Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tower of Fantasy rasmi akan dilancarkan pada 10 Ogos 2022, free-to-play di mobile & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2022
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, Open World, PC, RPG, Steam
0 0
0
Tower of Fantasy rasmi akan dilancarkan pada 10 Ogos 2022, free-to-play di mobile & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua ujian beta tertutup, Tower of Fantasy (ToF) akhirnya akan dilancarkan secara rasmi untuk semua pemain pada 10 Ogos 2022. Korang boleh pramuat game pada PC atau peranti telefon pintar pilihan, sebelum mula meneroka planet Aida dalam game open-world action-RPG ini.

You’ve been waiting for long enough! It is finally time to release the launch date for #ToF! 🥳#TowerofFantasy will launch on August 10th, at 5 pm PDT/8 pm EDT! 🤩

We’ll meet you on Planet Aida! 🚀#ToFSignal #TowerofFantasy pic.twitter.com/vhLjs9w0Xe

— Tower of Fantasy (@ToF_EN_Official) July 27, 2022

Dibangunkan oleh Hotta Studio, Tower of Fantasy adalah game ‘post-apocalyptic’ yang diilhamkan oleh anime dengan sedikit sentuhan sci-fi. Gameplay asas ToF meminta pemain untuk mencipta watak pilihan sendiri menggunakan alat customization dan kemudian bertarung secara third-person dengan musuh dari pelbagai bentuk dan saiz.

Bertukar antara senjata dan gaya bertarung berbeza juga adalah ciri besar dalam game di mana pemain boleh memilih ‘bagaimana mereka ingin menghadapi musuh dengan mencampur aduk kombo. Buat sesiapa yang suka Genshin Impact, korang pasti akan suka game ini (hingga ToF pun dilabel sebagai klon Genshin).

Selain itu, game ini menampilkan mode co-op multiplayer, yang memberikan pemain peluang untuk memulakan perjalanan mereka bersama kawan-kawan. Pasukan pembangunan merancang untuk menambah lebih banyak ciri multiplayer dalam game pada masa hadapan, tetapi pihak studio juga mencari keseimbangan supaya game itu boleh dinikmati oleh pemain yang lebih suka bermain sendiri.

Pada masa yang sama, pasukan pembangunan juga sedang berusaha untuk mengisi dunia Aida dengan mini-game, seperti litar parkour, permainan lumba dan meluncur (surfing). Ini akan menjadi antara aktiviti yang pemain boleh pilih untuk lakukan selepas menyelesaikan misi bagi mendapatkan sumber tambahan.

Sebelum pelancaran rasmi pada 10 Ogos 2022, peminat masih mempunyai masa untuk pra-daftar di laman web Tower of Fantasy. Sesiapa yang pra-daftar, akan menerima pelbagai ganjaran apabila game dikeluarkan termasuk beberapa item in-game dan pakaian kosmetik.

Buat sesiapa yang berminat, korang boleh bermain Tower of Fantasy di PC melalui Steam atau Epic Games Store atau memuat turunnya ke telefon pintar melalui App Store atau Google Play.

Untuk segala liputan kami tentang Tower of Fantasy, sila tekan pautan ini.

Pra-daftar Sekarang!
Tower of Fantasy
Release Date TBC
Android, Epic Games Store, iOS, Steam
Dibangunkan oleh Hotta Studio, Tower of Fantasy merupakan game open-world RPG, yang menggabungkan elemen anime dan sci-fi ke dalam dunia game tersebut. Anda akan memulakan pengembaraan di sebuah planet bernama Aida.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MobilePCTower of Fantasy
Previous Post

Sah! Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia! Ramai peminat kecewa!

Next Post

FIFA 23 membuat 4 perubahan besar pada gameplay, tambah ‘Technical Dribbling & Power Shot’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
FIFA 23 membuat 4 perubahan besar pada gameplay, tambah ‘Technical Dribbling & Power Shot’

FIFA 23 membuat 4 perubahan besar pada gameplay, tambah 'Technical Dribbling & Power Shot'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd