Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia dan Supermassive Games mengumumkan pelancaran The Dark Pictures Anthology: Little Hope di Nintendo Switch.
Sempena itu, anda boleh menonton trailer rasmi di bawah:
“Ditinggalkan dan sendirian setelah bas mereka terbabas kerana cuaca buruk, empat pelajar kolej dan guru mereka terdampar di bandar Little Hope yang terpencil. Terperangkap oleh kabus misteri, mereka mencari cara untuk melarikan diri sambil dihantui oleh visi menakutkan daripada masa lalu.
Setelah menyaksikan masa lalu bandar Little Hope yang mengerikan dan peristiwa Witch Trial pada abad ke-17, makhluk-makhluk jahat mula mengejar mereka tanpa henti. Terperangkap di Little Hope, mereka berusaha untuk membongkarkan misteri di sebalik rahsia ini sebelum kuasa jahat menyeret roh mereka ke neraka!” – Sinopsis

Sama seperti setiap game The Dark Pictures Anthology, pemain boleh menikmati cerita secara bersendirian, online dengan rakan atau menyerahkan nasib mereka di tangan empat rakan lain dalam mode offline Movie Night.
Mereka perlu memilih watak dengan bijak dan memerhatikan petunjuk, kerana setiap keputusan amat penting dan akan menentukan siapa yang hidup dan siapa yang mati.

Bagi mereka yang berminat, The Dark Pictures Anthology: Little Hope kini tersedia di Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post