Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer pertama Burn the Witch didedahkan! Mula tayangan pada bulan Oktober!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Filem
0 0
0
Trailer pertama Burn the Witch didedahkan! Mula tayangan pada bulan Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

Burn the Witch oleh Tite Kubo berada di fikiran semua peminat sejak membuat debut one-shot di Weekly Shonen Jump dua tahun lepas. Sekarang, spin-off Bleach ini akan menuju ke alam animasi pada bulan Oktober 2020, dan peminat boleh melihat visual pertama berkat trailer baru di bawah:

Anime tersebut akan mengadakan tayangan acara di Jepun pada 2 Oktober dan isu ke-38 majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha mendedahkan bahawa versi yang disiarkan akan menjadi “versi edit di mana kandungannya akan sedikit berbeza berbanding versi yang akan ditayangkan [di teater Jepun].” Laman MoCa News pula mengesahkan yang anime akan disusun kepada tiga episod untuk versi penstriman.

Pelakon suara yang disahkan termasuk:

  • Asami Tano – Ninny Spangcole
  • Yuina Yamada – Noel Niihashi.
  • Shimba Tsuchiya – Taman Balgo
  • Hiroaki Hirata – Chief
  • Rie Hikisaka – Osushi-chan

 

Studio Colorido dan pasukan Yamahitsuji akan menghasilkan filem anime ini. Tatsurō Kawano ( Psycho-Pass 2, Gatchaman Crowds) akan mengarahkan anime, dan Yūji Shimizu (Gatchaman Crowds) adalah penolong pengarah. Chika Suzumura (Yozakura Quartet ~ Hana no Uta ~) akan menulis skrip, Natsuki Yamada (Time Bokan 24) adalah pereka watak, dan Keisuke Ōkura menangani reka bentuk naga. Keiji Inai (Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon?, The Royal Tutor) akan menyusun muzik.

Versi manga akan mempunyai empat bab, dan sudah bermula dalam edisi ke-38 Weekly Shonen Jump. Manga ini masih berdasarkan pada manga one-shot sama yang dilancarkan pada Julai 2018.

Sinopsis rasmi:

Menurut sejarah, 72% daripada semua kematian di London berkaitan dengan naga dan makhluk ajaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Walaupun tidak diketahui oleh semua, beberapa manusia telah melawan naga-naga ini.

Hanya penduduk Reverse London yang tinggal di dimensi “terbalik” sahaja dapat melihat naga tersebut. Walaupun begitu, hanya beberapa yang terpilih sahaja yang cukup layak sebagai “witch” atau “wizard” untuk berkonfrontasi dengannya.

Protagonis cerita adalah duo penyihir Noel Niihashi dan Ninny Spangcole. Mereka adalah ejen perlindungan untuk Wing Bind (WB), sebuah organisasi pemeliharaan dan pengurusan naga. Misi mereka adalah untuk melindungi dan menguruskan naga di London bagi menjaga keselamatan penduduk.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeburn the witchfilemmanga
Previous Post

Patch update Fall Guys akan datang mempunyai “banyak perkara yang pemain minta”!

Next Post

Acer menyambut Hari Merdeka dengan 5 produk terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acer menyambut Hari Merdeka dengan 5 produk terbaru!

Acer menyambut Hari Merdeka dengan 5 produk terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd