Selepas 6 tahun permainan brawl fighting game Brawlhalla ini hadir ke platform PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, Classic Mac OS dan Microsoft Windows, hari ini secara rasmi diumumkan di Ubisoft Forward bahawa permainan ini akan dibawa ke mobile Android dan iOS!
Pekara ini telah pun dibocorkan 2 hari lalu apabila pra-pendaftarannya dibuka di Google Play Store, siapa sangka secara rasmi ianya akan hadir 6 Ogos 2020 ini! Bukan itu sahaja yang menarik perhatian, Brawlhalla versi mobile ini turut menyokong Cross-play dan itu bermaksud, anda boleh bermain dimana sahaja dan main bersama rakan-rakan di platform lain!
Permainan pertarungan platform percuma untuk dimainkan ini membawa pemain ke pertarungan kegemilangan di stage Valhalla! Pilih daripada lebih daripada 45 Legenda unik dan lompat ke mod pemain tunggal dan co-op dalam talian dan tempatan dengan sehingga 8 pemain. Cross-play dengan berjuta-juta pemain di PS4, Xbox One, Nintendo Switch, dan Steam. Dengan kemas kini yang kerap dan selalu ada sesuatu yang baru!
Pada pemain yang berminat dan sememangnya permainan ini memang seronok, anda boleh membuat pra-pendaftaran Brawlhalla di sini menjelang debutnya pada 6 Ogos. Mereka yang pra daftar akan memperoleh skin eksklusif semasa pelancaran.
Jadi anda jangan tunggu lama-lama dan daftar sekarang! OK jom sambung tonton Ubisoft Forward!

@gamersantaimy
Discussion about this post