Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Theatrhythm Final Bar Line (PS5) Review — Entri Yang Penuh Muzik Dan Lebih Kompetitif!

Maira by Maira
March 7, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PS4, PS5, Review
0 0
0
Theatrhythm Final Bar Line (PS5) Review — Entri Yang Penuh Muzik Dan Lebih Kompetitif!
Share on FacebookShare on Twitter

Theatrhythm Final Bar Line merupakan entri terbaru daripada siri Theatrhythm oleh Square Enix yang dilancarkan pada 16 Februari yang lalu di PlayStation 4 dan Nintendo Switch. Ingin tahu seronok atau tidak game ini, teruskan membaca review kami ini!

Gameplay

Ia merupakan sebuah game rhythm dengan gabungan elemen RPG, yang memberikan sesuatu yang unik kepada genre itu. Apabila mulakan game, kita boleh melakukan Series Quest untuk membuka lagu dan watak sebelum mendapatkan akses kepada semua game mainline, spinoff, dan juga game popular lain oleh Square Enix. Game ini tiada elemen penceritaan, anda hanya akan selesaikan objektif utama iaitu mengembalikan cahaya kepada Crystal dengan mengumpul Rhythmia sepanjang perjalanan.

Anda boleh membuka setiap siri dengan menggunakan title key dan gunakan main party selepas membuka watak. Setiap party terdiri daripada empat watak di mana anda perlu memilih apabila menetapkan yang mana satu watak untuk dimainkan. Biasanya anda hanya boleh pergi dengan main party setiap game untuk mendapatkan keseimbangan terbaik bagi setiap Type, kerana sama seperti semasa bermain RPG, game ini mempunyai watak yang pakar dalam DPS, Healer, Tank dan Magic. Jadi kalau anda membuat pasukan anda yang hanya terdiri daripada protagonis siri seperti Lightning, Cloud, Squall atau Noctis, ia bukanlah idea yang baik kerana mereka semuanya DPS.

Elemen RPG dalam Theatrhythm Final Bar Line juga termasuklah cara anda naikkan level watak untuk mendapatkan akses kepada skill berguna, di mana ia memberikan ganjaran yang lebih hebat dan skor yang tinggi. Memandangkan terlalu banyak watak untuk dipilih, game ini telah menyediakan sehingga 5 set party untuk disesuaikan dan mereka ini tidak berkongsi progress yang sama. Senang cerita anda perlu naikkan level mereka secara manual.

Selain itu, anda juga boleh tetapkan Summon hebat untuk memberikan kelebihan semasa combat. Terdapat pilihan untuk anda memilih airship, yang hanya memberikan kemasukan yang lebih menarik. Pertukaran party juga penting kerana setiap stage mempunyai musuh yang berbeza. Jadi sudah tentu ia juga mempunyai kelemahan tersendiri. Kalau anda ingin gunakan party yang sama, tidak menjadi masalah yang besar kerana anda masih lagi boleh selesaikan stage dan mendapat skor sempurna.

Cara mereka menyediakan setiap tajuk hampir serupa dengan game original, di mana anda boleh bermain stage paling asas sebelum maju lebih jauh dan berhadapan dengan bos ikonik. Kadang-kadang terasa seperti kita melihat beberapa spoiler seperti jenis musuh atau kawasan yang anda boleh mainkan kemudian dalam game original. Tetapi bagi kami ia tidak begitu bermasalah kerana anda akan lebih fokus pada gameplay rhythm.

Bercerita tentang gameplay utama, ianya sangat mudah tetapi susah untuk dikuasai. Lebih-lebih lagi semasa anda tekan dan hold butang untuk sama dengan rhythm. Hilang fokus sekejap, memang kemungkinan untuk terputus chain. Battle Stage paling seronok kami mainkan kerana ia lebih tertumpu kepada butang kanan, manakala FMS pula agak membosankan kerana ia banyak tertumpu kepada hold tile action sambil mengikut arah atas dan bawah.

Untuk progress pula, game ini agak baik juga kerana kalau anda mainkan dengan teruk, penuh dengan miss, anda masih boleh selesaikan stage tersebut. Tetapi ia juga bergantung kepada party anda untuk kekal hidup, sebab ia bukan sahaja bergantung kepada level ataupun skill, kadang-kadang anda perlukan consumable seperti Potion, Phoenix Down dan apa-apa sahaja item yang ada untuk membantu mereka.

Mode

Terdapat tiga mode untuk main game dalam Theatrhythm Final Bar Line iaitu Series Quests, Music Stages dan Multi Battle.

Untuk Series Quests, ia hanya kempen utama game, di mana anda perlu maju melalui setiap game untuk membuka lagu dan watak. Selepas anda mendapat banyak pengalaman dan hanya ingin main semula stage yang lalu, anda boleh akses di Music Stages, yang direka seperti game rhythm biasa. Di sinilah anda bebas untuk memilih lagu untuk dimainkan. Bukan setakat itu sahaja, terdapat pilihan untuk memilih daripada tiga play style yang tersedia iaitu default, Pair untuk bermain dengan kawan dan Simple untuk anda mainkan dengan satu butang sahaja.

Mode terakhir, kita ada Multi Battle yang merupakan mode multiplayer game. Kami tidak menghabiskan masa di sini kerana ia penuh dengan pemain-pemain profesional. Setiap pemain boleh memilih lagu kegemaran mereka sebelum game memilihnya secara rawak untuk dimainkan. Ia berasaskan kepada skill tetapi juga bergantung kepada statistik watak anda. Jadi walaupun semua pemain mendapat Perfect Chain, hanya pemain yang mempunyai ahli party yang kuat boleh mendapat markah terbaik kerana memberikan damage yang lebih tinggi. Skor yang tinggi juga memberikan anda ganjaran terbaik. Jadi ini memberikan satu pengalaman yang cukup kompetitif.

Kedua-duanya berasaskan kemahiran tetapi juga bergantung pada statistik watak anda, jadi walaupun semua pemain di dalam bilik berjaya mendapatkan Perfect Chain, hanya pemain yang mempunyai ahli parti yang kuat boleh mendapat markah terbaik kerana mereka berjaya menangani lebih banyak kerosakan kepada musuh. Mendapat skor tertinggi juga bermakna anda boleh mendapat ganjaran terbaik, jadi ya, ini adalah pengalaman yang cukup kompetitif.

Kandungan tambahan

Terdapat menu Museum, di mana anda boleh akses semua kandungan digital yang anda boleh kumpul seperti CollectaCard, video, muzik dan banyak lagi. CollectaCard sangat penting kerana ia menaikkan stat setiap watak yang akan membuatkan mereka kuat. Selepas itu, kita ada Music Player yang mengandungi 400 muzik Final Fantasy dan JRPG lain Square Enix. Sudah namanya Music Player, sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri seperti loop ataupun membuat playlist tersendiri.

Kesimpulan

Dengan membawa siri Theatrhythm ke konsol generasi terbaru, ia seperti satu langkah yang baik kerana ramai pemain boleh menjumpai spin-off kegemaran. Theatrhythm Final Bar Line mampu memberikan satu pengalaman yang sesuai untuk semua jenis pemain, tidak kiralah kasual mahupun hardcore. Game ini juga sememangnya sesuai untuk sambutan ulang tahun ke-35 siri dan menghargai muziknya. Kami percaya akan ada sesuatu yang anda gemari dalam banyak-banyak kandungan yang disediakan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Theatrhythm Final Bar Line

8 Score

PROS

  • Gameplay rhythm yang unik dengan campuran elemen RPG
  • Boleh diulang banyak kali
  • Banyak kandungan untuk dinikmati

CONS

  • Stage FMS tidak begitu menarik seperti BMS

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: square enixTheatrhythm Final Bar Line
Previous Post

Attack on Titan: Pengorbanan Terakhir, Perginya Watak Satu Lagi Watak Kegemaran

Next Post

Diablo 4 & seniman Adam Miller bekerjasama untuk membawa karya ‘demonic’ di katedral Perancis

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Diablo 4 & seniman Adam Miller bekerjasama untuk membawa karya ‘demonic’ di katedral Perancis

Diablo 4 & seniman Adam Miller bekerjasama untuk membawa karya 'demonic' di katedral Perancis

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd