Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Promised Neverland Season 2 ditangguhkan kepada tahun 2021! Sepatutnya hujung tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
The Promised Neverland Season 2 ditangguhkan kepada tahun 2021! Sepatutnya hujung tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita akan kehilangan satu lagi anime pada tahun 2020 kerana musim kedua The Promised Neverland akan ditangguhkan. Studio Cloverworks mengesahkan berita ini di Twitter setelah kakitangannya mencapai persetujuan untuk melindungi diri daripada wabak yang sedang berlaku. Musim kedua The Promised Neverland sepatutnya keluar pada penghujung tahun ini tetapi kini ditunda pada awal tahun depan.

【TVアニメ「約束のネバーランド」放送延期のお知らせ】

新型コロナウイルス感染拡大の影響を受け、第1期再放送・第2期放送を延期させていただくことになりました。
第1期は【2020年10月】から再放送、第2期は【2021年1月】からの放送を予定しております。https://t.co/r4rSgJtlHN pic.twitter.com/tdbN6v0V4F

— 『約束のネバーランド』公式 (@yakuneba_staff) April 23, 2020

Bagi mereka yang tidak tahu, Cloverworks merancang untuk mengeluarkan musim baru The Promised Neverland pada Oktober 2020, tetapi rancangan itu telah berubah kerana pandemik yang sedang berlangsung. Jepun telah mengambil langkah-langkah yang ketat untuk membendung penyebaran COVID-19, dan itu bermakna banyak anime tidak lagi dalam produksi buat masa ini. Sebaliknya, studio akan mempersiapkan peminat untuk musim kedua dengan mengadakan ulang tayang musim pertama di televisyen bagi penonton di Jepun. Malangnya, ini pun dipindahkan daripada Julai 2020 kepada Oktober 2020.

Mengenai versi manganya, isu terbaru Weekly Shonen Jump tidak diterbitkan pada minggu lalu, tetapi dijangka akan kembali tidak lama lagi. The Promised Neverland semakin menghampiri penamatnya. Pada tahun 2018, The Promised Neverland memasuki story arc terakhirnya, dan pencipta Kaiu Shirai dan Posuka Demizu mengesahkan siri ini akan mencapai penamatnya. Sekarang, kita hanya perlu menunggu.

Jika anda ingin tahu anime apa yang ditangguhkan tahun ini, mari lawat senarai ini. Ia akan sentiasa dikemas kini dengan laporan baru!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeditangguhkanmangaSeason 2The Promised Neverland
Previous Post

Siri anime Pokémon Journeys: The Series akan tiba di Netflix pada 12 June 2020!

Next Post

Super Mario x Ultraman bergabung untuk kolab mainan istimewa! Dihasilkan oleh Bid Toys!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Super Mario x Ultraman bergabung untuk kolab mainan istimewa! Dihasilkan oleh Bid Toys!

Super Mario x Ultraman bergabung untuk kolab mainan istimewa! Dihasilkan oleh Bid Toys!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd