Setelah banyak kali penundaan yang dilakukan pada game Prince of Persia yang baharu. Nampaknya game tersebut telah pun bersedia untuk didedahkan kepada semua pemain. Semasa livestream Summer Game Fest, Ubisoft telah mengumumkan game baharu Prince of Persia The Lost Crown secara rasmi bersama trailer gameplay. Anda boleh lihat trailer tersebut di bawah.
Trailer tersebut membawa pemain melihat sedikit sebanyak gameplay untuk Prince of Persia The Lost Crown. Dalam sebuah persekitaran yang cerah dan kaya, anda akan menemani Sargon dalam perjalanan epiknya. Inilah masa untuk terokai gabungan hebat parkour, kombat dan penyelesaian puzzle siri game.

Mengenai Prince of Persia The Lost Crown, ia merupakan sebuah game action-adventure platformer yang berlaku dalam dunia mitologi Parsi di mana sempadan masa dan ruang adalah milik anda untuk dimanipulasi. Main sebagai Sargon dan kembangkan watak tersebut daripada pengguna pedang genius kepada legenda sambil memahiri kombat akrobatik dan membuka Time Power serta kebolehan super yang unik.

Game ini akan lancar di pelbagai platform seperti PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC melalui Ubisoft Store, Epic Games Store dan Amazon Luna. Segala pendedahan lanjut mengenai game akan didedahkan semasa Ubisoft Forward akan datang.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Summer Game Fest 2023 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post