Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Revengers: Makna sebenar di sebalik simbol Manji, bukan unsur Nazi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Tokyo Revengers: Makna sebenar di sebalik simbol Manji, bukan unsur Nazi!
Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo Revengers mengisahkan seorang pemuda bernama Takemichi Hanagaki ketika dia “time-travel” ke masa lalu untuk menyelamatkan teman wanitanya daripada terbunuh oleh organisasi bernama Toman. Dicipta oleh Ken Wakui, karya ini dianugerahkan Siri Shonen Terbaik di Anugerah Kodansha Manga ke-44 dan merupakan salah satu anime paling hangat pada tahun ini. Malangnya, ia masih diselubungi kontroversi. Di sini, izinkan saya menjelaskan makna sebenar di sebalik gambar “manji”, yang digunakan sebagai simbol utama Toman dalam Tokyo Revengers.

Apakah maksud swastika?

Simbol swastika dalam Tokyo Revengers

Swastika atau banji adalah sebuah palang sama sisi dengan lengan bengkok serenjang menghadap sama ada ke arah kanan (卐) atau terbalik menghadap arah kiri (卍). Ia masih digunakan secara meluas dalam agama-agama Timur/Dharmik seperti Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Memandangkan siri Tokyo Revengers lebih kepada agama Buddhisme, swastika di sini melambangkan jejak kaki Buddha dan bermaksud “perkara atau nasib yang baik”. Oleh itu, ia merupakan simbol biasa yang terdapat di sekitar kuil Jepun.

Sebagai simbol kemakmuran dan nasib baik, swastika digunakan secara meluas di seluruh dunia kuno (misalnya, sering muncul di duit syiling Mesopotamia), termasuk di Jepun sebagai simbol agama Buddha sejak zaman kuno. Secara lebih khusus, simbol yang biasa digunakan oleh Buddhisme Jepun adalah sauvatika, yang bergerak ke arah lawan jam, dan dipanggil “manji” dalam bahasa Jepun.

Di barat pula, simbol ini dicemari sehingga ke tahap menjadi larangan kerana digunakan sebagai ikon oleh pihak Nazi di Jerman. Terutamanya di negara Jerman, simbol ini dilarang kerana melambangkan unsur Nazisme. Malangnya, sejarah swastika berkait rapat dengan Nazisme pada masa lalu hingga sekarang dan ini membuatkan keadaan menjadi sukar untuk menjelaskan “mengapa simbol manji tidak ada kaitan dengan Nazi”. Itulah sebabnya Tokyo Revengers memilih untuk tidak menggunakan simbol tersebut bagi pasaran barat daripada menerangkan makna sebenar simbol manji.

Penggunaan simbol Manji di Tokyo Revengers

Tokyo Revengers Season 2 release date predictions: Part 2 with 24 episodes  confirmed by Blu-Ray? - TV Cynics

Tokyo Manji Gang (Toman) selalu menggunakan simbol manji (diambil dari unsur Buddhisme) di pakaian seragam/motosikal dan ini serta merta menjadi “trademark” terkenal untuk organisasi mereka. Sekali lagi, ramai penonton menghubungkan simbol manji dengan unsur Nazisme, kerana Toman menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah. Hakikatnya, itulah sikap seorang “delinquent” dan cara mereka digambarkan oleh media massa lantas membuatkan keadaan menjadi lebih rumit. Walaupun Toman mempunyai sejarah gelapnya sendiri, kita harus tahu bahawa asal-usul penciptaan Toman adalah berdasarkan persahabatan dan kesetiaan.

Ramai tahu bahawa Manjiro Sano (Mikey) adalah ketua, tetapi sebenarnya ia adalah Keisuke Baji (kapten First Division) yang pertama kali mencadangkan agar mereka mengasaskan geng sendiri untuk melindungi Kazutora Hanemiya, yang juga merupakan salah satu daripada enam pengasas Toman. Secara ringkas, Baji hanya mahukan geng yang saling melindungi sesama sendiri dan akan melakukan apa sahaja untuk membantu sekiranya salah satu dari mereka mempunyai masalah. Visi ini kemudian menjadi impian Mikey untuk “zaman baru bagi para delinquent.”

Impian Mikey untuk mencipta zaman baru ini – dan bagaimana Toman berubah menjadi sindiket jenayah pada 12 tahun kemudian – mengaburi lagi makna asal simbol manji. Ditakuti dan dibenci seluruh Jepun pada masa depan, organisasi Toman mudah disalah faham oleh penonton yang tidak faham akan sejarah atau maksud sebenar di sebalik simbol swastika. Maka, mulalah kontroversi yang tidak patut.


Itu sahaja yang saya boleh jelaskan tentang makna sebenar di sebalik simbol Manji dalam siri Tokyo Revengers. Untuk segala liputan kami tentang siri ini termasuk info lengkap bagi pengasas mereka, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeKen Wakuimangasimbol ManjiswastikaTokyo RevengersToman
Previous Post

Sausage Man All Star Royale – Perlawanan epic antara streamer di SEA!

Next Post

Honkai: Star Rail diumumkan secara rasmi oleh miHoYo!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Next Post
Honkai: Star Rail diumumkan secara rasmi oleh miHoYo!

Honkai: Star Rail diumumkan secara rasmi oleh miHoYo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd