Seperti yang anda sedia maklum, game terbaru daripada From Software iaitu Sekiro: Shadows Die Twice hanya berusia lebih kurang 2 minggu. Kepada yang sedang (pernah) memainkannya tentu mengetahui betapa susahnya game ini.
Seorang pemain horheristo menerusi saluran YouTube-nya, telah berkongsi pertempurannya dengan setiap boss game ini tanpa di cederakan langsung. Beliau berkongsi tentang strategi speed run untuk setiap boss utama permainan ini. Ianya bermula dengan pertarungan dengan Genichiro Ashina – seorang boss yang memang From Software mahukan pemain tewas.
Apa yang lebih menarik, Horheristo memainkannya dalam mod New Game Plus 2, dimana ia meninggikan lagi tahap kesukaran setiap boss. Horheristo mengatakan dalam New Game Plus 2, dia boleh menunjukkan sepenuhnya perkembangan watak utama dan boss yang lebih susah tidak akan tewas terlalu pantas seperti mod New Game.
Dengan semua kelengkapan telah dinaik taraf, Horheristo mampu menghabiskannya dalam masa 45 minit. Anda boleh melihatnya sendiri dan merasa kagum:
https://youtu.be/7I_M98AKZ1w
Sumber: polygon.com
@gamersantaimy
Discussion about this post