Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us Part II Remastered Menambah “Chronological Mode” dalam Update Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 9, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Remastered, Steam
0 0
0
The Last of Us Part II Remastered Menambah “Chronological Mode” dalam Update Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan Naughty Dog telah melancarkan update percuma untuk The Last of Us Part II Remastered, memperkenalkan Chronological Mode, iaitu mod yang menyusun semula penceritaan game ini dalam urutan garis masa yang linear.

Update ini kini boleh dimuat turun di PlayStation 5 (Patch 2.1.0) dan PC melalui Steam serta Epic Games Store (Patch 1.5). Melaluinya, pemain dapat mengikuti kisah Ellie dan Abby mengikut susunan peristiwa sebenar, sekali gus memberikan sudut pandang baharu terhadap karya yang telah menerima pelbagai pujian ini.

Experience The Last of Us Part II in a whole new way with Chronological mode, a rearranged version of the game that lets you play the story in chronological order. 🕙

Available now with The Last of Us Part II Remastered via Patch v2.1.0 (PS5)*† and Patch v1.5 (PC)*. Learn more… pic.twitter.com/wVoMSUo5SW

— Naughty Dog (@Naughty_Dog) July 8, 2025

Tidak seperti penceritaan asalnya yang bersifat tidak linear (dengan babak imbas kembali dan masa kini yang bersilih ganti untuk memperkuat elemen emosi dan tema) Chronological Mode menampilkan naratif yang bergerak secara berurutan.

Pemain akan menyaksikan detik seperti Ellie menerima gitar sebelum belajar memainkannya, dan bagaimana babak di Seattle menonjolkan perjalanan antara Ellie dan Abby.

Pihak Naughty Dog menyatakan bahawa mod ini mendedahkan betapa bersilangnya takdir mereka serta bagaimana tindakan mereka saling memberi kesan terhadap kehidupan satu sama lain, memberikan “pemahaman yang lebih mendalam” terhadap kompleksiti jalan cerita.

Membangunkan mod ini bukanlah sesuatu yang mudah, memandangkan struktur naratif asal yang begitu kompleks. Naughty Dog bersama rakan pembangun mereka di Nixxes, berusaha memastikan pengalaman ini tetap lancar dan kemas.

Walaupun mereka menyarankan agar pemain baharu menikmati penceritaan asal terlebih dahulu demi impak emosional yang lebih kuat, Chronological Mode tetap menjadi cara baharu yang menarik bagi pemain lama untuk menghayati semula pengalaman game ini dari sudut berbeza.

Sebagai sebahagian daripada sambutan update ini dan ulang tahun ke-40 Naughty Dog pada tahun 2025, pemain yang menamatkan Chronological Mode akan membuka dua skin istimewa dalam mod survival roguelike No Return: Joel sebagai Nathan Drake dan Tommy sebagai Sam Drake dari siri Uncharted.

Update ini turut menambah trofi baharu berkait dengan penyudah naratif kronologi serta membawakan pembetulan pepijat dan penambahbaikan prestasi.

The Last of Us Part II Remastered kini boleh dimainkan di PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Last of Us Part II Remastered
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Next Post

Destiny 2 Buka Semua Expansion Secara Percuma Hingga 23 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!
Acara

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!

July 10, 2025
Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok
Movie/siri

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

July 10, 2025
Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Mobile

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

July 10, 2025
Next Post
Destiny 2 Buka Semua Expansion Secara Percuma Hingga 23 Julai!

Destiny 2 Buka Semua Expansion Secara Percuma Hingga 23 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd