Untuk mendapat info terkini, Twitter sering menjadi tempat untuk kita belajar tentang “game apa yang popular dan sedang trending” buat masa sekarang. Sempena itu, Rishi Chadha dari divisi Twitter Gaming telah mendedahkan 10 game, dan pasukan esports popular dengan jumlah tweet terbanyak pada awal tahun 2022.
Game dengan jumlah tweet terbanyak di Twitter semasa Q1 2022 ialah:
- Genshin Impact (@GenshinImpact)
- Wordle
- Ensemble Stars! (@ensemble_stars)
- Apex Legends (@PlayApex)
- Final Fantasy (@FinalFantasy)
- Sekai Project (@sekaiproject)
- Elden Ring (@ELDENRING)
- Fate/Grand Order (@fgoproject)
- Knives Out (@GAME_KNIVES_OUT)
- Minecraft (@Minecraft)

Senarai “Top 10” untuk Q1 2022 menyaksikan banyak nama besar di tempat teratas. Genshin Impact mengekalkan popularitinya di platform itu dengan menduduki tempat pertama manakala Wordle, game online baru berdasarkan “teka perkataan” mengikut rapat di tempat ke-2. Apex Legends pula tidak jauh ketinggalan dan berada di tempat ke-4 selepas permulaan Season 12.
Selain itu, beberapa francais popular lain seperti Final Fantasy dan Minecraft juga berada dalam senarai Top 10 manakala Elden Ring, walaupun amat-amat popular, berjaya memperoleh tempat ke-7.
Selain yang disebutkan di atas, 2022 juga menyaksikan tumpuan yang lebih besar pada game mobile Jepun. Game irama popular Ensemble Stars menduduki tempat ke-3, di belakang Genshin Impact dan Wordle, manakala Project Sekai! Colorful Stage berada di tempat ke-6 selepas pelancaran versi bahasa Inggeris yang telah lama ditunggu-tunggu pada bulan Disember. Walaupun sudah lama dalam pasaran tetapi mobile RPG Fate/Grand Order mempunyai posisi yang kukuh di tempat ke-8.
Seterusnya, pasukan esports dengan jumlah tweet terbanyak pada Q1 2022 ialah:
- Loud.GG (@LOUDgg)
- FaZe Clan (@FaZeClan)
- Fnatic (@FNATIC)
- Pain Gaming BR (@paiNGamingBR)
- Karmine Corp (@KarmineCorp)
- Los Grandes (@losgrandesgg)
- T1 (@T1)
- G2 Esports (@G2esports)
- Team SoloMid (@TSM)
- FURIA Esports (@FURIA)

Memandangkan 2022 akan masuk ke suku kedua, kita boleh menantikan lebih banyak game menarik dalam masa terdekat. Tak tahu game apa yang akan keluar bulan ini? Korang boleh tonton video bawah untuk senarai terkini!
@gamersantaimy
Discussion about this post