Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show 2025 Kembali 25 Hingga 28 September! Butiran Lengkap Acara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show 2025 Kembali 25 Hingga 28 September! Butiran Lengkap Acara!
Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo Game Show 2025 (TGS2025) akan berlangsung di Makuhari Messe dari 25 hingga 28 September 2025.

Dianjurkan oleh Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) dengan kerjasama Nikkei BP, Inc. dan Sony Music Solutions Inc., acara ini akan mengekalkan format hibrid dengan gabungan pameran fizikal dan program dalam talian bagi menjangkau peminat di seluruh dunia.

Kredit: CESA

Tokyo Game Show 2025 akan berlangsung selama empat hari, dengan Business Days pada 25 dan 26 September, khas untuk pemain industri. Seterusnya, Public Days pada 27 dan 28 September akan dibuka kepada orang ramai, memberi peluang kepada peminat dan keluarga untuk merasai sendiri pelbagai pengalaman gaming terkini.

Pengunjung boleh mencuba game baharu, menghadiri panel industri, serta menyertai sesi rangkaian perniagaan secara fizikal dan digital.

Tiket untuk Public Days akan mula dijual pada pertengahan Julai, manakala tiket Business Days boleh dibeli mulai pertengahan Ogos. Maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

Apa Yang TGS2025 Ingin Fokuskan

Kredit: CESA

Penggunaan ruang yang lebih optimum: Dengan jumlah pempamer yang semakin meningkat, TGS2025 akan menyesuaikan susun atur ruang pameran di Makuhari Messe. Pembahagian gerai akan dikaji semula, dan lebih banyak sesi pemilihan lokasi akan diadakan untuk menampung sebanyak mungkin pempamer.

Pengalaman yang lebih selamat dan selesa: Bagi memastikan acara berjalan lancar, lorong akan diperluaskan di kawasan yang sering sesak, dan peraturan pameran akan diperjelaskan. Langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan pengunjung.

Memperluaskan peluang perniagaan: TGS2025 akan menambah baik perkhidmatan padanan perniagaan, seminar industri, serta acara rangkaian, menjadikannya hab utama bagi industri gaming di Asia. Selain itu, lebih banyak peluang akan diberikan kepada pembangun indie untuk memperkenalkan karya mereka, sekaligus melahirkan generasi baharu pencipta permainan video.

  • Lokasi: Makuhari Messe, Chiba City, Mihama District
  • Jangkaan Kehadiran: 250,000 pengunjung
  • Permohonan Gerai: 2,500 gerai

Jadual Acara

  • Business Days
    • Khamis, 25 September – 10:00–17:00
    • Jumaat, 26 September – 10:00–17:00
  • Public Days
    • Sabtu, 27 September – 9:30–17:00 (mungkin dibuka 30 minit lebih awal)
    • Ahad, 28 September – 9:30–16:30

Unuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Japan Game Awards 2025: Lebih Prestij

Kredit: CESA

Tahun ini, Japan Game Awards 2025 bakal mengalami perubahan besar. Majlis anugerah yang mengiktiraf game terbaik tahun ini akan diadakan di Iino Hall, Tokyo, pada 23 September, dua hari sebelum TGS2025 bermula.

Ini merupakan peningkatan berbanding edisi sebelum ini, yang mengadakan majlis pada hari pertama acara. Dengan lokasi baharu, anugerah ini dijangka lebih berprestij dan dapat menampung lebih ramai hadirin.

Selain itu, tempoh kelayakan game untuk pencalonan telah dikemas kini. Sebelum ini, game yang layak adalah yang dikeluarkan dari 1 April hingga 31 Mac, tetapi kini ia diperluaskan dari 1 Jun hingga 31 Mei.

Untuk tahun ini, tempoh peralihan akan meliputi game yang dikeluarkan dari 1 April 2024 hingga 31 Mei 2025. Butiran mengenai undian awam akan diumumkan tidak lama lagi.

  • Tarikh: Selasa, 23 September 2025
  • Lokasi: Iino Hall, Tokyo

Unuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tokyo Game Show 2025
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Dynasty Warriors: Origins Treasure Box Edition – Koleksi Impian Peminat!

Next Post

One Piece Asia Hunt Bakal Berlabuh di Malaysia – Pengembaraan Bermula 10 Mei!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
One Piece Asia Hunt Bakal Berlabuh di Malaysia – Pengembaraan Bermula 10 Mei!

One Piece Asia Hunt Bakal Berlabuh di Malaysia - Pengembaraan Bermula 10 Mei!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd