Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Ghoul: Break the Chains Tersedia Sekarang di Mobile iOS & Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 9, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Tokyo Ghoul: Break the Chains Tersedia Sekarang di Mobile iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan kisah manga/anime popular dengan nama yang sama, hari ini KOMOE GAME secara rasminya telah melancarkan game mobile Tokyo Ghoul: Break the Chains – yang kini tersedia untuk muat turun melalui App Store dan Google Play Store.

https://www.youtube.com/watch?v=IRXjPjwo94U

Sinopsis

Kredit: KOMOE GAME

“Cerita ini berlatarkan versi alternatif Tokyo di mana manusia wujud bersama ghoul, makhluk yang kelihatan seperti manusia tetapi hanya boleh bertahan hidup dengan memakan daging manusia.“

“Protagonis, Ken Kaneki, adalah seorang pelajar kolej yang berubah menjadi half-ghoul selepas satu pertembungan bahaya. Kini, dia mesti menghadapi dunia sosial dan politik yang rumit antara manusia dan ghoul sambil berjuang untuk mengekalkan kemanusiaannya.“

Game ini mereplikasikan plot dan adegan ikonik daripada manga/anime original – semuanya secara 3D – untuk memberikan pengalaman “Tokyo Ghoul” yang paling mengasyikkan kepada pemain dan peminat lama.

Gameplay Umum

Kredit: KOMOE GAME

Secara am, Tokyo Ghoul: Break the Chain ialah game kad strategy 3D. Khususnya, game ini menampilkan turn-based strategi, di mana pemain boleh menggabungkan kad yang sama untuk melepaskan skill yang kuat. Bukan sekadar aksi lawan-lawan, pemain mesti mempertimbangkan susunan kad mereka secara strategik untuk mengaktifkan skill yang sesuai bagi mengalahkan musuh.

Kredit: KOMOE GAME

Selain itu, terdapat pengalaman gameplay PVP original yang hanya boleh dinikmati dalam game. Selain bekerjasama dengan pemain sebenar lain untuk mencabar bos yang handal, pemain juga boleh terlibat dalam pertempuran Arena . Di sini, mereka boleh bertanding antara satu sama lain, dalam persaingan intelektual dan strategik yang sengit.

Kredit: KOMOE GAME

Banyak watak popular daripada anime dan manga akan muncul seperti; Ken Kaneki, Rize Kamishiro, Toka Kirishima, Juzo Suzuya, Kotaro Amon. Malah, lakonan suara daripada anime turut akan dditambah dalam game, untuk memberi pengalaman lebih imersif ke dalam dunia Tokyo Ghoul. Memandangkan pilihan watak sangat ramai, pemain juga boleh mencipta pasukan yang paling berkuasa menggunakan kombinasi berbeza.


Jika berminat, anda boleh muat turun game mobile Tokyo Ghoul: Break the Chain sekarang di peranti Android atau iOS anda.

Baca segala berita kami tentang francais Tokyo Ghoul di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MobileTokyo GhoulTokyo Ghoul: Break the Chains
ShareTweetSend
Previous Post

Tales of Arise – Beyond the Dawn (PS5) Review — Pengembangan Menarik Dalam Dunia Selepas Konflik!

Next Post

Pemain Dapat “Sembunyi” Game Daripada Rakan-Rakan Di Steam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Pemain Dapat “Sembunyi” Game Daripada Rakan-Rakan Di Steam

Pemain Dapat "Sembunyi" Game Daripada Rakan-Rakan Di Steam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd