Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Outer Worlds: Spacer’s Choice Edition akan tiba 7 Mac untuk PS5, Xbox Series & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2023
in ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, GOG, Microsoft, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
The Outer Worlds: Spacer’s Choice Edition akan tiba 7 Mac untuk PS5, Xbox Series & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Private Division dan Obsidian Entertainment secara rasmi mengumumkan The Outer Worlds: Spacer’s Choice Edition, yang bakal dilancarkan pada 7 Mac untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC (Steam, Epic Games Store, Microsoft Store, GOG).

Bagi mereka yang tidak tahu, The Outer Worlds adalah judul action RPG yang asalnya dikeluarkan pada tahun 2019 dan selepas menerima banyak ulasan positif di seluruh dunia, ia akhirnya muncul dengan Spacer’s Choice Edition.

Merupakan cara definitif untuk pemain baru dan peminat lama mencuba RPG ini, The Outer Worlds: Spacer’s Choice Edition mengandungi base game dan semua kandungan tambahan dengan update; resolusi grafik tinggi, sistem cuaca dinamik, pencahayaan dan persekitaran yang dirombak, prestasi dan load time pantas, butiran terperinci pada watak-watak, dan banyak lagi.

Hilang dalam transit ketika di atas kapal kolonis, anda terjaga beberapa dekad kemudian dan mendapati diri kini di tengah -tengah konspirasi misteri yang mengancam untuk memusnahkan koloni.

Terokai pelbagai planet dan lokasi Halcyon, termasuk Gorgon Asteroid dan Eridanos. Ketika menemui pelbagai puak – semua bersaing untuk kuasa, watak anda akan menentukan bagaimana cerita naratif ini akan dibentuk.

Sinopsis

Ciri-ciri utama

  • Level cap semakin tinggi – Level cap yang lebih tinggi bermakna pemain mempunyai lebih banyak cara untuk membina watak daripada tujuh cabang ‘skill tree’.
  • RPG cerita yang didorong oleh pemain– Selaras dengan tradisi Obsidian, bagaimana anda mendekati dunia luar terpulang kepada anda. Pilihan anda tidak hanya mempengaruhi bagaimana cerita berkembang, malah juga mempengaruhi watak, teman, dan senario akhir.
  • Pimpin sahabat – Dalam perjalanan, anda akan bertemu dengan pelbagai watak yang ingin menyertai krew anda. Memiliki kebolehan yang unik, para sahabat ini mempunyai misi, motivasi, dan cita -cita sendiri. Terserah kepada anda untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka, atau mengeksploitasi mereka.

Pemain yang sudah mempunyai The Outer Worlds dan DLC yang berkaitan, “Murder on Eridanos” dan “Peril di Gorgon,” untuk Xbox One, Xbox Series S/X, PlayStation 4, PlayStation 5, atau PC (Steam, Epic Games Store, Microsoft Store, GOG), boleh upgrade ke The Outer Worlds: Spacer’s Choice Edition untuk PS5 dan Xbox Series serta PC pada harga diskaun.


Untuk membaca segala liputan kami tentang siri The Outer Worlds termasuk review, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCps5The Outer WorldsThe Outer Worlds: Spacer’s Choice EditionXbox Series
Previous Post

Peringkat Akhir Pokémon Unite Asia Champions League Akan Berlangsung di Malaysia!

Next Post

Ubisoft dilaporkan merancang 4 lagi game Assassin’s Creed selepas Mirage!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ubisoft dilaporkan merancang 4 lagi game Assassin’s Creed selepas Mirage!

Ubisoft dilaporkan merancang 4 lagi game Assassin's Creed selepas Mirage!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd