Berikutan sambutan siri Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad yang sangat positif, Tsuburaya Productions telah mengumumkan bahawa Ultraman Regulos akan menerima spin-off sendiri dan kini dalam produksi!
Sempena pengumuman ini, Tsuburaya telah mengeluarkan video istimewa yang mengumpul segala kemunculan Regulos dalam siri The Destined Crossroad untuk mempromosikan projek baru tersebut. Berikut adalah video yang dinyatakan:
Berita ini diumumkan selepas pelancaran episod terakhir Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad dan juga telah mengesahkan bahawa pelakon suara Shugo Nakamura akan sambung tanggungjawabnya sebagai pelakon suara Ultraman Regulos.

Berikut adalah bio tentang wira Ultra ini:
Ultraman Regulos adalah seorang ultra misteri yang ditangkap lalu dipenjarakan oleh warga jahat “Absolutian”. Dia mempelajari seni ” Cosmo Beast Style” di Planet D60, sejenis seni mempertahankan diri yang dikatakan adalah paling kuat di alam semesta.
Sebagai bukti dia sudah memahirkan Cosmo Beast Style, lengan Regulos dihiasi dengan corak putih di mana lengan kanannya memegang kuasa Lighting White Tiger Fiest manakala lengan kirinya memegang Flaming Red Dragon Fist. Untuk mengukuhkan lagi konsep dia adalah pakar kung fu, kita boleh melihat badannya lebih sado berbanding wira Ultra lain.



Motif Cosmo Beast Style sebenarnya merujuk kepada simpulan bahasa Cina, “harimau dan naga”, yang merujuk kepada “dua unsur yang berbeza antara satu sama lain tetapi saling berkait pada masa yang sama”. Kedua-dua haiwan juga digunakan dalam Feng Sui untuk menerangkan konsep yin dan yang.
Sebelum dirinya ditangkap, dia mempunyai persaingan yang mesra dengan Ultraman Astra, yang merupakan adik kembar kepada Ultraman Leo. Reka bentuk mereka pun hampir jadi, jadi kemungkinan besar kita akan melihat mereka beraksi sama-sama dalam masa terdekat.
Untuk baca segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post