Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiada Perancangan Rasmi Tentang Pembukaan Disneyland di Malaysia!

Maira by Maira
November 17, 2022
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Tiada Perancangan Rasmi Tentang Pembukaan Disneyland di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami tahu ramai yang teruja mengenai berita tentang pembukaan Disneyland dan Disney City yang hangat dibualkan semalam. Nampaknya projek tersebut bukanlah rasmi oleh Disney kerana tiada perjanjian atau perancangan semasa mengenai pembukaan Disneyland di Malaysia, menurut sumber sah mengenai perkara ini.

Disneyland malaysia

Ini bermakna kenyataan yang diberikan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis tidak berasas. Atau mungkin taman tema yang diperkatakan bukanlah Disneyland tetapi sebuah taman tema yang diinspirasikan oleh taman tema popular itu.

Berita mengenai Disneyland ini dapat dirujuk melalui sebuah video yang dimuat naik oleh Melaka TV, di mana beliau telah merujuk projek tersebut sebagai “Disneyland” di Malaysia sebagai usaha untuk menarik pelancong ke negeri tersebut.

Disneyland malaysia

Namun, sumber kami sendiri telah menjelaskan bahawa tiada projek yang sedemikian sedang dijalankan. Kesahihannya juga telah disokong oleh Heather Chen daripada CNN dan GeekCulture.

Senang cerita, Disney langsung tiada perancangan dengan Malaysia untuk membangunkan Disneyland di negeri tersebut. Pengumuman yang diberikan Exco tersebut terang-terang pelik kerana ia dilakukan dalam sebuah majlis untuk projek lain dan tanpa acara besar-besaran. Bukan setakat itu sahaja, rancangan taman tema yang diperkatakan tidak menunjukkan model 3D daripada Disney tetapi daripada IP syarikat lain.

Jadi geng, kita tidak ada Disneyland di Malaysia buat masa sekarang. Kalau anda masih ingin ke taman tema popular itu, nampaknya anda perlu ke luar negara.

Sumber: Gamerbraves

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DisneylandMalaysiaMelaka
Previous Post

Samurai Maiden Sah Lancar Pada 8 Disember 2022 di Steam , PS dan Switch!

Next Post

CoD: Warzone 2 akhirnya tersedia untuk konsol & PC, muat turun sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
CoD: Warzone 2 akhirnya tersedia untuk konsol & PC, muat turun sekarang!

CoD: Warzone 2 akhirnya tersedia untuk konsol & PC, muat turun sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd