Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiket Avatar: The Way of Water bakal dijual bermula pada 8 Disember di GSC & TGV!

safwan by safwan
November 25, 2022
in Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Movie/siri, Tempatan, TGV Cinemas
0 0
0
Tiket Avatar: The Way of Water bakal dijual bermula pada 8 Disember di GSC & TGV!
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Avatar: The Way of Water bakal ditayangkan di Malaysia pada 15 Disember 2022, GSC dan TGV Cinema telah mengumumkan yang penjualan tiket bagi filem ini bakal bermula pada 8 Disember 2022 jam 12 tengah hari.

Mark your calendar – advance tickets for #AvatarTheWayofWater will be available 8 December, 12PM! 🌊

Experience the motion picture event of a generation. Avatar: The Way of Water coming to GSC this 15 December. pic.twitter.com/xpwOnLosZ1

— GSC (@GSCinemas) November 24, 2022

Jake Sully tinggal bersama keluarga barunya yang terbentuk di planet Pandora. Sebaik sahaja ancaman kembali untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan sebelum ini, Jake mesti bekerjasama dengan Neytiri dan tentera bangsa Na’vi untuk melindungi planet mereka.

TWO WEEKS until we return to Pandora 💙

Tickets for #AvatarTheWayofWater will go on sale from 8 December, 12 PM. Mark your calendars NOW! pic.twitter.com/wVEnXbn1lF

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) November 24, 2022

Selepas menayangkan filemnya yang pertama pada tahun 2009, ini merupakan filem kedua bagi francais ini selepas 13 tahun. Diarah dan ditulis oleh James Cameron, mereka masih mengekalkan pelakon-pelakon lama termasuk watak utama yang dilakonkan oleh Sam Worthington (Jake Sully), Zoe Saldana (Neytiri), Stephen Lang (Colonel Miles Quaritch) dan Sigourney Weaver (Dr. Grace Augustine).

Walau bagaimanapun, kita telah dilaporkan pada awal bulan ini bahawa James Cameron ingin menamatkan francais Avatar jika sekuel ini tidak berjaya mengaut keuntungan sama seperti filemnya yang pertama. Tambah pula dengan penggambaran untuk Avatar 3 telah pun selesai, pengarah terkenal ini sudah meletakkan harapan yang tinggi pada Avatar: The Way of Water. Sekuel kedua akan ditayangkan pada 20 Disember 2024 dan Avatar 4 bakal tiba 2 tahun selepas itu.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket Avatar: The Way of Water, ia akan mula dijual pada 8 Disember 2022 di GSC dan TGV Cinema. Walaupun telah 13 tahun selepas tayangannya yang pertama, apa pendapat korang tentang filem ini dan apakah harapan yang korang ingin lihat dalam filem ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Avatar: The Way of WaterGSC CinemasTGV Cinemas
Previous Post

Valorant bakal hadir di konsol! Info daripada posting kerja kosong Riot Games!

Next Post

Tiket Fan Screening Filem SAO: Progressive – Scherzo of Deep Night Dijual Sekarang di GSC!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Tiket Fan Screening Filem SAO: Progressive – Scherzo of Deep Night Dijual Sekarang di GSC!

Tiket Fan Screening Filem SAO: Progressive - Scherzo of Deep Night Dijual Sekarang di GSC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd