Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us Part 1 PC terima kritikan negatif di Steam! Kemas kini bakal menyusul nanti

safwan by safwan
March 29, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
The Last of Us Part 1 PC terima kritikan negatif di Steam! Kemas kini bakal menyusul nanti
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja dilancarkan di PC semalam, The Last of Us Part 1 telah menerima banyak kritikan negatif dan hampir semuanya mengatakan yang ini adalah game port PC paling teruk buat masa sekarang. Sehingga macam itu sekali game ini terima kritikan daripada pemain.

Hampir semua kritikan mengatakan tentang prestasi game ini di PC. Ada yang mengatakan “Teribble Optimization” daripada seorang pemain dengan tandaan ‘most helpful’. Ada juga yang mengatakan game ini menggunakan lebih daripada 8GB VRAM dengan tetapan “medium” dan penggunaan CPU 100% semasa di menu game.

Apa yang lagi menyedihkan adalah terdapat seorang pemain telah membeli game ini sebanyak 3 kali di berlainan platform dan terpaksa mengatakan bahawa game ini telah dioptimumkan dengan sangat teruk untuk PC. Terdapat juga pemain yang telah bermain selama 3.5 jam tetapi dia terpaksa menghadap “game crashing” sebanyak 12 kali.

The Last of Us Part I PC players: we've heard your concerns, and our team is actively investigating multiple issues you've reported.

We will continue to update you, but our team is prioritizing updates and will address issues in upcoming patches.

— Naughty Dog (@Naughty_Dog) March 28, 2023

Walau bagaimanapun, Naughty Dog telah mengeluarkan respon mereka di Twitter rasminya. “Kami telah mendengar kebimbangan anda dan pasukan kami sedang aktif menyiasat pelbagai isu yang anda laporkan. Kami akan terus mengemas kini, tetapi pasukan kami mengutamakan kemas kini dan akan menangani isu dalam patch yang akan datang,” katanya.

Kalau anda nak tahu, The Last of Us Part 1 telah dilancarkan di PlayStation 4 dan juga PlayStation 5. Francais ini telah mula berkembang sejak ia dilancarkan di PlayStation pada tahun 2013. Sejak itu, ramai gamer yang menyukai game ini dan secara tidak langsung telah membina komuniti yang sangat kukuh.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa The Last of Us Part 1 telah pun tersedia di PC melalui Steam dan Epic Games Store, tetapi buat masa sekarang saya sarankan untuk tidak bermain dahulu sehingga Naughty Dog mengeluarkan kemas kini terbaru untuk game ini.

Ada yang dah cuba bermain The Last of Us Part 1 di PC? Kalau ya, apa pendapat anda tentang The Last of Us Part 1 dan patutkah game ini menerima kritikan negatif? Kongsi jawapan anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Last of Us Part 1
Previous Post

Chainsaw Man: Falling Devil Dedahkan Lagi Menu Baru, Asa & Yoru Dalam Krisis!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Siapa Kenjaku? Ketahui Cara Yang Digunakan Untuk Hidup Lebih 1000 Tahun!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Siapa Kenjaku? Ketahui Cara Yang Digunakan Untuk Hidup Lebih 1000 Tahun!

Jujutsu Kaisen: Siapa Kenjaku? Ketahui Cara Yang Digunakan Untuk Hidup Lebih 1000 Tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd