Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] TikTok Ubisoft SEA diambil hacker, mempromosi giveaway palsu untuk tipu orang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 10, 2023 - Updated on August 11, 2023
in Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
[UPDATE] TikTok Ubisoft SEA diambil hacker, mempromosi giveaway palsu untuk tipu orang!
Share on FacebookShare on Twitter

[Update: August 11, 2023]

Akaun TikTok Ubisoft SEA telah mengembalikan semula semua video dan membuang gambar profile Elon Musk, tetapi saya tidak pasti jika akaun itu diperoleh semula oleh tuan sebenar atau itu hanya taktik oleh hacker. Ini kerana pautan palsu masih tersedia di bahagian deskripsi dan saya tidak pasti mengapa Ubisoft SEA masih belum meletakkan gambar profile sedia ada.

Oleh itu, diminta supaya semua orang masih berhati-hati dan jangan menekan apa-apa pautan pelik.

Kredit: TikTok

Artikel original adalah seperti berikut:


Keselamatan akaun media sosial adalah sesuatu yang sangat penting terutama pada zaman sekarang yang penuh dengan kes serangan hacker yang bijak menipu pengguna, lantas semua orang sangat berjaga-jaga. Bukan setakat pengguna sahaja, akaun media sosial milik syarikat besar juga menjadi sasaran para hacker, di mana contoh terkini ialah akaun TikTok Ubisoft SEA (Southeast Asia) yang kini diambil alih oleh penggodam.

Dengan sebanyak 14 ribu pengikut, segala video di akaun TikTok Ubisoft SEA telah dibuang, manakala gambar profilnya digantikan dengan Elon Musk. Selain itu, satu pautan pelik telah ditambah pada profil yang mempromosikan giveaway palsu. Saya nasihatkan semua orang supaya tidak mengklik pautan ini, kerana bimbang data peribadi anda akan dicuri.

Menggunakan Elon Musk sebagai gambar profil juga adalah strategi yang sering digunakan oleh hacker jenis ini kerana Elon adalah seorang tokoh yang sangat berpengaruh dalam komuniti crypto/blockchain, yang secara automatik boleh digunakan untuk menipu mangsa yang merasakan mereka akan diberikan ganjaran wang daripada Elon. Bukan itu sahaja, TikTok Ubisoft SEA juga adalah akaun “Verified” yang membuatkan percubaan penipuan itu kelihatan lebih meyakinkan.

Watch Dogs 2 (Kredit: Ubisoft)

Setakat artikel ini ditulis, akaun itu masih belum dipulihkan, jadi harap-harap Ubisoft dapat membetulkan keadaan dengan segera.

Semoga kejadian ini menjadi peringatan kepada semua untuk sentiasa berwaspada semasa berada di internet, kerana kes godam boleh berlaku di mana-mana, dan pada bila-bila masa. Walaupun nampak menyakinkan, janganlah anda tertipu kepada kaedah menipu mereka dan janganlah menekan apa-apa pautan pelik di media sosial.


Untuk membaca segala berita tentang gaming, anime dan teknologi, sila layari laman Gamer Santai!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TikTokTikTok Ubisoft SEAubisoft
ShareTweetSend
Previous Post

Katalog PS Plus Ogos 2023 – Lost Judgment, Sea of Stars, Destiny 2: The Witch Queen

Next Post

Kandungan Call of Duty: Modern Warfare 2 Boleh dibawa ke Modern Warfare 3!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kandungan Call of Duty: Modern Warfare 2 Boleh dibawa ke Modern Warfare 3!

Kandungan Call of Duty: Modern Warfare 2 Boleh dibawa ke Modern Warfare 3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd