Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us Part II Remastered Versi PC Akan Hadir Pada 3 April 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2024
in Artikel
0 0
0
The Last of Us Part II Remastered Versi PC Akan Hadir Pada 3 April 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment, bersama dengan pembangun Naughty Dog dan Nixxes Software, telah mengumumkan bahawa The Last of Us Part II Remastered akan dilancarkan secara rasmi untuk PC pada 3 April 2025. Game ini akan tersedia di Steam dan Epic Games Store.

The Last of Us Part II Remastered mula-mula dikeluarkan untuk PlayStation 5 pada 19 Januari, dengan grafik yang ditingkatkan, ciri gameplay baharu, dan pandangan yang lebih mendalam tentang pembangunan game ini.

Kini, penambahbaikan tersebut akan hadir di PC, memberikan versi terbaik bagi perjalanan Ellie dan Abby yang tidak dapat dilupakan.

Kredit: Naughty Dog

Berlatarbelakangkan lima tahun selepas The Last of Us, Ellie dan Joel menemui kedamaian sementara di Jackson, Wyoming, dalam sebuah komuniti mangsa yang terselamat. Namun, kestabilan rapuh ini musnah akibat satu kejadian ganas, yang mendorong Ellie ke dalam misi tanpa henti untuk mencari keadilan dan penutupan.

Kredit: Naughty Dog

Versi remastered ini mempertingkatkan game asal dengan naik taraf teknikal yang signifikan. Dari visual yang ditingkatkan ke tahap lagi cantik, sokongan penuh untuk ciri-ciri DualSense, dan pelbagai ciri baharu untuk PC, The Last of Us Part II Remastered memperkukuh statusnya sebagai antara game terhebat dalam sejarah.

Kredit: Naughty Dog

Pada masa yang sama, pemain boleh mencuba mod rougelike “No Return” dalam versi Remastered di mana pemain harus bertahan hidup dalam pertembungan rawak. Main sebagai pelbagai watak dengan ciri unik, cabaran bervariasi, dan lokasi ikonik dari Part II, yang ditamatkan dengan satu pertarungan bos dahsyat.

Selain cerita utama, edisi remastered ini menawarkan kandungan tambahan dan pandangan di sebalik tabir:

  • Lost Level: Terokai tiga peringkat yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
  • Komen Pembangun: Dapatkan berjam-jam maklumat di sebalik tabir dengan komen daripada pencipta Naughty Dog, tersedia semasa anda bermain.
  • Guitar Free Play: Jelajahi sisi muzik Ellie dengan alat muzik yang boleh dibuka dalam mod free play.
  • Mod Speedrun: Cabar diri anda untuk menamatkan game dalam masa terpendek dan kongsikan pencapaian terbaik anda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Nexon Dedah Trailer Debut Untuk Dungeon & Fighter: ARAD!

Next Post

Naughty Dog Umum “Intergalactic: The Heretic Prophet” – Pengembaraan Sci-Fi Baru Untuk PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Naughty Dog Umum “Intergalactic: The Heretic Prophet” – Pengembaraan Sci-Fi Baru Untuk PS5!

Naughty Dog Umum "Intergalactic: The Heretic Prophet" - Pengembaraan Sci-Fi Baru Untuk PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd