Semalam sebuah treler terbaru ONE PIECE Pirate Warriors 4 telah pun dikongsikan oleh Bandai Namco Entertainment dan kami juga tidak terlepas untuk mengongsikanya di laman media sosial kami. Treler tersebut anda boleh lihat dibawah ini;
https://www.facebook.com/gamersantai/videos/2308310499482321/
Treler ini menunjukan ‘Wano Country’ yang sama seperti dari siri anime kini hadir buat kali pertama dalam permainan. Kita boleh lihat Zoro menyerang musuh-musuh dijalanan dan yang paling menarik debut Carrot nampaknya boleh dimainkan dalam siri permainan kali ini! Jadi apa sebenarnya huru hara yang terjadi di Wano Country ini? Geng kami sendiri dapat mencuba gameplay 15minit menjadi watak si comel Carrot ni! Jom kami kongsikan sedikit ulasan gameplay kami di Tokyo Game Show 2019 (TGS2019).
Sebelum ini di Gamescom 2019 kami sempat bermain sebagai Luffy menentang BIG MOM yang turut kami pernah kongsikan. Kali ini, menjadi watak Carrot sememangnya terasa keseronokkanya kerana terdapat kuasa lain yang dapat digunakan.
Kawalan hampir serupa seperti bermain sebagai Luffy, cuma ada kuasa lebih dari Carrot yang membuatkanya lain sedikit. Perjalanan permainan demo kami tidak lah begitu banyak misi yang dapt dimainkan. Cuma harus ke lokasi-lokasi yang diterangkan dan ditunjuk dalam mini map untuk menewaskan lanun Animal Kingdom, Samurai Chief, Leader, Commander dan yang terakhir adalah misi menewaskan X Drake dalam formasi Dinasaurnya mengikut masa yang ditetapkan!
Beberapa kawalan aksi baru yang boleh digunakan oleh Carrot seperti Aerial Action – Lompat tekan dan tambah
sekali lagi ketika ingin melakukan kombo ‘Launch Attack’ (cth:
atau
). Kemudian Carrot turut boleh menggunakan Power Dash dengan menekan
untuk melakukan serangan sambil bergerak. Tahan
untuk meningkatkan jarak perjalanan yang juga boleh digunakan ketika mengelak dan menyerang. Tetapi stamina akan berkurangan dan akan naik semula jika tidak berlawan.
Kemudian untuk Special Moves pula kita boleh menahan butang R1 sambil menekan butang ,
,
atau
. Tapi bukan suka-suka boleh guna Special Move ini, kena tunggu bar Gauge naik dulu baru boleh gunakanya. Okay korang boleh lihat sendiri gameplay kami disini;
Jadi siapa tak sabar nak main watak Carrot sambil buat special move dan tengok perubahan drastik Carrot yang comel tu?! Nanti kan ONE PIECE Pirate Warriors 4 akan datang tahun hadapan di platform PlayStation 4, XBox One, Nintendo Switch dan PC via Steam.
@gamersantaimy
Discussion about this post