Baru-baru ini, ada pengguna Ubisoft yang mengongsikan emel yang mengatakan bahawa akaun mereka bakal ditutup. Perkara ini sudah tentu mendapat perhatian ramai gamer termasuklah pengguna Ubisoft yang lain. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda mengenainya.
[UPDATE]
Kami telah mendapat maklumat terbaharu daripada wakil Ubisoft mengenai isu ini. Berikut adalah perkara yang telah disampaikan oleh mereka.
Selama bertahun-tahun , kami [Ubisoft] telah melaksanakan proses pemadaman akaun kami dengan mematuhi keperluan GDPR (Perkara 5.1.e mengenai kewajipan untuk mengehadkan tempoh penyimpanan data). Dasar kami sejajar dengan keperluan undang-undang dan dengan piawaian industri. Langkah ini juga bertindak sebagai perlindungan kepada pemain kami daripada penipuan.
Pemadaman akaun mengikut proses yang sangat ketat. Oleh itu, Ubisoft mengambil kira 4 kriteria berikut sebelum akaun dipadamkan:
- Aktiviti gaming akaun sejak penciptaannya
- Library akaun: akaun yang mempunyai game PC yang dibeli tidak layak untuk dipadamkan
- Tempoh akaun tidak aktif, bermakna log masuk terakhir ke ekosistem Ubisoft (termasuk daripada game Ubisoft di Steam dan platform lain)
- Setakat hari ini, Ubisoft tidak pernah memadam akaun yang tidak aktif selama kurang daripada 4 tahun
- Kewujudan langganan aktif yang terikat pada akaun
Walau apa pun, sebelum pemadaman kekal, tiga e-mel dihantar kepada pemain dalam tempoh 30 hari menawar pemain untuk memulihkan akaun mereka. Di samping itu, jika pengguna cuba log masuk dalam masa 30 hari, mereka akan menerima amaran dan pautan secara automatik untuk mengaktifkan semula akaun mereka.
[Petikan artikel asal]

Menurut AntiDRM di Twitter, dia telah menerima emel amaran daripada Ubisoft yang memberitahu bahawa akaunnya akan ditutup dan semua game yang dibeli tidak dapat diakses. Tweet tersebut turut mendapat perhatian Ubisoft dan mereka menjawab bahawa mereka ingin memberitahu pengguna untuk log masuk akaun dalam masa 30 hari selepas menerima emel tersebut untuk mengelakkan akaun mereka ditutup.
Melihat jawapan yang diberikan Ubisoft, ramai pengguna telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenainya. Kebanyakannya marah kerana sistem seperti itu tidak sepatutnya wujud kalau ingin mengekalkan pengguna mereka.
Kalau anda ingin tahu, ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini berlaku. Pada tahun 2021, terdapat juga banyak kes mengenai penutupan akaun Ubisoft. Ianya juga berpunca daripada polisi GDPR (General Data Protection Regulation) mereka. Melihat perkara ini bangkit semula, ada kemungkinan besar ia turut berlaku kepada ramai pengguna Ubisoft lain.
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/67694897/Ubisoft__Rebranding.0.jpg)
Kalau anda juga mempunyai akaun Ubisoft yang tidak aktif dengan lama. Cuba log masuk untuk lihat status akaun. Rugi beli game banyak-banyak tetapi tidak boleh main selepas itu, betul tidak? Untuk membaca segala liputan mengenai game, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post