CD Projekt Red (CDPR) telah mengumumkan tiga game terbaru untuk francais The Witcher. Ini termasuklah “The Witcher 4” yang kini dipanggil Project Polaris. Jom kita lihat satu persatu game yang diumumkan untuk francais ini.
Entri ke-empat untuk The Witcher kini dipanggil Project Polaris. Menurut CDPR, game tersebut akan menjadi sebuah game open-world RPG yang didorong dengan penceritaan daripada legasi The Witcher 3: Wild Hunt. Bukan setakat itu sahaja, Project Polaris juga akan menjadi permulaan kepada saga terbaru dalam francais dan game pertama dalam trilogi-nye tersendiri. Kesemua tiga game dirancang untuk dilepaskan dalam masa enam tahun.
Buat masa sekarang, Project Polaris dalam peringkat pra-produksi dan sudah tentu lebih banyak lagi perkara menarik yang akan didedahkan nanti untuk peminat The Witcher.

Satu lagi projek baru yang berpusatkan dunia The Witcher ialah Canis Majoris. Menurut CDPR, ia merupakah sebuah game The Witcher tetapi berasingan dengan saga Witcher baharu bermula dengan Polaris. Ia akan dibangunkan oleh studio luaran yang diketuai oleh pembangun berpengalaman yang turut terlibat dalam penghasilan game Witcher yang lalu.

Game yang terakhir ialah Project Sirius. Game ini akan dibangunkan oleh The Molasses Flood dan ia dilaporkan untuk memberikan sebuah penceritaan yang sukar dilupakan oleh peminat Witcher baru dan lama. Project Sirius juga akan mempunyai ciri multiplayer dan juga single-player untuk pemain nikmati dalam universe The Witcher. Ia juga masih dalam peringkat pra-produksi.

Itu sahaja yang telah didedahkan buat masa ini untuk francais. Setiap daripada game baru ini akan membawa kita meneroka dunia Witcher dengan lebih mendalam. Ramai juga peminat yang telah membuat teori tentang protagonis untuk setiap game. Apapun kita tunggu sahaja pendedahan terbaru daripada CDPR. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai francais The Witcher, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post