UPDATE: Saya sekarang tahu terjemahan rasmi bahasa Inggeris untuk DLC percuma Sword Art Online: Ancient Apostles di mana DLC The Reaper of the Woods memberi peluang untuk pemain menghadapi musuh baru dengan Sinon di sisi.
Walaupun Sinon ialah DLC pertama, dia bukanlah yang terakhir. Tiga tambahan lain juga akan diteruskan dalam cara yang sama dan masing-masing melibatkan seorang heroin Sword Art Online. Bandai Namco mengesahkan Selka dan Tiese akan tampil dalam kisah The Knight of Contradiction, manakala Silica adalah watak utama di The Blue-Eyed Demon. Di hujung trailer ini, kita mendapat pandangan ringkas untuk DLC berbayar Blooming of Forget-me-not (Myosotis).
BANDAI NAMCO telah mengeluarkan maklumat terkini untuk permainan Sword Art Online: Alicization Lycoris dalam siaran langsung TGS 2020 Online hari ini dan saya rasa ramai peminat anime yang gembira untuk dengar.
Maklumat ini adalah tentang jalan cerita baru yang dapat dinikmati dalam DLC tambahan percuma “Old Apostle” (Ancient Apostle) yang dijadualkan untuk keluar secara berurutan selepas musim sejuk tahun 2020. DLC “Old Apostle” merupakan kandungan senario tambahan yang memfokuskan pada empat watak berbeza. Sebagai tambahan, beberapa bos dan item baru juga akan ditambahkan. Berikut adalah watak utama dalam setiap senario DLC:
- Episod 1: Sinon
- Episod 2: Tiese dan Eugeo
- Episod 3: Alice dan Selka
- Episod 4: Silica dan naganya, Pina
Beralih daripada DLC percuma, ini merupakan fokus utama untuk permainan, iaitu DLC tambahan berbayar Myosotis! Tidak banyak yang diketahui tetapi Myosotis dijelaskan sebagai jalan cerita yang memberi fokus tinggi pada Eugeo. Kana Akatsuki akan mengendalikan plot keseluruhan kisah ini. DLC Old Apostle dan Myosotis akan dilancarkan secara berurutan bermula tahun 2020 hingga 2021.
Sinopsis Myosotis
“Kirito bermimpi kehilangan Eugeo dalam pertarungan dengan Administrator. Setelah terjaga daripada mimpi, Kirito merasakan dia mungkin kehilangan seseorang yang penting dan kini, memulakan pengembaraan untuk membongkarkan misteri tersebut.

@gamersantaimy
Discussion about this post