Resident Evil Village sememangnya memberi lebih banyak musuh gaya supernatural dan fantasi ke dalam francais yang membawa ramai peminat tertarik dengan perubahan ini. Di samping ahli sihir dan juga werewolf, maiden juga terdapat dalam permainan ini untuk memburu pratagonis Ethan Winters yang mengembara di sekitar istana besar menjulang di atas desa gaya abad Medieval. Walaupun begitu, peminat kali ini lebih memberi fokus kepada salah satu penjahat utama yang sememangnya memberi sepenuh perhatian terhadap bentuk badannya. Yang dimaksudkan adalah Lady Dimitrescu.
Alcina Dimitrescu menjadi sensasi di internet setelah pendedahannya ketika acara Capcom Resident Evil pada bulan Januari disebabkan ketinggiannya yang melampau dan penampilannya yang gah sehingga ramai yang cosplay. Berbanding dengan penjahat lain yang dominan seperti Mr. X, Tyrant, dan monster di Resident Evil gaya klasik yang lain, Lady Dimitrescu nampaknya seperti jenis penjahat yang berbeza disebabkan ukuran dan kehadirannya yang sangat menakutkan. Peminat dengan cepat menjadi terobsesi dengannya, bahkan mendorong pengarah seni Tomonori Takano untuk komen mengenai ketinggiannya, yang diungkapkannya setinggi hampir 10 kaki dengan tumit tinggi beserta topi berbulu disertakan. Berikut adalah barisan antagonis yang dikongsikan dari artis 3D Marcos RC.
https://twitter.com/MarcosRCRE/status/1356762504253308928
Alcina Dimitrescu, adalah seorang wanita yang mutan dan dianggap sebagai matriark keluarga Dimitrescu. Menetap di negara Eropah Timur, dia mewarisi Castle Dimitrescu, sebuah kubu yang dikendalikan oleh keluarga. Selama sekurang-kurangnya tujuh puluh tahun antara tahun 1950-an dan 2020-an dia terikat dengan serangkaian pembunuhan ganas. Dimitrescu diketahui tinggal bersama tiga wanita yang dia anggap sebagai anak perempuannya.
Secara semula jadi, obsesi peminat telah menimbulkan persoalan yang lebih pelik, dari ketinggian sehingga salah satunya berkaitan dengan ukuran kaki Dimitrescu. Ketika ditanya secara langsung, Takano menyatakan bahawa ukuran kasut Dimitrescu adalah 17.3 inci (44 cm) yang memang besar, hampir dua kali ganda dari ukuran kasut wanita rata-rata, sebab saya sendiri baru saiz 7! Takano kemudian menyatakan bahawa dia pada awalnya merancang kasutnya berdasarkan sepasang kasut tumit tinggi sebenar, yang diimbas dan diubah ukurannya secara digital agar sesuai dengan ketinggiannya yang mengerikan di dalam Resident Evil Village.
Memang jadi hit apabila Capcom mengongsikan ketinggian Lady Dimitrescu ini. Seperti sebelum ini, Ubisoft turut pernah mengongsikan watak Assassin’s Creed Valhalla, Eivor dan Basim. Secara semula jadi, kedua-dua watak Assassin’s Creed ini hampir sama dengan ketinggian Dimitrescu dengan Basim mempunyai ketinggian 182cm dan Eivor 180cm. Manakala Dimitrescu mendominasi sehingga 292cm!
Siapa sangka Dimitrescu adalah wanita maiden gergasi yang sememangnya bakal menggangu perjalanan anda dalam Resident Evil Village nanti. Nantikan permainan ini akan dilancarkan pada 7 Mei 2021 ini di PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

@gamersantaimy
Discussion about this post