Are You Smarter Than A 5th Grader? baru sahaja diumumkan oleh THQ Nordic hari ini. Ia akan tersedia pada 23 Ogos 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Ia adalah game kuiz yang menarik berdasarkan francais rancangan TV kuiz popular. Ujian yang diberikan berbentuk soalan beraneka jawapan, cabaran betul atau salah dan juga minigame untuk menguji kecekapan pemain daripada 24 subjek berbeza.

Jika soalan yang diberikan itu susah, anda boleh meminta bantuan daripada rakan anda untuk mendapatkan bantuan. Terdapat lebih 6800 soalan yang terdiri daripada topik seperti sains haiwan, perbendaharaan kata, matematik dan banyak lagi.
Game ini boleh dimainkan secara solo dan co-op multiplayer. Buktikan yang anda adalah orang terpandai dalam keluarga atau kawan. Ia akan menampilkan banyak watak yang bersuara penuh dan sudah pasti akan dianimasikan dengan cantik.
Ciri-ciri penting

- Game kuiz co-op 1–8 pemain
- Lebih daripada 6800 soalan unik dalam 24 subjek berbeza
- Pengalaman seperti dalam persembahan di TV
- Moderator dan rakan sekelas bersuara bahasa Inggeris sepenuhnya
- Studio 3D yang dipamerkan dengan cantik
- Penglibatan jangka panjang
- Kosmetik yang boleh dibuka
- Meja pemain dan kepala bobble yang boleh diubahsuai

Bagi sesiapa yang tidak tahu, siri TV Are You Smarter Than A 5th Grader? mula ditayangkan di televisyen FOX sejak 2007 sehingga 2015 dan menjadi salah satu rancangan game yang berjaya dengan menghasilkan 5 musim dan purata tontonan seramai 20 juta penonton seminggu.
Anda boleh membuat pre-order sekarang dan nikmati 10% diskaun sebelum 23 Ogos 2022. Are You Smarter Than A 5th Grader? akan tersedia di PlayStation 4, PlayStation5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store mulai 23 Ogos 2022.

Adakah anda orang paling bijak dalam keluarga atau rakan? Tunjukkan kebijaksanaan dengan bermain game kuiz Are You Smarter Than A 5th Grader?. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post