertempuran deathmatch enam orang. Tetapi jangan lupa senjata api bio yang menakutkan! Anda perlu menguasai kemahiran pahlawan dan senjata bio jika anda ingin mencakar jalan menuju kemenangan!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomOpen Beta TestResident Evil RE:Verse
Previous Post

Game mobile Yu Yu Hakusho Genkai Battle Spirit siap untuk pra-pendaftaran!

Next Post

Pendapatan sehingga $10Billion! Tencent’s TiMi Studios menjadi pembangun game terbesar di dunia!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Pendapatan sehingga $10Billion! Tencent’s TiMi Studios menjadi pembangun game terbesar di dunia!

Pendapatan sehingga $10Billion! Tencent’s TiMi Studios menjadi pembangun game terbesar di dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd