Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SGF 2022] The Last of Us Part I diumumkan untuk PS5 & PC, akan keluar 2 September

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2022
in Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5
0 0
0
[SGF 2022] The Last of Us Part I diumumkan untuk PS5 & PC, akan keluar 2 September
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Sony Interactive Entertainment dan developer Naughty Dog hari ini telah mengumumkan The Last of Us Part I untuk PS5 dan PC. Versi PlayStation 5 akan dilancarkan pada 2 September bersama “Firefly Edition” tetapi malangnya, tarikh keluaran untuk versi PC tidak diumumkan.

Tentang apa yang baru dan diperbaiki, berikut adalah ringkasan menurut PlayStation Blog:

Dengan kemajuan pada teknologi dan perkakasan yang membolehkan kami menolak had ketulenan visual dan interaktiviti, kami sangat teruja untuk mengumumkan remake lengkap The Last of Us, akan dikeluarkan pada 2 September 2022 untuk konsol PlayStation 5 dan dalam pembangunan untuk PC.

Kami telah melaksanakan gameplay yang dimodenkan, kawalan yang dipertingkatkan dan pilihan kebolehaksesan yang diperluas dalam pengalaman single-player ini untuk membolehkan lebih ramai individu menikmati gametersebut. Efek, penerokaan dan pertempuran semuanya telah dipertingkatkan.

Dengan memanfaatkan perkakasan PlayStation 5, kami turut melaksanakan Audio 3D, haptik dan adaptive trigger. Kedua-dua peminat lama dan pemain baru akan berpeluang untuk mengalami kedua-dua The Last of Us Part I dan kisah prekuelnya Left Behind dalam cara yang baharu.

Bersama dengan trailer, Sony mengumumkan bahawa kita boleh prapesan The Last of Us Part I untuk PlayStation 5 hari ini untuk tiga edisi berlainan:

1. The Last of Us Part I Standard Edition

2. The Last of Us Part I Digital Deluxe Edition

  • Akan unlock barang in-game di bawah dengan lebih awal:
    • Increased Crafting Speed Skill
    • Increased Healing Speed Skill
    • 9mm Reload Speed Increase Upgrade
    • Rifle Clip Capacity Increase Upgrade
    • Explosive Arrows Gameplay Modifier
    • Dither Punk Filter
    • Speedrun Mode
    • Six Weapon Skins: Black Gold 9mm Pistol, Silver Filigree 9mm Pistol, Rubber Tactical Shotgun, Sculpted Oak Shotgun, Arctic White Bow, Carbon Black Bow

3. The Last of Us Part I Firefly Edition

  • Termasuk bonus dalam Digital Deluxe serta SteelBook display case dan komik The Last of Us: American Dreams #1 hingga #4 dengan cover art baru untuk setiap komik.

Jika anda prapesan mana-mana edisi The Last of Us Part 1 akan untuk PS5, anda akan menerima item in-game berikut:

  • “Bonus Supplements” untuk upgrade skillset
  • “Bonus Weapon Parts” untuk upgrade senjata

The Last of Us Part 1 akan dilancarkan di PS5 pada 2 September, manakala versi PC masih dalam pembangunan.

Untuk segala liputan kami tentang game yang diumumkan semasa Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCps5The Last of Us Part I
Previous Post

[SGF 2022] Aliens: Dark Descent akan lancar pada 2023 di PS, Xbox dan Steam!

Next Post

Frost Giant Studios mengumumkan ‘Stormgate’, game RTS antara mecha vs iblis

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Frost Giant Studios mengumumkan ‘Stormgate’, game RTS antara mecha vs iblis

Frost Giant Studios mengumumkan 'Stormgate', game RTS antara mecha vs iblis

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd