Hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Naughty Dog telah mengeluarkan trailer baharu untuk The Last of Us Part II Remastered yang memperkenalkan mode roguelike survival “No Return”.
Anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran lebih umum:
Bak kata deskripsi di YouTube –“Alami pertempuran mendalam The Last of Us Part II Remastered melalui mode single-player yang serba baharu sepenuhnya!,”

Dalam mana-mana mode roguelike survival, misi utama pemain adalah untuk bertahan hidup selagi anda boleh dalam setiap playthrough, sambil bertemu dengan pelbagai musuh berbeza di lokasi-lokasi ikonik dari seluruh Part II. Penghujung setiap playthrough akan berakhir dengan satu pertempuran bos yang sukar.
Sepanjang perjalanan, sejumlah modifikasi gameplay yang unik akan menawarkan cabaran baharu semasa anda berjuang untuk bertahan hidup dalam pelbagai jenis pertemuan yang saya sebutkan di atas.

Berkenaan watak, anda boleh bermain sebagai Ellie, Abby dan pelbagai watak lain, termasuk watak yang tidak pernah dimainkan sebelum ini seperti Dina, Jesse, Lev dan Tommy, dan banyak lagi; masing-masing dengan ciri unik untuk menawarkan pelbagai playstyle dan membuka skin khas ketika anda maju dalam mode.

Berikut ialah watak yang boleh anda mainkan, menurut trailer:
- Ellie
- Dina
- Jesse
- Tommy
- Joel
- Abby
- Lev
- Yara
- Mel
- Manny

Malangnya, trailer tidak menjelaskan bagaimana untuk mendapatkan watak-watak yang dikunci, sama ada melalui perkembangan melalui naratif utama atau menyelesaikan objektif dalam No Return.
The Last of Us Part II Remastered bakal keluar di PlayStation 5 pada 19 Januari 2024. Pre-order kini dibuka.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post