Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The First Descendant Akan Tamat Sokongan untuk PS4 & Xbox One!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 7, 2025
in Artikel, Berita, PS4, Shooter, Xbox One
0 0
0
The First Descendant Akan Tamat Sokongan untuk PS4 & Xbox One!
Share on FacebookShare on Twitter

Nexon secara rasmi mengumumkan bahawa The First Descendant tidak lagi akan menyokong PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One selepas 19 Jun 2025. Pengumuman ini dibuat dalam siaran langsung “Season 2 Episode 2: Beyond the Void Update Preview”.

Seiring dengan perkembangan The First Descendant, penyelenggaraan untuk konsol lama menjadi semakin mencabar.

Nexon menjelaskan bahawa pasukan pembangun kini memberi tumpuan kepada platform generasi baharu—PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC—bagi meningkatkan pengalaman pemain serta bersedia untuk pelancaran kemas kini besar dalam Season 3 “Mega Season” Update.

Kredit: Nexon

Dengan keputusan ini, The First Descendant akan dikeluarkan daripada senarai jualan digital PS4 dan Xbox One pada 19 Jun 2025. Pemain di kedua-dua konsol ini tidak akan dapat mengakses game selepas tarikh tersebut.

Namun, Nexon mengesahkan bahawa fungsi cross-save tersedia, membolehkan pemain memindahkan kemajuan mereka ke PS5, Xbox Series X/S, atau PC jika mereka menaik taraf ke platform baharu.

Kredit: Nexon

Maklumat lanjut mengenai perkara ini dijangka akan diumumkan secara rasmi pada 20 Mac 2025. Buat masa ini, pemain PS4 dan Xbox One masih boleh menikmati game ini, tetapi masa semakin suntuk sebelum sokongan dihentikan sepenuhnya.

Tentang The First Descendant

Dilancarkan secara global pada 2 Julai 2024, The First Descendant ialah game free-to-play, third-person looter shooter yang dibangunkan oleh Nexon Games, anak syarikat kepada gergasi gaming Korea Selatan, Nexon.

Dibina menggunakan Unreal Engine 5, game ini menampilkan aksi tembak-menembak pantas, sistem RPG, serta cooperative multiplayer, dengan gameplay yang sering dibandingkan dengan Destiny 2 dan Warframe.

Kredit: Nexon

Berlatarkan benua Ingris yang dilanda perang, pemain akan mengambil peranan sebagai Descendant—pahlawan super dengan abiliti unik—yang bertanggungjawab mempertahankan umat manusia daripada ancaman Vulgus, makhluk asing yang telah menyerang 100 tahun lalu, serta mesin perang raksasa mereka, Colossi.

Terdapat hampir 20 Descendant berbeza untuk dipilih, masing-masing memiliki skil tersendiri serta pelbagai pilihan customizable.

Kredit: Nexon

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The First Descendant
ShareTweetSend
Previous Post

MMORPG Ala Anime ‘Crystal of Atlan’ Buka Pra-Daftar untuk Mobile & PC

Next Post

Cardcaptor Sakura KL Exhibition Akan Bermula April 2025 – Tiket Early Bird Dijual Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Cardcaptor Sakura KL Exhibition Akan Bermula April 2025 – Tiket Early Bird Dijual Sekarang!

Cardcaptor Sakura KL Exhibition Akan Bermula April 2025 - Tiket Early Bird Dijual Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd