Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tonton MPL Malaysia dan Dapatkan Tawaran Sedap Hingga Menjilat Jari KFC Istimewa!

Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) power up Musim ke-8 akan bermula!

Nyny.A by Nyny.A
August 2, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Genre, Kejohanan esports, MOBA, Mobile Game, Tempatan
0 0
0
Tonton MPL Malaysia dan Dapatkan Tawaran Sedap Hingga Menjilat Jari KFC Istimewa!
Share on FacebookShare on Twitter

Tonton Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) power up Musim ke-8 kejohanan liga esports ini secara langsung di YouTube bermula 13 Ogos bersama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia!  Para peminat dan pemain MPL Malaysia bakal menyaksikan pertandingan yang lebih sedap hingga menjilat jari kerana pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB boleh didapati secara eksklusif di KFC Delivery melalui aplikasi KFC sepanjang Musim 8 daripada 13 Ogos sehingga 21 Oktober 2021.

Untuk menambah keterujaan peminat, pakej hidangan ini akan sentiasa diperbaharui!

Untuk menebus, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Langkah 1: Log masuk Aplikasi KFC.
  • Langkah 2: Klik ikon “%” untuk ke halaman “Bucketful of Deals” untuk tawaran eksklusif!
  • Langkah 3: Cari “MLBB POWERUP bundle deals”, klik untuk tebus & lengkapkan pesanan
    anda.

Colonel Sanders ada tawaran istimewa untuk kesemua pemain MPL Malaysia!

Sempena sambutan hari lahir ke-131 beliau pada bulan September, KFC akan menghadiahkan cheat codes istimewa dan 1 juta Diamonds dalam-permainan melalui laman sosial KFC Malaysia untuk power up permainan dan perut mereka!

Bukan itu sahaja, 11 watak kesukaan peminat yang melambangkan 11 herba dan rempah ratus rahsia KFC bakal diketengahkan dalam kempen ini, dan para pemain boleh nantikan giveaway KFC termasuk baucar semasa beberapa siaran langsung terpilih.

“Kami teruja untuk bekerjasama secara rapat dengan KFC dan memperkasakan pertandingan ini dengan tawaran pakej eksklusif. Nantikan kolaborasi dan Regular Season pertandingan ini yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi!” kata Fikri Rizal Mahruddin, Pengurus Perniagaan MOONTON Games.

“KFC berbesar hati berkolaborasi dengan YouTube dan MOONTON Games untuk power up para pesaing dan peminat dengan makanan sedap hingga menjilat jari yang disediakan segar setiap hari dan dihidangkan selamat dan mudah melalui khidmat tanpa sentuh, supaya mereka bersedia untuk kejohanan! Kami tidak sabar untuk turut serta berseronok dalam pertandingan e-sukan sengit ini dan pada waktu yang sama meraikan semangat keghairahan belia Malaysia,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

“Jutaan rakyat Malaysia menyaksikan YouTube untuk menghiburkan diri di rumah, dan waktu menonton permainan video kasual pada awal 2021 berkembang lebih daripada 5X berbanding tahun lalu. Kami berbangga untuk berkolaborasi dengan MOONTON dan KFC untuk power up salah satu esukan terbesar Malaysia pada 2021,” kata Ben Jern Loh, Ketua YouTube Malaysia.

MPL Malaysia Musim 8 mengumpulkan 10 pasukan terbaik untuk bertanding memenangi hadiah terkumpul berjumlah USD 100,000. Pemenang dan pemenang tempat kedua bakal berpeluang untuk mewakili Malaysia untuk kejohanan daerah atau antarabangsa. Jom bersama kita menyaksikan kejohanan ini bermula 13 Ogos di Mobile Legends: Bang Bang’s YouTube channel.

Untuk jadual penuh perlawanan dan lebih maklumat untuk mendapatkan pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB, layari Facebook MPL Malaysia atau laman web rasmi KFC.

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KFC x MLBBMLBB x KFCMobile Legends: Bang Bang Professional LeagueMobile Legends: Bang Bang Professional League musim 8MPL Malaysia
Previous Post

One Piece bab #1020: Yamato mendedahkan abiliti Devil Fruit & kehebatan Nico Robin!

Next Post

Siri anime Tamiya klasik Bakuso Kyodai Let’s & Go!! bakal menerima game mobile dari NetEase

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Siri anime Tamiya klasik Bakuso Kyodai Let’s & Go!! bakal menerima game mobile dari NetEase

Siri anime Tamiya klasik Bakuso Kyodai Let’s & Go!! bakal menerima game mobile dari NetEase

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd