Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Blood of Dawnwalker – RPG Fantasi Gelap oleh Bekas Veteran CD Projekt RED!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
The Blood of Dawnwalker – RPG Fantasi Gelap oleh Bekas Veteran CD Projekt RED!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun Rebel Wolves telah memperkenalkan The Blood of Dawnwalker, sebuah RPG aksi fantasi gelap yang menjadi permulaan kepada sebuah saga serba baharu. Dibangunkan oleh bekas veteran CD Projekt RED, pengembaraan single-player open-world ini dibina menggunakan Unreal Engine 5 dan bakal dilancarkan di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

Sebuah trailer sinematik dan teaser gameplay memperkenalkan pemain kepada dunia suram dan atmosfera permainan ini—iaitu Eropah abad ke-14 yang musnah akibat peperangan dan Black Death.

Ketika populasi manusia berada di ambang kepupusan, satu kuasa purba bangkit dari bayang-bayang. Di wilayah terpencil Vale Sangora, yang tersembunyi jauh di pergunungan Carpathian, para vampire mula memberontak, menggulingkan tuan-tuan feudal dan merampas kuasa yang telah dinafikan kepada mereka selama berabad-abad.

Kisah Dendam dan Kelangsungan Hidup

Pemain akan mengambil peranan sebagai Coen, seorang pemuda yang disumpah menjadi Dawnwalker—makhluk yang terperangkap antara manusia dan vampire.

Kredit: Rebel Wolves

Tidak sepenuhnya manusia, tetapi juga bukan sepenuhnya makhluk abadi, Coen terikat dengan sumpahan waktu: 30 hari dan malam untuk sama ada menyelamatkan keluarganya atau membalas dendam terhadap si penciptanya. Setiap keputusan yang dibuat akan menentukan takdirnya, membuka jalan menuju penebusan atau kehancuran.

Mekanisme utama gane ini berpusat pada sifat dualiti Coen, menawarkan pengalaman gameplay dinamik yang berubah mengikut peredaran masa. Kitaran siang dan malam akan mempengaruhi kebolehannya, kemahirannya, dan juga jalan ceritanya, memaksa pemain untuk mempertimbangkan setiap tindakan mereka.

Kredit: Rebel Wolves

Adakah mereka akan bertarung untuk mengekalkan sisi kemanusiaan mereka, atau menyerah kepada kuasa sumpahan yang mengintai di dalam diri?

Dunia Naratif yang Fleksibel

Rebel Wolves menjanjikan pengalaman RPG yang mengasyikkan, di mana pemain membentuk perjalanan mereka mengikut kehendak sendiri.

Kredit: Rebel Wolves

“Diinspirasikan oleh RPG klasik, kami mahu pemain merasai keperluan mendesak dalam game open-world,” kata Konrad Tomaszkiewicz, pengarah permainan dan pengasas bersama Rebel Wolves.

“Terdapat pelbagai cara untuk menyelamatkan keluarga Coen tanpa pembahagian jelas antara misi utama dan sampingan. Anda yang menentukan bagaimana anda mahu menggunakan masa anda. Masa adalah sumber, dan dengan setiap misi yang dijalankan, masa akan terus berlalu. Oleh itu, mustahil untuk menyelesaikan semua kisah dan jalan cerita sebelum tarikh akhir tiba—membuatkan setiap permainan menjadi unik. Kami menggelarnya sebagai narrative sandbox.”

Kredit: Rebel Wolves

Untuk belajar lebih lanjut tentang The Blood of Dawnwalker, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Blood of Dawnwalker
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Dynasty Warriors: Origins – Mencipta Dinasti Serba Baharu, Menggunakan Protagonis Original!

Next Post

Lima Sebab Mengapa Gamer Wajib Suka POCO X7 Series!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Lima Sebab Mengapa Gamer Wajib Suka POCO X7 Series!

Lima Sebab Mengapa Gamer Wajib Suka POCO X7 Series!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd